
Pelepasan Cukai
Biasanya ramai yang kurang ambil cakna bab pelepasan cukai, suka isi saat akhir dan akhirnya kelam kabut cari resit itu ini. Malahan majoriti orang kita akan tunggu bulan Mac atau April setiap tahun baru nak gelabah buka website e-Filing.
Masa itu lah sibuk nak cari resit yang dah pudar, cari penyata bank, dan mula mengeluh sebab kena bayar cukai beribu ringgit.
Ya, kesilapan paling besar pembayar cukai adalah: Suka buat perancangan “last minute”! Jadi sebelum terlambat, jemput baca perkongsian saudara Faiz Alauddin ini sekejap…
Bila tak buat tax planning seawal Januari, anda sebenarnya sedang melepaskan peluang keemasan untuk dapatkan refund cukai maksimum. LHDN dah sediakan banyak pelepasan (relief), tapi jangan sebab malas nak merancang, duit tu ‘hangus’ jadi cukai.
Berita baik untuk Tahun Taksiran (YA) 2026, berdasarkan bajet 2026, kerajaan dah umumkan banyak pelepasan baru dan upgrade pelepasan lama yang sangat berbaloi untuk kita manfaatkan!
Ini 7 senarai yang anda wajib rancang perbelanjaannya bermula sekarang:
Dulu relief ni cuma cover untuk diri sendiri dan pasangan je. Tapi bermula 2026, ini diluaskan untuk cover anak-anak sekali! Sangat berbaloi untuk mak ayah yang ambilkan pelan untuk anak.
Sama macam Takaful Hayat, relief untuk pendidikan dan perubatan ini pun sekarang dah boleh claim kalau anda bayarkan premium untuk anak-anak.
Berita baik untuk mak ayah yang bekerja! Relief sedia ada (RM2,000) dan relief tambahan (RM1,000) kini digabungkan jadi RM3,000.
Lagi best, skop diperluaskan untuk pusat jagaan harian atau transit berdaftar dengan JKM bagi anak berumur sehingga 12 tahun! (Dulu terhad untuk anak berumur sehingga 6 tahun sahaja).
Bagi ibu bapa yang ada anak istimewa (18 tahun ke bawah), relief untuk penilaian, diagnosis, intervensi awal, dan rawatan berterusan dinaikkan dari RM6,000 kepada RM10,000.
Skop kini diperluaskan untuk cover semua jenis vaksin yang berdaftar dan diluluskan penggunaanya oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara, Kementerian Kesihatan. Boleh mula simpan resit klinik tu elok-elok!
Geng kaki travel, ini yang ditunggu-tunggu! Relief RM1,000 untuk yuran masuk tempat pelancongan dan program seni budaya diperkenalkan semula, tapi khas untuk YA2026 sahaja. Boleh lah rancang percutian dalam Malaysia tahun ini!
Pelepasan RM2,500 ini memang wajib dimaksimumkan. Untuk 2026, LHDN luaskan lagi skop pembelian. Korang sekarang dah boleh claim pembelian CCTV untuk kegunaan isi rumah dan mesin “Food Waste Grinder”!
Nampak tak?
Kalau sudah tahu senarai ini dari awal, anda boleh susun cashflow bulanan untuk beli atau belanjakan benda-benda yang melayakkan korang dapat pelepasan cukai ini.
Jangan lupa juga untuk gunakan pelepasan-pelepasan lain seperti KWSP, PRS dan SSPN.
Tahun depan nanti, silap-silap dapat refund lebat!