rumah mentua

Satu keputusan yang agak susah nak dibuat selepas sah jadi suami isteri, elok duduk rumah mentua atau rumah sendiri?

Haaa… kalau duduk rumah mentua mesti ada sebab, bukan? Mungkin suami anak tunggal, mak ayahnya kurang sihat atau boleh jadi salah satu sebab yang dikongsi saudara Firdaus Shakirin ini.

Cuba semak dulu dan in shaa Allah ada akan dapat buat keputusan terbaik.

Rumah Mertua Atau Rumah Sendiri?

Perkara yang selalu bermain di fikiran bakal-bakal isteri, lepas berkahwin, duduk dengan mertua atau rumah sendiri (meskipun menyewa). Ada yang kata, duduk jauh-jauh bau wangi, duduk dekat-dekat bau busuk. Namun perkara ini terpulang pada situasi yang dialami setiap pasangan.

Jika di dalam rumah kita terdapat ramai adik beradik yang dah berkahwin, yang belum kahwin, atau ada adik / abang lelaki yang masih bujang, maka sebaiknya, carilah rumah sendiri. Sebab?

1) Nak jaga aurat isteri, kehormatan isteri dari pandangan lelaki ajnabi lain (ipar, biras, adik atau abang lelaki), nak mudahkan isteri untuk pergi mandi, berpakaian, dan breastfeeding ketika berada di dalam rumah.

2) Nak jaga perbelanjaan keluarga sendiri daripada menanggung keluarga-keluarga atau individu lain selain daripada ibu bapa sendiri.

3) Nak bina asas rumah tangga, kepercayaan dan peraturan di dalam keluarga kecil sendiri.

Jika di dalam rumah tiada sesiapa disebabkan adik beradik yang lain dah berpindah keluar, hanya kita yang tinggal dengan ibu bapa, dan kesihatan ibu bapa tidak mengizinkan kita untuk meninggalkannya, maka sebaiknya tinggal dgn ibu bapa tetapi :

1) Maklumkan kepada bakal isteri, yang dia akan tinggal sekali dengan mertua, dan beritahu tentang keadaan ibu bapa kita. Sekiranya dia tak boleh terima, maka belum terlambat lagi untuk kita memutuskan hubungan itu.

2) Sekiranya dah berkahwin, sediakan tempat tinggal, bilik yang selesa untuk isteri, dan kemudian, ajarkan isteri tentang perangai-perangai ibu bapa kita, apa yang boleh buat, apa yang tak bleh buat di dalam rumah itu. Apa yang mak kita suka dan apa yang mak kita tak suka dan sebagainya, supaya isteri bersedia untuk “berperang” menghadapi karenah orang tua kita.

3) Selalu tanya isteri, hari ke hari, masa ke masa, tentang apa perasaan dia, apa yang dia rasa? Kita sebagai anak bertanggung jawab menjaga ibubapa kita, bukan isteri.dan sekiranya isteri melakukan tugas itu semasa ketiadaan kita, maka itu EHSAN dirinya untuk kita. Hargai, dan balas ehsan isteri dengan berbuat baik kepadanya.

4) Sesekali, jika adik-beradik lain berpeluang untuk menjaga ibu bapa, maka gunakanlah masa ini untuk membawa isteri pergi bercuti, berjalan bagi merehatkan diri, menyegarkan semula dirinya. Isteri sangat-sangat memerlukan ini, iaitu masa bersama suami,”hanya dengan suami sahaja”.

Jika isteri boleh menjadi menantu yang baik untuk keluarga kita, maka kita sebagai suami, perlu lah menjadi menantu yang LEBIH BAIK untuk keluarga isteri.

Suami itu contoh kepada isteri… nak isteri rajin, maka kita rajin dahulu. Nak isteri baik, maka kita jadi baik dahulu.. Nak isteri solehah, maka kita jadi soleh dahulu.

Keperibadian suami akan membentuk perangai isteri.

Sebenarnya tinggal sendiri atau tinggal dgn mertua, itu terpulang… jika nak rumah tangga bahagia, maka buatlah sesuatu keputusan yang dapat menggembirakan kita, suami dan isteri.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI