Boleh bayang emosi ibu yang berdepan ujian anak derita ekzema. Itu belum masuk bab kewangan yang mengalir keluar macam air. Untuk beli ubat-ubatan dan keperluan anak.
Inilah juga yang dilalui Widyana Ali apabila anak kecilnya, Saeed diuji mengalami ekzema yang kronik. Sampai ke kulit muka berdarah, merekah keluar air bisa. Bila orang pandang muka anak, mak semakin stress. Macam-macam emosi berlegar-legar dalam kepala ibunya.
Masa baru berhenti guna steroid, Saeed mengalami proses “topical steroid withdrawal” yang agak teruk. Kalau tengok kulit dia masa tu nampak isi dalam. Merekah dan berdarah. Air bisa yang berbau tak berhenti keluar.
Perjalanan tu sangat menguji kesabaran.
Tipulah kalau kata Mama tak sedih.
Ibu mana yang suka tengok anaknya sakit kulit. Belum campur terasa hati dengan reaksi orang bila berhadapan. Real food sangat membantu proses penyembuhan, tapi tak cukup.
Ads
Percaya tak kalau kita makan real food setiap hari, tapi emosi kita tak terkawal. Healing process akan terganggu. Jadi lambat.
Ilmu kawal emosi ni sangat-sangat penting untuk mommies yang jaga anak ekzema, mommies yang breastfeed baby ekzema dan jugak adult ekzema sufferrers.
Rasa Macam Nak Simpan Anak Dalam Rumah Setahun
Bila join Perfect Eczema Plan, Mama cuba master semua teknik kawal emosi setiap hari. Coach banyak buat coaching videos untuk tackle emosi yang tercalar sebab ada ekzema atau jaga anak ekzema.
Kalau sebelum ni, bila orang tengok Saeed buat muka geli tu memang Mama rasa macam down sangat. Terus murung rasa nak simpan Saeed dalam rumah setahun tak payah keluar, sampai heal. Malas nak bawa Saeed jumpa kawan- kawan atau saudara mara sebab penat nak jawab orang tanya kenapa itu kenapa ini.
Tapi bila Mama amalkan semua teknik kawal emosi. Dan belajar untuk BERSYUKUR dengan setiap nikmat yang Allah bagi, walaupun sekecil nikmat. Hati tu rasa sangat tenang. Dan boleh senyum lebar walaupun orang tengok Saeed macam sebak nak menangis. Tapi kami happy. Happy sangat!
“Kulitmu cantik..
Kulitmu sihat..
Anakku kau akan sembuh “
Mama setiap hari ulang sebut pada Saeed perkara positif. Apa yang Mama sebut tu masuk terus ke dalam subconcious mind Saeed.
Ads
Walaupun dia tahu dia ada ekzema dan busy menggaru sana sini satu badan.
Yakin semua akan berakhir.
Kulit dia akan sihat dan cantik lepas ni.
Dan paling penting, Mama dia setiap hari puji kulit dia cantik. Dia happy dan happy dan makin happy.
Ads
Lepas 5 Bulan Jaga Makan, Jaga Emosi, Anak Pulih Sepenuhnya Dari Ekzema
Mama stop belek kulit Saeed.
Mama stop fikir lagi berapa hari Saeed nak sembuh.
Mama dah tak stress lagi masa tu.
Mama dah tak kisah tentang apa orang kata bila tengok muka Saeed ekzema.
Mama percaya Allah akan sembuhkan ekzema Saeed bila tiba waktu sesuai, healing inside out.
I choose to be happy.
Hari hari Mama ulang zikir
Hasbunallah wani’mal wakeel
Lepas tu slowly Saeed mula heal. Dalam Mama tak sedar pun. Eh, dah cantik kulit dia lepas tu.
Macam magic. Masa busy duk membelek kulit dia bukan main lagi mengamuk kulit dia. Tapi bila emosi dah tenang, makin sembuh dan sembuh sampai betul betul heal.
Real food dan emosi dua-dua sangat penting kena jaga kalau nak heal dari ekzema. Saeed sembuh sepenuhnya dari ekzema selepas lima bulan jaga makan dan jaga emosi.
Ingat tak masa anak kecil, mak ayah boleh tengok dan suka lihat gelagat anak-anak. Kadang-kadang apa yang anak buat masa kecil dibiarkan sahaja. Kononnya, dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
Sedangkan masa anak kecil inilah mak ayah kena main peranan dan tunjuk contoh yang baik supaya kelakuan anak-anak tidak terbawa-bawa bila dewasa nanti.
Perkongsian daripada Fariza Nurbaya ini ada benarnya. Anak umpama kain putih dan mak ayahlah yang kena mencoraknya, sama ada kain itu cantik, contang canting dan sebagainya.
1. Kenapa seorang anak boleh memukul ibunya? Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.
2. Kenapa anak remaja sekarang begitu gemar mencarut dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dan sebagainya? Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya. Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!
