Mak-mak mengandung ni sebenarnya kena bersenam tau, bukan apa untuk mudahkan kita bersalin dan tak nak koyak masa melahirkan anak nanti. Rata-rata wanita hamil beranggapan bukan mudah untuk melakukan senaman ketika hamil. Keadaan perutr yang makin membesar menyukarkan pergerakan sang ibu, apatah lagi melakukan pergerakan senaman.

Namun begitu, tahukah anda terdapat senaman khusus yang direka khas untuk ibu hamil agar mereka mudah melalui fasa melahirkan bayi kelak. Senaman ini bukan sahaja mudah tetapi anda juga dapat melakukannya di rumah sambil menonton televisyen.

  1. Berjalan Kaki

Senaman paling mudah tanpa menggunakan sebarang peralatan adalah dengan berjalan kaki. Sesekali cuba letak kenderaan anda lebih jauh dari lokasi yang anda tuju, kemudian ambil masa untuk berjalan kaki.

Begitu juga bila hampir tiba waktu bersalin dan anda mulai kontraksi, banyakkan berjalan, ianya mampu membantu bayi turun dan berada dalam lokasi yang ideal untuk dilahirkan.

  1. Squat

Duduk mencangkung atau bertinnggung seterusnya berdiri secara berulang kali merupakan salah satu senaman ibu mengandunf yang amat mudah. Seperti mana berjalan kaki, senaman mudah ini juga mampu membuatkan ibu hamil mempunyai persiapan tubuh yang cukup sebelum beranak.

Sebenarnya squat mampu menguatkan otot pinggang dan secara tak langsung memudahkan bayi turun lebih rendah. Senaman ini sangat sesuai jika anda lakukan ketika dekat dengan saat melahirkan anak.

Lima Senaman Wajib Kalau Mak-mak Teringin Nak Mudah Bersalin Normal & Tak Koyak
Squat dan senaman dalam posisi kupu-kupu.
  1. Duduk Beralas Bola

Di pasaran terdapat sejenis bola khas yang direka untuk ibu hamil. Ketika usia kandungan anda memasuki trimester ketiga dan perut anda semakin membesar, anda boleh cuba senaman ini untuk mengurankan rasa sakit.

Ambil bola khas, kemudia duduk secara menegak dengan punggung terkunci di hadapan. Nampak mudak tetapi amat menenangkan anda, malahan senaman ini juga cukup sesuai ketika anda mulai terasa kontraksi.  Selamat mencuba.

Lima Senaman Wajib Kalau Mak-mak Teringin Nak Mudah Bersalin Normal & Tak Koyak

  1. Mengangkat punggung dan otot pelvis

Senaman ini pasti menjadi kegemaran ramai kerana senaman ini dilakukan dalam keadaan berbaring dan dapat dijalankan di rumah sahaja. Sediakan tempat alas atau lapik tidur.

Rebahkan badan di atas pelapik tadi, bengkokkan kaki dan perlahan-lahan anfkat punggung. Jangan biarkan bahu dan kaki terangkat, hanya punggung sahaja. Sebaiknya, lakukan senaman ini selama 10 hingga 15 minit setiap hari. Iringi senaman anda dengan muzik yang menenangkan agar anda tidak stres.

  1. Posisi Kupu-kupu

Posisi kupu-kupu ini turut terdapat dalam senaman yoga. Senaman ini hanya dilakukan sambil duduk di lantai dan punggung pula lurus ke dinding. Manakala kedua telapak kaki menyentuh rapat dan lutut pula menyentuh lantai.

Senaman ini dilakukan dengan tujuan meregangkan otot di bawah pinggul, punggung dan paha. Oleh itu ia akan membanti sendiri pinggul jadi lebih fleksibel dan melancarkan proses bersalin. Senaman ini boleh dilakukan kerap hingga 10 kali sehari.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI