Adat berumahtangga tidak selamanya bahagia, ada sahaja ujian kecil dan besar dalam perkahwinan. Namun setiap ujian yang mendatang seharusnya diharungi dengan bijaksana.
Kenali lima masalah dalam perkahwinan, walaupun perit kena hadap bersama cari penyelesaian. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan ketahui cara terbaik untuk menghadapi situasi ini.
Top 5 Masalah Dalam Alam Perkahwinan…
1. Kewangan a.k.a Duit
Sekarang zaman duit… Nak survive especially kalau tinggal di bandar, maka kena berduit…
Bab duit ini yang selalunya boleh menimbulkan pergaduhan… Baik suami, isteri bekerja dua-dua, atau suami seorang sahaja bekerja manakala isteri suri rumah sepenuh masa pun akan menghadapi masalah duit ini…
Pengurusan kewangan yang teratur dan terancang dapat mengurangkan atau mengelakkan daripada isu ini jadi isu berbangkit… Suami kerja, isteri kerja tapi suami tak boleh lepas tangan dan bergantung kepada bantuan isteri setiap bulan…
Suami kerja, isteri tak berkerja ,tapi suami tak boleh menyalahkan isteri tak membantu bab kewangan keluarga sebab tugas menyara keluarga itu adalah pada suami…
Masing-masing kena faham tugas, tanggungjawab serta kewajipan masing-masing dan kena berbincang face to face berkenaan soal kewangan keluarga…
Walaupun Perit Kena Hadap Bersama Cari Penyelesaian
2. Masa
Ads
Masa untuk satu sama lain… Dalam sehari, dalam 24 jam, berapa lama kita luangkan masa dengan pasangan?
Tolak masa kerja, kemudian tolak masa tidur, bakinya ada berapa jam… Itu belum lagi ditolak masa jika pasangan sibuk dengan kerja part time untuk dapatkan extra income…
Belum lagi ditolak masa jika pasangan sibuk dengan kawan-kawan, sibuk dengan hobi dan minat, serta sibuk dengan handphone, tak ada dekat rumah…
Bila tolak semua tu, sehari, dalam 24 jam, kita ada kurang dari 2 jam atau 1 jam masa untuk pasangan?
Time flies bak kata “omputih”… Masa tak menunggu kita… Kita yang kena cari masa, kita yang kena meluangkan masa untuk pasangan…
Masalah Komunikasi Dalam Perkahwinan
3. Komunikasi
Rumah tangga nowadays susah nak ada komunikasi yang berkesan… Seorang bercakap, seorang mendengar…
Ads
Bukan setakat mendengar, tapi memberi pandangan jika perlu, sokongan, dorongan, kata-kata semangat atau kata-kata penyejuk hati…
Yang jadi dalam banyak hubungan ialah seorang bercakap, yang seorang lagi buat hal sendiri… Ada yang nak bercakap pun tak guna sebab pasangan tak nak dengar…
Sedih bila komunikasi dengan pasangan sendiri pun terbatas atau terhalang… Lama-lama akan mula rasa sunyi, tawar hati dan empty…
Kosong sebab lama tidak ada komunikasi yang berkesan, pillow talk, hati ke hati dengan pasangan sendiri… Pasangan tak tahu apa yang terbuku dalam hati… Pasangan tak tahu apa yang kita rasa…
4. Perangai yang sebenar
Berkenalan 10 tahun, bercinta 5 tahun, itu belum gerenti anda sudah betul-betul kenal pasangan anda… Bila sudah sebumbung, sekatil, sebantal, baru anda akan kenal sifatnya, sikapnya dan tingkah lakunya yang sebenar-benarnya…
Jangan hairan jika orang yang anda kenal sebelum kawin itu sudah jadi "orang lain" selepas berkahwin…
Ads
Dia masih orang yang sama cumanya dia sedang menunjukkan siapa dia yang sebenar… Time ini, accept and adapt or reject and left…
Curang Masalah Terbesar Dalam Perkahwinan
5. Curang
The main problem antara yang disenaraikan di atas… Persoalannya, kenapa perlu curang tatkala kita sudah dapat seseorang yang sudah buat sehabis baik untuk diri kita…
Well, nothing can stop seseorang itu dari melakukan kecurangan kecualilah jika dia betul-betul jenis yang menghargai pasangannya…
Dia juga sedar dia tidak cukup baik lagi dan mahu buat yang terbaik untuk pasangannya, dia bersyukur dengan pasangan yang Allah SWT bagi dan menganggap pasangannya itu sebagai satu bentuk amanah, maka dia akan setia…
Selebihnya, kegagalan mengawal pergaulan serta nafsu akan menyebabkan seseorang itu berpotensi besar untuk melakukan kecurangan…
Wallahualam…
MW: Setiap kali berdepan dengan masalah dalam rumah tangga, cuba ambil jalan tengah duduk berbincang bersama. Jangan hanya menuding jari pada pasangan kerana ianya tidak mampu menjernihkan keadaan yang kusut.
