Liyana Jasmay kehilangan bapa tercinta, salam takziah diucapkan buat pelakon serba boleh, Liyana Jasmay di atas pemergian bapa tercinta.
Perkhabaran duka tersebut dikongsi oleh Liyana menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Liyana Jasmay Kehilangan Bapa Tercinta
Allahyarham Jasmay Md Shah, 68, dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ulu Klang, Selangor tengah hari tadi akibat kanser paru-paru.
“Semoga babah diampunkan segala dosa, semoga babah ditempatkan bersama orang beriman, semoga babah dijauhi azab kubur.
Arwah Bapa Terbaik Kepada Keluarga
“Anda adalah bapa terbaik kepada keluarga, rakan. Anda bawa cahaya dan kegembiraan kepada orang lain. Awak seorang pemberi.
“Babah beri saya macam-macam dan saya bersyukur kerana babah sudah besarkan saya dengan baik. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang.
Ads
“Adik harap dapat jumpa babah di Jannah nanti. Insya-ALLAH,” luah Liyana.
Jenazah arwah bapa Liyana akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Selangor petang ini.
Allahyarham yang merupakan seorang ahli perniagaan semasa hayatnya meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak, Juzaili Jasmay, 44, Faradilla Jasmay, 41, Adriana Jasmay, 39, dan Liyana, 33.
Belasah isteri hingga koma, bekas suami Jahidah kekal bersalah & penjara 10 tahun. Kisah tragis menimpa Jahidah Nordin, 47 yang koma sejak empat tahun lalu akibat dipukul suami sendiri ketika sedang hamil, menemui keadilan apabila Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas suaminya, Rosmaini Abd Raof, 42.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Atan Mustaffa Yusoff Ahmad selepas menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 9 Disember tahun lalu.
Bukti Kukuh dan Rayuan Ditolak
Memetik laporan Kosmo Online, Hakim dalam penghakimannya menegaskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah berdasarkan keterangan saksi dan laporan perubatan yang jelas menunjukkan kecederaan serius pada mangsa berpunca daripada perbuatan tertuduh.
“Keterangan forensik dan laporan perubatan cukup kuat untuk menyokong sabitan. Mahkamah tidak mempunyai alasan untuk mengubah keputusan terdahulu,” ujar beliau ketika membacakan keputusan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Rosmaini untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya dengan syarat jaminan bercagar RM25,000 serta seorang penjamin dan tertuduh diwajibkan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Jahidah hingga kini masih terlantar akibat dibelasah suami pada usia 4 bulan perkahwinan mereka
Tragedi Yang Menggegarkan Negara
Kejadian yang berlaku pada 4 Mei 2021 di sebuah pangsapuri di Larkin, Johor Bahru, meninggalkan kesan mendalam apabila Jahidah yang ketika itu sedang hamil beberapa bulan dipercayai dipukul suaminya sendiri sehingga mengalami kecederaan parah di kepala, muka, rahang dan tulang belakang.
Sejak hari itu, beliau tidak lagi sedarkan diri. Pada 30 November 2021, Jahidah melahirkan seorang bayi lelaki, Eshan Nufail, secara pembedahan ketika masih koma. Kanak-kanak itu kemudian disahkan berstatus OKU, dipercayai akibat komplikasi akibat insiden tersebut.
Eshan Nufail membesar tanpa kasih sayang dan pelukan seorang ibu. Hingga kini Eshan menunjukkan perkembangan lewat seorang kanak-kanak kerana ketika dalam kandungan,ibunya terlantar koma sepenuhnya.
Lambang Penderitaan Isteri dan Suami Dayus
Kisah Jahidah menjadi simbol penderitaan wanita yang terperangkap dalam cinta beracun cinta yang bertukar menjadi penderaan. Dalam diam, tubuhnya yang kaku menanggung derita, sementara anak kecilnya membesar tanpa belaian seorang ibu.
Keluarga Jahidah yang terus menjaga beliau dengan penuh kasih menganggap keputusan mahkamah ini sebagai tanda keadilan yang akhirnya berpihak kepada mangsa.
“Keadilan mungkin datang lambat, tapi tidak pernah terlewat,” ujar salah seorang ahli keluarga Jahidah ketika ditemui selepas keputusan diumumkan.
Keadilan dan Peringatan Untuk Semua
Keputusan mengekalkan hukuman 10 tahun ini menjadi peringatan bahawa tiada ruang untuk kompromi terhadap keganasan rumah tangga. Kes ini bukan sekadar tentang seorang wanita yang koma, tetapi tentang maruah dan keselamatan setiap isteri yang menjadi mangsa suami dayus.