3. Kenapa anak-anak remaja berani keluar pada waktu malam? Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam. Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi ibu bapa untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.
1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.
2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain hp. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.
3. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga. Jika anak-anak tidak dibenarkan menonton televisyen, ibu bapa juga hendaklah mengorbankan keinginan sendiri untuk tidak menonton tv juga.
4. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.
5. Tiada hp adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki hp apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan hp dengan baik.
6. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.
7. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.
8. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.
MW: Amat bagus untuk dijadikan panduan mak ayah. Moga bermanfaat.
Tak susah nak didik anak hafaz Al-Quran, kalau pernah berniat mak-mak boleh rujuk satu perkongsian menarik daripada Puan Ainun Mardhiah tentang bagaimana mak-mak didik anak hafaz Al-Quran.
1. Saya mula didik anak Quran waktu dalam kandungan. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Mengandung Muadz saya alahan teruk. Saya baca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah.
2. Anak lahir : usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab masa tu saya di Madinah, tak jumpa flashcard. Buat guna manilakad je. Tulis besar-besar, baca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya. Dia buat tak tahu je masa tu. Siap ronyok-ronyok lagi.
3. Pasangkan dia video Alif Ba Ta. Terkekek-kekek dia ketawa tengok video tu.
4. Pasang Kaset Quran dalam kereta. Pergi mana-mana pasang je.
5. Balik Malaysia, lepas suami cerita tentang Syeikh Mesir didik anak hafaz Quran, kami terus buat keputusan. Mulai hari tu kami pasang Quran sahaja dalam kereta. Quran sahaja. Masuk kereta je terus pasang, walaupun pergi kedai dekat dengan rumah sahaja.
6. Kesan pasang Quran : saya perhatikan anak-anak saya mudah sangat tidur dalam kereta. Sampai orang pelik macamna mereka boleh sopan santun dalam kereta, sebab keluar kereta je terus tak duduk diam. Ya, sekali lagi. Saya yakin dengan keberkatan Al-Quran. Al-Quran menenangkan hati dan jiwa.
7. Selain kereta, abah Muadz rajin bacakan Quran pada anak-anak sebelum tidur. Dia peluk anak-anak kiri dan kanan, then baca Quran. Tak sampai sejam pun kadang-kadang anak dah tidur.
8. Sampai umur Muadz 2 tahun lebih (kalau tak silap saya), kami baca Surah Asy-Syams. Tiba-tiba dia sambung! Kami terkejut! Mengalir air mata saya, Maha Hebatnya Allah! Padahal kami masih belum usaha yang maksima lagi. Tapi Muadz dah boleh ingat Surah Asy-Syams masa tu.
9. Kami test surah lain pula. Kami suami isteri baca dalam kereta. Tiba-tiba dia sambung. Sekali lagi terkejut, dia dah hafaz Surah AL-Balad! Allahu Akbar!
10. Disebabkan masuk kereta pasang Quran ni dah jadi habit, maka Muadz ni pun tiap kali masuk kereta takde ayat lain yang dia jeritkan melainkan…” Nak Qoran!! ( Nak Al-Quran). Ianya terjadi bila saya cuba-cuba nak dengar IKIM.
InsyaAllah yakin ibu ayah, kita semua boleh. Sebab anak kita semua sangat genius, insan-insan takde dosa. Lagi satu, puji anak bila mereka mengaji. Tunjukkan muka ceria dan gembira. All the best!
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jangan tak tahu, nak mandikan bayi pun ada caranya. Kalau ikutkan, ramai orang terlepas pandang dan ramai yang suka gunakan kapas lembab untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air.
Itu belum lagi cerita bab sesetengah orang yang main belasah mandikan anak dengan air sejuk!
Tolonglah ibu ayah, apabila memandikan bayi janganlah terus masukkan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya apabila memasukkan bayi dalam tab, air mandian tidak menjadi air najis, yang mana kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air. Nak tahu cara mandikan bayi lebih tepat, ikut tip ini…
Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Waktu Dhuha
Seeloknya mandikan bayi pada waktu Dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siram ikut peringkat
Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Cara gosok dan bahan cucian yang betul
Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Pastikan ikut cara siraman ini
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Patutnya ayah yang buat
Mungkin anda rasa ibulah yang terbaik mandikan anak tetapi sebenarnya eloklah tugas memandikan bayi ini dilakukan golongan ayah. Jangan lupa, sambil memandikan anak, hati kena berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Elak siram muka
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ini boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Akhir dengan siraman ke bawah
Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini kerana risau air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Jangan lupa lap!
Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah. Selepas itu, balutkan bayi dengan tuala kering atau selimutkannya sekali lagi dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam.
Haaa… jangan terlalu ‘confident’ rasa anda dah mampu mandikan anak dengan cara yang betul, seeloknya semak dan amalkan info ini untuk jaga kesihatan anak. Moga bermanfaat buat ibu-ibu muda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.