Semakin lama menjadi suami isteri, semakin anda mengenali baik buruk pasangan. Belajarlah untuk menerima diri mereka seadanya. Jangan pula dicari kesempurnaan orang luar.
Hakikatnya, baik isteri mahupun suami ada kelebihan mereka sendiri. Jika kekurangan pasangan yang digali, makin terserlahlah sakit di hati. Sudahnya sendiri yang akan merasa penat di akhirnya.
Sedihnya bila berbelas tahun hidup bersama, tiba-tiba terjadi badai perpisahan. Sama ada berpunca orang ketiga ataupun lain-lain sebab. Kesannya bukan saja pada pasangan, malah anak-anak turut merasai deritanya.
Maka itu, selagi anugerah berkasih sayang tuhan berikan. Jagalah ia dengan sebaik-baiknya. Bagi Zura Betty yang baru meraikan ulangtahun perkahwinan ke 16 tahun bersama suami, beliau berkongsi pesanan.
16 Tahun Usia Perkahwinan
Diam tak diam lebih 16 tahun dah usia perkahwinan. Titik pertemuan dengan pergaduhan sampai beranak enam.
Beberapa hari lepas dikejutkan dengan berita perceraian teman rapat. Usia perkahwinan kami lebih kurang. Ujian Allah tak siapa boleh halang.
Banyak kisah rumahtangga musnah berpunca dari komunikasi. Ini yang selalu saya pesan dan share juga pada anak-anak team. Dalam sebuah perhubungan komunikasi sangat perlu. Tidak kira dalam organisasi apa entah lagi family.
Ramai wanita memilih untuk berdiam dari bergaduh. Katanya tak kuasalah nak gaduh. Sama sahaja. Tapi hakikat keduanya memendam rasa.
Bila sampai satu saat, ledakan mula melahar. Waktu tu adakalanya sudah tak bermakna.
Dalam berumahtangga juga tak lari dari kesilapan. Jangan suka mengungkit kisah lama yang hanya akan menguris perasaan dan menjadi barah dalam perhubungan.
Sebab tu bila ada masalah lebih baik selesaikan waktu tu dan lupakan. Jangan simpan akhirnya menjadi dendam dan ungkitan.
Bila pasangan mula tinggi suara, yang sorang sila diam. Jangan dibalas dengan ungkapan demi ungkapan. Bila dah reda kemarahan, duduk dan berbincang. Cari jalan penyelesaian. Jangan diam yang tidak berkesudahan.
Bila semakin berumur, adakalanya semakin sensitif, cepat terasa juga tersinggung. Itu lumrah. Tapi cepat-cepat cari jalan keluar.
Jangan dipendam perasaan, kelak merana jiwa.
Jangan dicari kesempurnaan pada orang luar. Carilah kelebihan yang ada pada pasangan pinjaman tuhan. Di sini pentingnya syukur.
Dalam berumahtangga yang paling penting ialah companionship. Teman sehidup semati, teman yang boleh berkongsi rahsia hati.
Siapa pergi dulu Allah sahaja yang ketahui.
Maka selagi dipinjamkan untuk terus bersama, hargailah dan saling bertoleransi.