🕰️ Kronologi Kes Jahidah Nordin
Tarikh
Peristiwa
4 Mei 2021
Jahidah Nordin, ketika itu sedang hamil beberapa bulan, dipercayai dipukul oleh suaminya, Rosmaini Abd Raof, di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru sekitar jam 6 pagi. Akibat serangan itu, beliau mengalami kecederaan serius di kepala, muka dan tulang belakang hingga koma.
17 Jun 2021
Rosmaini didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
30 November 2021
Dalam keadaan masih koma, Jahidah melahirkan seorang bayi lelaki, dinamakan Eshan Nufail melalui pembedahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Bayi itu selamat, namun membesar tanpa belaian seorang ibu.
Tahun 2022–2023
Keluarga Jahidah terus menjaga beliau sepenuh masa di Seremban. Keadaan Jahidah kekal tidak sedarkan diri, hanya mampu bernafas dengan bantuan mesin dan penjagaan rapi.
15 Mac 2023
Mahkamah Rendah Syariah Seremban membenarkan permohonan fasakh yang difailkan oleh keluarga Jahidah, secara rasmi menamatkan perkahwinannya dengan Rosmaini.
3 November 2024
Keputusan kes ditangguh selepas tertuduh mengalami sesak nafas ketika hadir ke mahkamah. Hakim menetapkan tarikh baharu bagi keputusan.
9 Disember 2024
Mahkamah Sesyen Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini selepas mendapati tertuduh bersalah menyebabkan kecederaan parah hingga mangsa koma.
7 Februari 2025
Tertuduh memfailkan permohonan untuk menangguh pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
25 Februari 2025
Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan syarat jaminan bercagar RM25,000 dengan seorang penjamin serta melapor diri di balai polis setiap bulan.
4 November 2025
Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengekalkan hukuman penjara 10 tahun selepas menolak rayuan Rosmaini. Hakim Atan Mustaffa Yusoff Ahmad menegaskan bukti kes sudah jelas dan kukuh.
Keadaan Terkini (November 2025)
Jahidah masih terlantar koma di bawah penjagaan keluarganya di Seremban. Anak tunggalnya, Eshan Nufail, kini disahkan berstatus OKU, mengalami kelewatan perkembangan dan pertuturan akibat komplikasi ketika dilahirkan semasa ibunya koma.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Biar pun bukan mudah bagi seseorang wanita menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang anggota badan beruniform, tetapi ianya sama sekali tidak mematahkan semangat Nurul Adni Che Omar, 31 tahun.
Malahan dirinya meletakkan tanggungjawab itu sebagai cabaran utama dalam menjalankan tugasnya sebagai Laskar Kanan Maritim dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Menurutnya segalanya bermula sejak di bangku sekolah menengah. Kala itu, wanita ini aktif dalam unit beruniform iaitu Kadet Bersatu Malaysia (Laut). Minat yang mendalam ketika di sekolah membuatkan dia memasang angan-angan untuk bergelar anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) setelah tamat belajar kelak.
Namun rezekinya bukan bersama TLDM sebaliknya bersama APMM. Bagi empunya diri, tidak kisahlah badan uniform apa sekali pun, sebaliknya kesediaannya untuk menjalankan amanah yang diberikan. Paling penting jua, seluruh ahli keluarga menyokong minatnya untuk menyertai APMM.
Dalam diam tak diam, kini hampir 12 tahun Nurul Adni bersama APMM atau Maritim setelah memulakan tugas pada bulan Januari 2007. Ibu beranak tiga ini awalnya ditugaskan di Daerah Maritim 4 Klang, Selangor ( kini dikenali Maritim Negeri Selangor)
“Ketika mula-mula melapor diri di unit yang ditugaskan, perasaan ini memang bercampur baur. Bayangkanlah staf baru, nak buat kerja pun kekok. Tidak dinafikan pada peringkat awal, saya ambil masa untuk sesuaikan diri dengan suasana baru. Mujur ada rakan sama yang batch melapor diri di unit sama.
“Kenangan manis terlalu banyak, tetapi paling saya tak boleh lupa apabila kami “grounded” di satu kawasan ketika keluar operasi dengan bot kilat. Kami tersadai hampir dua jam kerana perlu menunggu sehingga air pasang kerana bot tidak mampu bergerak. Walaupun kelam-kabut tetapi ianya pengalaman yang manis apabila kenangkan masing-masing muka menjadi gelap kerana terpaksa menahan panas.
“Sebagai anggota badan uniform, kadang-kadang kita perlu akur dengan arahan daripada pihak atasan. Kenangan pahit adalah apabila saya terpaksa tinggal berjauhan dengan suami dan anak-anak pada tahun 2012.
