Lempeng Gulung Inti Sardin, Celup Telur Sebelum Goreng, Rangup Dimakan!

Share

Biasanya apabila buat lempeng kita akan cicah dengan sambal ikan bilis atau kuah kari. Apa kata kita buat lempeng gulung berintikan sardin. Kenyang makan sebab semuanya telah disatukan.

Bahan-bahan untuk buat lempeng dan inti sardin itu itu senang nak dapat. Cara buatnya juga tak susah. Cuma bezanya adalah setelah siap lempeng, bubuh inti sardin dan gulung lempeng berinti itu sebelum digoreng.

Bolehlah cuba resipi ini untuk dihidang sebagai sarapan atau minum petang buat keluarga.

Boleh Cuba Resipi Dan Cara Buat Lempeng Inti Sardin Yang Dikongsikan Oleh Iryani Zaki Ini.

Resipi Lempeng Inti Sardin Rangup Anak Suka

“Kalau lempeng, korang suka cicah ngan sambal bilis? Dah boring kan. Jom cuba inti sardin ni. Sedap rangup anak suka.”

Bahan-bahan Lempeng

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Marjerin

Bahan-bahan Inti Sardin

1 tin kecil sardin
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Sayuran – ikut suka
1 biji telur
Mayonis

Artikel Berkaitan:

Resipi JERUK HALIA Ala Restoran Sushi, PERAM 6 JAM, Baru Makan!

Ayam Penyet Berempah Cara Mudah, Serbuk Serdak Itu Yang Buat Sedap

Cara Buat Lempeng Dan Inti Sardin

1. Campurkan tepung, masukkan telur garam dan kunyit. Masukkan sedikit- sedikit air hingga sebati dan cair. Kacau sehingga hilang ketulan. Panaskan kuali, masukkan sedikit marjerin. Sendukkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat, buat sehingga adunan habis.

2. Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dicincang halus. Asingkan ikan sardin dari tin. Masukkan ke dalam kuali. Hancurkan sehingga lumat. Masukkan sos cili,garam dan gula. Masukkan sayur dan telur. Kacau hingga sedikit kering atau lembap.

 

3.Sapukan mayonis pada lempeng, letak inti dan gulung.

4. Pukul telur dengan garfu dan celupkan gulungan lempeng. Panaskan di atas kuali tanpa minyak.

“Tadaaaa. Dah siap Lempeng Inti Sardin Rangup anak suka. Yeaaaa. Senangkan. Ni boleh tambah menu waktu PKP 2. Jom kongsi supaya ramai boleh buat kuih yang sedap ni. Nak ganti dengan kulit popia pun boleh tau.”

Sumber/ Foto: Iryani Zaki

IKLAN