Memang letih bila ada anak kecil yang nak didukung 24 jam. Tak boleh nak letak sekejap, boleh nangis sepanjang hari lah. Satu kerja pun tak dapat nak buat, nak mengadap dia je.Memang naik buntu dibuatnya.
Dilema ni pasti dialami oleh mak-mak yang miliki anak suka berdukung 24 jam.Namun menurut perkongsian oleh Maryam Jamadi, yang merupakan seorang ‘Occupational Therapist’, beliau berkongsi sebab dan cara untuk mengatasinya.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Sejak post sebelum ini jadi viral, ramai yang pm dan comment bertanya tentang macam mana untuk mengatasi masalah anak yang suka berdukung setiap masa, dan akan menangis setiap kali letak bawah. Adakah nak biar je dia menangis atau ikut kehendak dia?
(A.Fitrah Bayi Suka Didukung)
Pertama, kena faham kenapa bayi suka kena dukung. Ok macam ini, baby secara fitrahnya memang suka kena dukung. Sebab bila didukung, secara tak langsung dia akan dipeluk dan terasa dibuai, didodoi macam duduk dalam rahim ibu lagi.
Perkara ini saya suka kaitkan dengan Pyramid of Learning (Williams & Shellenberger), ada 3 core sensory yang menjadi asas dalam pyramid ini iaitu;
Sejak dari lahir, bayi memerlukan semua deria ini dalam proses perkembangan otak. Sebab itu, bayi normal memang suka dibelai (deria sentuhan), suka dipeluk (deria sendi) dan suka didukung (deria keseimbangan).
3 deria penting ini memang sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi. Setiap bayi berbeza keperluannya. Jadi jangan compare anak kita dengan anak org lain. Tugas kita ialah memenuhi semua keperluan deria ini, bukan hanya dengan berdukung ok? Ada banyak cara utk memenuhi keperluan sensori bayi, tak perlu beli apa-apa pun cuma pakai apa yang ada je.
Ads
Contohnya:
Tactile (Deria sentuhan)
1. Pakaikan losyen pada bayi sambil belai-belai seluruh badan bayi.
2. Sambil minum susu boleh usap-usap kepala dia.
3. Baringkan bayi dekat atas baju belum lipat, lagi banyak jenis material kain lagi bagus.
4. Beri bayi gengam jari kita.
5. Usap tangan dan jari jemari bayi.
6. Beri bayi main dengan pelbagai jenis texture dan bentuk.
Vestibular (Deria keseimbangan)
1. Letak dalam buaian ataupun bouncer semasa dia sedar. (Penerangan dalam post lain)
Proprioception (Deria sendi/ Joint sense)
1. Urut lepas mandi. Sangat penting and tolong jangan skip untuk bayi baru lahir.
2. Pakaikan bedung untuk bayi baru lahir. (Nanti saya cuba post tentang amalan nenek moyang kita dan sensori bayi, panjang sangat penjelasannya)
3. Selalu buat “tummy time” seawal baru lahir.
4. Peluk bayi.
Cara diatas ini boleh dilakukan untuk bayi baru lahir untuk memenuhi keperluan sensori mereka.
(B.Resah Bila Berpisah)
Kedua, kenapa bayi suka berdukung adalah disebabkan Separation Anxiety (resah bila berpisah). Ini normal dalam proses perkembangan emosi bayi. Bila kita hilang dari pandangan, bayi akan rasa macam kita akan hilang selamanya. Sebab itulah, bila kita letak ke bawah dia risau kita “hilang”.
Ads
Biasanya akan bermula bila bayi dah kenal orang sekeliling, lagi teruk bila pergi rumah orang taknak lepas nak melekat je. Biasanya bermula seawal 6-7 bulan dan waktu genting sekitar 10-18 bulan dan mungkin akan berterusan sampai umur 2 tahun.
Jangan risau, ini semua akan hilang ikut masa. Kena ingat setiap bayi berbeza. Enjoylah masa anak nak berkepit dengan kita, tanamkan dalam fikiran yang kita nombor satu dalam carta hati.
Tapi, berdukung/melekat 24 jam ini mungkin akan timbul masalah lain sekiranya bayi kurang “tummy time”, meniarap atau merangkak. Jadi mak ayah kena jugak buat sesuatu, supaya bayi belajar yang kita tak “hilang” pun.
Caranya;
1. Ajar konsep “bye- bye”.
Bila kita ke mana-mana, cakap “bye, ibu pergi toilet/dapur ni”. Kalau baru-baru memang dia akan menangis, jadi kita pergi sekejap je main cak-cak dengan dia. Bila dah selalu buat, dia dah faham konsep “bye” baru boleh pergi lama sikit.
Ads
2. Kena selalu bercakap dengan bayi walaupun dia tak faham.
Bagitahu nak pergi toilet, nak pergi makan nak kemana-mana kena report bigboss. Nanti lama-lama dia faham, makan dekat dapur, toilet dekat mana dan sebagainya.
3. Kalau pergi mana-mana, bawa mainan yang dia biasa main untuk dia rasa selamat macam rumah. Boleh kurangkan ini bila anak dah boleh cope dengan tempat baru.
4. Kalau punca berdukung sebab bosan, bagi dia pegang apa-apa barang baru yang selamat. Contoh ke dapur, bagi main senduk, tupperware, bekas bekas yang selamat untuk alihkan perasaan nak berdukung.
5. Untuk yang dah pandai merangkak atau berjalan, selalu main kejar kejar dengan dia. Bila dia datang dekat nak dukung, kita lari sambil gelak-gelak.
6. Cara terakhir, kalau bayi minta dukung tapi kita cakap ada kerja nak buat. Biarkan dia menangis. Jangan pandang langsung, muka senyum relaks je. Lepas dah siap kerja, cakap “ok dah siap” sambil pandang anak. Masa ini baru boleh pergi ke anak. Semakin lama, boleh cuba makin jarakkan masa pergi pada anak. Lama-lama anak akan percaya yang kita tak abaikan pun dia, cuma ada kerja sekejap.
Yang penting dalam semua diatas adalah emosi kita masa handle masalah anak nak berdukung. Kena relaks, muka pun tak boleh berkerut kena senyum je masa letak dekat bawah. Jangan ada sikit pun rasa bersalah sebab bayi boleh kesan emosi dan reaksi kita berkerut yang kelam kabut itu.
Naluri seorang mak-mak memang sentiasa risau akan diri anak-anak mereka, tak kira berapa usia anak-anak. Malah perasaan ingin sentiasa melindungi anak-anak itu sentiasa ada di hati.
Sedar atau tidak, sikap yang ‘over protective’ ini boleh mengganggu perkembangan anak. Bahkan kadangkala sikap yang terlebih risau ini boleh buat anak-anak rimas.
Apabila semakin membesar, anak-anak perlu diajar untuk berdikari. Di rumah, mereka perlu ajar untuk melakukan kerja rumah. Pada usia lima atau enam tahun, sudah boleh ajar untuk kerja-kerja ringan seperti bantu buang sampah, sapu sampah, kemas tempat tidur dan sebagainya. Walau pun mungkin pekerjaan itu perlu anda lakukan sekali lagi kerana kurang sempurna, tapi tak mengapa. Itu proses untuk mereka belajar.
Belajar buat keputusan
Jika ke kedai makan, ajar dan galakkan mereka untuk berani memesan apa yang mereka hendak makan/minum. Kalau boleh, ketika membuat pesanan, biar mereka sendiri yang beritahu. Perkara kecil ini boleh jadi sesuatu yang besar buat diri mereka, agar lebih berani. Tahu apa yang mereka nak dan belajar membuat keputusan.
Ada mak-mak yang seolah-olah tidak percaya akan kebolehan anak-anak mereka. Di rumah tak dibenarkan bantu buat apa kerja sekali pun. Kalau nak minta bawa pinggan kotor ke singki takut pecah. Kalau minta buang sampah, kasihan sebab berat. Hai..ini yang payah. Kadangkala si anak tu mampu lakukannya. Tapi bila mak sendiri tak yakin dengan mereka, camno kan?
Begitu juga bab menguruskan hal persekolahan mereka. Masih ada mak yang masih tolong salin jadual sekolah anak walau pun anak dah masuk darjah lima! Salin jadual sekolah sendiri adalah satu bentuk disiplin, tanggungjawab dan berdikari. Anak perlu salin sendiri jadual sekolah setiap hari dan mesti pastikan tiada buku yang tertinggal. Kalau mak yang tolong, apa nak jadi dengan anak? Itu belum bab cuci kasut dan gosok baju sekolah. Ada yang hingga dah darjah enam tapi mak juga yang basuhkan kasut sekolah. Saya sejak anak usia lapan tahun saya dah suruh dia cuci sendiri kasut sekolah. Tak kira bersih atau tak, dia yang nak pakai. Saya nak ajar supaya dia tahu erti tanggungjawab dan berdikari.
‘Kurung’ Anak
Ada mak yang asyik ‘kurung’ anak di dalam rumah. Nak main depan rumah pun tak dibenarkan, takut kena culik katanta. Lantas diberikan saja gajet untuk anak lepaskan bosan. Agak-agak bagus ke untuk perkembangan anak-anak? Apa salahnya benarkan mereka keluar bermain pada waktu petang, biar badan dan minda mereka cergas. Biar mereka belajar berkawan. Tapi dalam masa yang sama pantau dan sentiasa pesan agar menjaga keselamatan diri.
Berikanlah sedikit kepercayaan untuk anak-anak agar mereka tidak terkongkong untuk melakukan apa yang mereka mampu. Tetapi, bila cakap soal kepercayaan ini, perlu berhati-hati. Semakin anak meningkat remaja, semakin ‘bersambung’ sel-sel otak mereka. Bukan apa, takut pula mereka melakukan sesuatu yang tak elok pula. Jadi, pantau perlu tapi kena betul caranya.
Tip Tambahan:
1. Ibu bapa kena didik anak-anak untuk melakukan sesuatu perkara berdasarkan usia dan keupayaan mereka.
2. Kena ‘lepaskan’ anak-anak untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya agar mereka dapat bersosial dan tidaklah nanti jadi umpama ‘katak di bawah tempurung’ saja.