Sebelum kahwin, apa yang keluar dari mulut pasangan semuanya baik. Layanan yang diberikan cukup memikat hati. Ayat-ayat pun cukup manis semasa bercakap. Mungkin itu sebelum kahwin kita tidak kenal sangat pasangan. Namun, selepas berkahwin, barulah nampak perangai sebenar pasangan. Kalau pasangan sama saja tiada beza sebelum kahwin atau selepas kahwin, beruntunglah.
Boleh dikatakan awal perkahwinan, semuanya manis, segala yang diminta akan dipenuhi dan tidak mahu mempersiakan pasangan. Apabila sudah menginjak beberapa tahun perkahwinan, pasangan mula kenal luar dalam.
Lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai anak, segala urusan rumah tangga dilakukan sepenuh hati. Kadang-kadang masa untuk berdua tidak sempat kerana lebih tertumpu kepada anak dan rumah tangga.
Jadi, bila pasangan mula bersuara dan mengeluarkan ayat ini, baik suami atau isteri kenalah faham dan jangan sesekali buat tidak faham. Kecik hati pasangan tau.
Perkongsian daripada Khairul hakimin ini boleh dijadikan panduan untuk pasangan suami isteri di luar sana. Kena faham dan mengerti apa yang dimaksudkan dengan ayat ini.
1. Apabila suami minta air, memang dia nak air. 2. Apabila suami kata penat, dia memang penat dan nak rehat. 3. Apabila suami tanya dah masak ke belum, itu memang dia lapar. 4. Apabila suami tanya budak-budak dah tidur ke belum? Itu tanda dia rindu anak-anak. 5. Apabila suami cakap isteri cantik, memang isteri cantik. 6. Apabila suami cakap baju cantik, memang baju tu cantik. 7. Apabila suami cakap makanan yang dimasak isteri itu sedap, memang ia sedap. 8. Apabila suami cakap I Love You, memang benar dia cintakan isteri dia sungguh-sungguh. 9. Apabila suami cakap nak keluar malam, itu memang sekadar nak melepak kengkawan sahaja. 10. Apabila suami cakap nak diet, dia memang nak jaga kesihatan.
Walau hampir semua yang suami cakap itu akan berlaku salah faham.
Contohnya kalau kita cakap kita penat, dia akan cakap “memang awak je penat dalam dunia ni, kami semua takda penat pun, duk tengok drama je pagi petang siang malaammm.”
Atau kalau kita puji dia cantik, dia akan tanya “abang ni kenapa? Ada orang lagi cantik ke?” Atau baju tu cantik betul, dia akan cakap “yelah baju je cantik.”
Namun percayalah, para suami ini manusia yang paling jujur dalam dunia yang kalian pilih. Apa yang keluar dari mulut kami, semua betul! Percayalah!
Ayat Isteri Yang Suami Kena Faham
Harus faham, wajib faham, ya suami tiada pilihan lain kecuali faham. 1. Apabila beliau kata beg tangannya kecil, maka kita kena carikan yang besar. 2. Apabila beliau kata kereta tak ada minyak, tandanya nak kita bantu isikan minyak. 3. Apabila beliau kata lamanya tak pergi Sogo, Evo, IOI atau apa sahaja, tanda dia nak kita bawa dia pergi sana. 4. Apabila beliau kata dah lama tak dapat tengok drama, makanya eloklah kita bawa anak keluar jalan-jalan biarkan dia duk rumah sendirian menonton sekejap. 5. Apabila beliau kata dah lama tak keluar rumah walau hari-hari pergi kerja, itu tandanya nak bercuti. 6. Apabila beliau kata tangannya kosong ja, tak berseri, tandanya nak kena bawa ke kedai emas. 7. Apabila beliau suruh baca katalog Tupperware, tandanya kita kena tanya yang mana dia nak. 8. Apabila beliau ajak makan dekat luar, tandanya boleh jadi dia sendiri dah tak larat makan apa yang dia masak. 9. Apabila beliau marah-marah seharian tanpa ada sebab, tandanya mood tak baik, jadi kena ajak shopping. 10. Apabila beliau cakap “abang, esok saya gaji.” Tandanya esok dia malas masak. Dia akan beli FoodPanda ke apa ke asal tak masak. (beza ya dengan nombor 8.)