“Masa tu saya ditukarkan ke Ibu Pejabat Maritim di Putrajaya. Suami pulak perlu balik kampung atas masalah tertentu. Lebih mudah, anak ikut suami balik ke kampung untuk memudahkan saya. Tetapi sedihnya saya tinggal sendirian, tetapi alhamdulilah lama-kelamaan segalanya berjalan dengan lancar,” jelas Nurul Adni satu persatu.
Disiplin Yang Tinggi
Tambah Nurul Adni, perkara utama yang membuatkan kita disenangi ramai adalah menerusi sikap yang kita pamerkan. Apa tugas sekali pun, jika kita tidak biasa dengannya sudah tentu akan membuatkan setiap dari kita merasa janggal.
Nurul Adni bersyukur dirinya seorang yang suka bertanya dan cepat mesra. Oleh itu, dirinya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Rakan sekerja tidak kiralah anggota dan pegawai juga memang banyak membantu Nurul Adni dalam menjalankan tugas setiap hari.
“Sebenarnya menurut pandangan saya sendiri, tiada perubahan sangat anggota maritim yang junior. Mereka kebanyakannya telah dilatih dengan baik oleh jurulatih. Oleh itu, tiada istilah manja atau sukar disuruh-suruh.
“Perlu diingat, menjadi anggota badan beruniform ini memang memerlukan disiplin yang tinggi dan perlu patuh arahan dari pegawai atasan. Sama ada anda pengawai atau anggota, anda perlu akur. Kalau ada yang bermasalah mungkin berpunca daripada sikap mereka sendiri.
“Saya sendiri setelah lama bergelumang dengan Maritim, tanpa saya sedar tugas saya mendidik saya menjadi seorang yang berani, berdisiplin tinggi dan hormat. Sikap ini bukan sahaja ketika menjalankan tugas, malah diaplikasikn dalam kehidupan harian saya setiap masa.
Cabaran Dalam Tugas
Tidak semua ahli masyarakat memahami bidang tugas badan beruniform, Nurul Adni sendiri menghadapi konflik ini. Kadang-kadang dalam menjalankan tugas, wanita berasal daripada utara tanah air ini dipandang serong seolah-olah menyalahgunakan kuasa.
“Tolong faham bahawa kami hanya menjalankan tugas yang telah diberikan. Kadang-kadang ada sahabat, jiran tetangga dan kaum keluarga yang ditahan akibat melakukan kesalahan di laut, kami terpaksa mengikut prosedur kerana kami hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.
“Selain itu sebagai maritime, cabaran utama adalah apabila kami diperlukan di lapangan tak kira masa dan keadaan. Saya perlu sentiasa siapsiaga dalam masa yang sama harus seimbang tugas sebagai isteri dan ibu,” katanya yang berharap dapat terus menjalankan tugas dengan baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Demi mencapai impian memiliki tubuh idaman, ada yang sanggup melakukan apa sahaja. Termasuklah rela berhabis duit, menanggung kesakitan melakukan pembedahan plastik.
Seorang guru wanita di England sanggup berhabis lebih £50,000 (RM264,773) untuk melakukan pembedahan kosmetik agar rupa fizikalnya menyerupai idolanya, Kim Kardashian, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
Gambar asal sebelum melakukan pembedahan plastik.Selepas menjalani pembedahan plastik menyerupai ‘Kim Kardashian’
Puas Hati Transformasi Tubuh
Wanita berketurunan Korea Selatan, Cherri Lee berkata, dia sangat berpuas hati dengan transformasi tubuh badannya selepas pembedahan membesarkan punggung, payu dara dan mengubah raut wajah.
“Kim ialah manusia paling cantik di dunia dan saya sangat mahu kelihatan serupa dengannya.
“Dia ialah inspirasi dan motivasi untuk saya menjalani pembedahan kosmetik agar tampil lebih jelita,” kataCherri.
Tambah Cherri, pembedahan itu sangat berkesan sehingga ahli keluarganya sendiri sukar mengecam dirinya dengan wajah baharu.
Kim Kardashian
15 Kali Pembedahan Plastik
Dalam tempoh lapan tahun, Cherri telah menjalani sekitar 15 pembedahan plastik bagi mencapai impian bergelar ‘kembar’ Kim Kardashian.
“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan satu-satunya sesalan saya adalah tidak melakukan dengan lebih awal.
“Meskipun ramai yang menyangka saya pelacur apabila keluar bersiar-siar, saya tidak benarkan ia mengganggu fikiran,” tegasnya.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.