3. Jelaskan pada anak-anak, bila sudah diberikan kepercayaan, jangan disia-siakan pula kepercayaan itu.
4. Jika ibu bapa tak percaya anak-anak boleh melakukan sesuatu perkara, bagaimana anak-anak nak yakinkan diri mereka sendiri bahawa mereka boleh buat?
5. Jangan sekat keinginan anak-anak untuk melakukan aktiviti yang mereka sukai seperti bersukan dan sebagainya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masih ramai mak ayah yang suka pukul anak disebabkan rasa geram. Tengok anak lambat bertindak, pukul. Hadap anak yang lembap bila terima arahan, pun kita pukul! Allah… betul ke tindakan kita itu? Untuk selamatkan emosi anak-anak daripada jadi bertambah teruk, jom baca perkongsian daripada Nurul Ilyani ini…
Semasa talk minggu lepas (teknik meningkatkan self-esteem kanak-kanak daripada perspektif pendidik), saya mengulang-ngulang yang kata-kata negatif dan kritikan negatif, pukulan dan jeritan hanya menjatuhkan daya percaya diri anak-anak.
Anak lambat bersiap boleh jadi dia ada isu dengan fokus.
Apabila dia buat satu kerja, dia cepat terganggu dengan benda lain. Contoh, masa dia nak pergi mandi, sudah cepat-cepat, tiba-tiba dia teringat belum cari baju, dia cari baju dulu.
Kemudian masa dia nak cari baju, dia teringat, dia belum cerita dekat mama, ada kucing beranak dalam bilik, dia pergi jumpa mama dulu.
Semua jadi lambat, dia susah nak organize kerja dan aktiviti. Semua jadi lambat.
Kadang-kadang end up semua tak siap. Dia cuma duduk termenung, mengelamun.
Kasihani anak begini. Dia perlukan bantuan.
Bukan kritikan.
Bukan bebelan.
Bukan herdikan
dan tolong jangan pukul dia.
(Hati sayu, sambil bayangkan Dhuha Tihani? Semua yang saya tulis di atas, semua ada pada Dhuha. Saya sudah lalui. Saya kasihankan dia setiap hari. Saya juga perlu lebih gigih mendidik dia setiap hari)
Saya terbaca satu status, suaminya pukul anaknya lambat. Semua lambat. Nak bersiap pergi sekolah lambat. Lembab.
Sungguh.
Jiwa kecilnya makin sedih. Makin rendah diri. Makin kurang percaya diri. Dia boleh jadi cepat putus asa.
Semua pengalaman kecilnya boleh mempengaruhi hidupnya bila dewasa.
Dia mungkin cepat putus asa.
Dia tak berani cuba perkara baru.
Dia lebih moody.
Dia boleh mudah stress.
Dia jadi lebih sukar kuasai pembelajaran.
Dan, bukankah dia yang lambat dan lembab itu anak kita? Amanah kita?
Kadang-kadang kita lebih mudah melabel anak itu dan ini. Lembab. Bodoh. Lambat. Degil. Buas. Tanpa kita tahu apa sebenarnya bentuk pendidikan yang diperlukan mereka.
Untuk saya dan suami,
Ummu Ilham dan Abu Ilham.
Dan untuk pembaca yang mahu ambil inspirasi. Didoakan bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kerja rumah bukannya dengan mengharapkan ibu dan anak perempuan saja. Kena ajar anak lelaki kena buat kerja rumah juga. Baru dia tahu penat dan susahnya.
Itulah yang perlu ditekankan oleh mak ayah. Bukan nak merajakan anak tapi sekurangnya dia tahu rasa tanggungjawab dan berdikari bila mak ayah tiada nanti.
Tak bersih dan kurang kemas itu perkara biasa, sekurangnya kita ajar dia buat kerja rumah. Lama-kelaman dia akan pandai dengan sendiri.
Malah, dia akan jadi lebih matang seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.
Kadang-kadang, kita merasakan kerja rumah ni macam biasa je tapi bila anak lelaki buat kerja rumah, ia akan jadi lebih berdikari.
Paling penting, anak jadi makin hormat pada ibu bila dia tahu betapa susah dan penatnya buat kerja rumah.
Nak ajar kenalah bermula dengan anak lelaki buat kerja rumah. Ini antara cara paling praktikal untuk latih anak disiplin dan tanggungjawab.
Selain itu, ajar anak lelaki buat kerja rumah juga dapat mengasih kemahiran & rancang anak kita. Makin pandai la dia urus dirinya sendiri.
Bukan itu je, anak yang biasa buat kerja rumah akan lebih cepat matang berbanding yang tak biasa buat kerja rumah. Jadi ibu ayah, buat kerja rumah bukan nak mendera tapi nak mendidik mereka.
Mingguan Wanita : Kerja rumah bukan ajar anak perempuan saja, anak lelaki pun sama. Baru dia tahu rasa tanggungjawab terutamanya bila dah berumahtangga.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.