10 perkara ini tak ada alasan ya. Kena faham wahai suami sekalian. Kita semua sekadar boleh buat-buat tak faham, demam atau cirit birit sahaja. Alasan lain tak diterima.
Begitulah.
MW: Nanti boleh tag pada pasangan masing-masing. Memang betul pun apa yang dikatakan itu.
Tiada hari yang lebih membahagiakan hati seorang ibu melainkan melihat kejayaan anak-anak yang dilahirkan dan dibesarkan dengan sebaiknya. Begitulah yang dirasai pendakwah terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa untuk anak kelima nya, Nor Iman Sofia, 16.
Luahan yang dikongsikan ketika anaknya itu meraikan ulangtahun kelahiran sekitar Januari lalu. Besar harapan ibu mahu melihat anaknya itu menjadi generasi al-Quran. Dan apa yang anaknya lalui ketika ini adalah permulaan untuk menggapai impian tersebut.
Ini pesanan ustazah yang sama-sama boleh ibu lain jadikan pegangan dan kekuatan dalam mendidik anak perempuan.
Sempurnakan 30 Juzuk Al-Quran
“Selamat ulangtahun kelahiran anaknda tersayang Nor Iman Sofia al-Hafizoh. Sudilah kiranya seluruh sahabat-sahabat budiman mendoakan keberkatan dan seluruh kebaikan kepada puteri ke-5 ustazah ini ya.
“Umi sangat bahagia melahirkan, membesarkan dan menemanimu selama ini. Hari @imansfia menyempurnakan hafazan 30 juzuk adalah antara hari bahagia umi… umi masih ingat airmata anak umi ini… ketika umi menasihatkan Nor Iman Sofia di tengah-tengah kegembiraan Nor Iman Sofia, bahawa ini adalah permulaan.
Langkah kita untuk menjadi generasi al-Quran baru saja berada di gerbang permulaan. Umi akan temani Nor Iman Sofia selagi masih ada hayat dan kemampuan umi insya Allah , untuk terus menjadi ibu, guru dan sahabat akrabmu dalam journey al-Quran mu.
Umi sentiasa melihat kelebihanmu, bakatmu mengalir dalam ketulusan senyumanmu. Nor Iman Sofia insya Allah bakal menjadi murabbiyah Ummah. Aameen Ya Rabbala’lamin.
Doa Ustazah Datuk Norhafizah Musa Untuk Anak Kelima
“Ya Allah.. Tuhan Maha Pencipta Dan Maha Mencintai hamba-hambaNYA. Aku mohon ada bahagian cintaMU untuk puteriku ini. Muliakan puteriku ini dengan al-Quran.. biarlah dia menjadi Khadam Ummah , membawa ummah menghayati al-Quran.
Hiasi puteriku dengan segala keindahan akhlak mahmudah, permudahkan jalan hidupnya, berlembutlah dalam taqdirMu padanya … puteriku ini hatinya halus sekali, kuatkan dan cekalkan dia Ya Allah Yang Maha Gagah Perkasa. Limpahkan padanya seluruh kebaikan, ilmu terbaik buatnya, rezeki dan jodoh terbaik mendatanginya dan seluruh kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhilah segala keburukan dan kejahatan darinya.
Ya Allah, ku pohon seindah-indah doa buatnya… agar Nor Iman Sofia Al-Hafizah mewarisi syurga Firdaus , dihimpunkan bersama seluruh kekasih-kekasihMU . Aamiin
Segala doa kebaikan untuk sahabat-sahabat budiman juga.”
Nor Iman Sofia merupakan anak kelima daripada 7 beradik. Ustazah Norhafizah mempunyai empat orang cahaya mata perempuan dan 3 anak lelaki.
Sekitar usia 43 tahun, ustazah telah menerima penganugerahan Doktor Falsafah (PhD) dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Serentak dengan itu beliau juga dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 1440H bersamaan 2018 Masihi.
Ustazah Norhafizah juga merupakan seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, Seorang penulis buku, kolumnis majalah, panel radia Ikim FM, panel Tanyalah Ustaz, Al-Hidayah, Forum Perdana dan banyak lagi.
MW : Lembut dan tegas cara ustazah mendidik anak-anaknya.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!