Ads

Lima Beranak Maut Dibunuh: Isu Berpindah Negeri Dipercayai Punca, Suspek Ditemui Memeluk Anak Bongsu

Lima beranak maut dibunuh, isu berpindah negeri dipercayai punca, suspek ditemui memeluk anak bongsu. Jika ramai tertanya-tanya apakah punca sebenarnya lima sekeluarga ditikam dengan kejam, seorang individu yang banyak terlibat dengan kerja-kerja kemanusiaan, Afiz Ayub berkongsi asbab kejadian.

Jelas Tuan Afiz Ayub yang Ngonya terlibat dalam urusan pengkebumian lima beranak ini, jiran-jiran memaklumkan suspek seorang yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah lagi-lagi dalam bentuk kewangan kerana baru-baru ini suspek telah menjelaskan hutang PTPTN seminggu sebelum kejadian.

Lima Beranak Maut Dibunuh: Isu Berpindah Negeri Dipercayai Punca, Suspek Ditemui Memeluk Anak Bongsu

Namun amukan dari suspek terhadap lima ahli keluarganya dikatakan berpunca dari pergaduhan suami isteri berkaitan isu berpindah negeri. Suspek sebelum ini bekerja di Selangor sebagai pemandu lori dan apabila berpindah ke rumah ibunya, suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan.”

“Apa yang berlaku pada Subuh kejadian,  suspek dan isterinya, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33 berasal dari Terengganu ada berlaku perbalahan ketika berpindah ke Pahang.

Ads

“Tak sangka pula perbalahan ini berlarutan hingga suspek mengakhiri nyawa isterinya di atas katil bilik tidurnya dengan punca kematian tikaman di leher,” kongsi Tuan Afiz Ayub di media sosialnya di mana dirinya dan ahli terlibat sama dalam pengurusan jenazah lima beranak ini.

Kongsinya lagi, pergaduhan mulut antara pasangan suami isteri ini kemudiannya membawa kepada tikaman di leher isteri hingga membawa maut.

Ads
Asbab pertengkaran yang terjadi, ibu suspek, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56 sempat meminta anaknya mengucap dan tidak lagi bertengkar. Namun kebarangkalian nafsu amarah, mengakibatkan suspek turut menikam ibunya di dapur juga tepat kena pada leher. Namun ibunya sempat meminta seorang lagi anaknya (adik suspek) memanggil bapa saudara yang tinggal berdekatan untuk meminta bantuan.
Lima Beranak Maut Dibunuh: Isu Berpindah Negeri Dipercayai Punca, Suspek Ditemui Memeluk Anak BongsuSaat adik suspek dan bapa saudara sampai ke rumah semula, tragedi menyayat hati terjadi di mana dua anak kecilnya, Nur Sumayyah Humairah, 2, dan Saffiyah Humairah, 5 ditemui tidak lagi bernyawa termasuk suspek.

Namun yang paling menyayat hati, anak bongsu pasangan ini, Sumayyah Humairah, 2 meninggal dunia di tangan bapa sendiri pada hari sambutan ulang tahunnnya. Lebih menambah duka, arwah anak syurga ini dilihat berada dalam pelukan bapanya di sisi riba kanan sementara kakaknya  terbujur di hadapan suspek.

Ads

Ke lima-lima  keluarga ini maut dalam keadaan tikaman yang sama iaitu di leher dengan menggunakan pisau dapur.

Tuan Afiz Ayub turut memaklumkan, berdasarkan perkongsian dari waris dan penduduk taman yang mengenali keluarga ini, tiada isu berkaitan mental atau kewangan seperti disangka. Namun ianya adalah berkaitan perbalahan suami isteri.

“Tiada campurtangan orang ketiga atau apa apa barangan terlarang dan suspek juga tiada masalah mental. Ianya berlaku dengan pantas asbab dari perbalahan rumah tangga hingga tidak dapat mengawal diri sendiri menyebabkan kematian orang yang tidak bersalah.

Semalam sekitar jam 630 petang kesemua jenazah di hantar ke kubur Cherating dan ditanamkan berasingan demi menjaga maruah keluarga. Alhamdulillah ke semua jenazah selamat dikebumikan sebaiknya.
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

upkk

JAKIM Umum Keputusan UPKK 2025, Ini Cara Semakan Online

Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun 2025 akan diumumkan pada 25 Februari 2026 (Rabu) jam 10.00 pagi.Pengumuman rasmi ini...