Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Pintu Rumah Bekas Isteri Guna Cangkul Didenda RM3,000. Akibat terlalu mengikut emosi buruk akibatnya. Walau apa pun alasannya, bertindak mengikut emosi boleh mengundang padah.
Mengamuk Pecah Cermin Pintu Rumah
Tindakan seorang lelaki yang mengamuk dan memecahkan cermin pintu depan rumah bekas isterinya Selasa lalu mendapat balasan apabila didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Mohd. Shariman Zul Kapri, 46, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S. Punitha.
Tertuduh yang bekerja sebagai jurukimpal juga diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara lima bulan jika dia gagal membayar denda tersebut.
Perbuatan Khianat Guna Cangkul
Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa melakukan perbuatan khianat iaitu memecahkan cermin pintu depan rumah Salina Sidit, 45, dengan menggunakan sebatang cangkul di Pinji Indah 2, Taman Pinji Indah, Ipoh sekitar pukul 9 pagi, 4 April 2023.
Perbuatan tertuduh itu menyebabkan wanita berkenaan mengalami kerugian lebih RM25.
Ads
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketika rayuan bagi mengurangkan hukuman, Mohd. Shariman yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), G. Harbhajan Singh memohon anak guamnya itu tidak dikenakan hukuman penjara kerana lelaki terbabit menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayu Zakaria meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran.
Positif Dadah Jenis Methamphetamine
Sementara itu, dalam prosiding di mahkamah sama, Mohd. Shariman didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah jenis methaphetamine ke dalam badan.
Ads
Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar pukul 6.15 petang, 5 April 2023.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM2,000 dan menetapkan 19 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan patologi.
Menerusi laporan media pada Khamis lalu, seorang lelaki ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes pecah cermin sebuah rumah di Taman Pinji Indah di sini.
Perbuatan lelaki itu yang memecahkan cermin menggunakan batang kayu cangkul itu dirakam wanita dipercayai bekas isterinya sebelum rakaman video berdurasi 25 saat itu tular di media sosial sejak semalam.
Ads
Keputusan ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas lelaki tersebut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Buat penggemar sushi, berhati-hatilah makan hidangan berasal dari negara Jepun ini. Pastikan makan ditempat yang diyakini bersih, selamat dan seeloknya elak makan makanan mentah seperti ikan, daging dan sebagainya kerana ia boleh membahayakan kesihatan.Terutamanya bagi yang menghidap penyakit kronik, sebaiknya elak makan makanan mentah, dikhuatiri mempunyai bakteria dan sukar untuk disembuhkan.
Menerusi laporan Daily Mail,tangan kiri seorang lelaki berusia 71 tahun dari Korea Selatan terpaksa dipotong kerana dijangkiti bakteria selepas makan makanan mentah, sushi.
Tapak Tangan Bengkak
Dalam kejadian ini, pesakit yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, tapak tangan kirinya mula mengalami kesakitan dan bengkak sebesar bola golf selepas 12 jam memakan sushi ikan mentah.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila dia mula mengalami demam dan kesakitan yang luar biasa di tangannya dalam tempoh dua hari, dengan tangannya yang juga tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih membuatkan dia terpaksa meminta bantuan dari doktor di sebuah hospital di Jeonju.
Saiz lepuhan di tangan pesakit berukuran 3.5 cm ke 4.5 cm, anggaran saiz sebiji boleh golf. Jangkitan itu turut menjejaskan bahagian belakang tapak tangan dan lengannya.
Pihak perubatan kemudian mengeluarkan air dalam lepuhan di tapak tangannya dan membuang tisu-tisu yang telah terjejas, serta mangsa diberi ubat antibiotik. Malangnya, rawatan itu tidak berjaya dan keadaan tangan pesakit menjadi semakin teruk dan akhirnya terpaksa dipotong.
Hidap Penyakit Kronik
Menurut sumber, pesakit juga menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang yang memerlukan dia menjalani rawatan dialisis.
Berdasarkan pemeriksaan doktor, pesakit mengalami masalah kesihatan itu kerana sistem keimunan badannya lemah kerana dia menghidap penyakit buah pinggang yang meletakkanya pesakit itu lebih berisiko untuk dijangkiti. Sedangkan orang yang normal boleh sembuh hanya dalam beberapa hari apabila terkena jangkitan bakteria.
Selepas menjalani pembedahan memotong tangan tersebut, keadaan lelaki ini semakin baik dan dia dibenarkan pulang ke rumah.
Semoga bermanfaat! Kongsikan buat penggemar sushi agar mereka lebih berhati-hati.
Disuruh jual maruah RM1000 sejam di Instagram, ibu dua anak dakwa berterusan diugut bekas suami. Saat melangkah ke alam perkahwinan, kita mengimpikan pasangan yang mampu buat kita bahagia.
Sentiasa dalam keadaan susah dan senang bersamanya, mengharungi alam rumahtangga yang badainya adakalanya menghempas kuat. Tapi tidak semua merasakan bahagia itu kerana adakalanya suami yang sifatnya adalah pelindung bertukar menjadi setan dalam rumahtangga.
Pendedahan seorang wanita, dikenali sebagai Sofeaadelya di fb dan instagramnya mengenai “ugutan” dari bekas suami dan mukanya yang bengkak di pukul harus menjadi pengajaran buat wanita di luar sana. Menakutkan walau sudah ada empat laporan polis dibuat namun dakwanya hingga kini dimaklumkan tiada tindakan lanjut di lakukan.
Untuk membuktikan dirinya diperlakukan dengan teruk, wanita ini turut merakamkan bukti perbualan yang bahasanya terlampau kesat menghina dirinya dan keluarga hanya disebabkan masalah hutang. Bahkan dirinya disuruh menjual maruah diri di instagramnya dengan bayaran RM1000 untuk sejam perkhidmatan.
Baca perkongsiannya yang disyer di media sosial empat hari lalu. Moga pihak berkuasa dapat mengambil tindakan kerana andai benar ugutan ini, ia bukan biasa-biasa.
Muka saya kena pijak bertubi-tubi, kena belasah sampai gila seminggu saya masih boleh simpan. Jangan berani kau pijak maruah keluarga dan keturunan aku Muhammad Azrul.
Maafkan kakak ya mama, ayah, tinggalkan keluarga sebab “CINTA”
Cukup lah dengan apa yang dah jadi. Almost 3 years saya hadap sendiri. Pahit pedih nya allah je tahu.
Mysha, Affan, mommy buat bukan sebab pentingkan diri sendiri. Mommy taknak korang pun kena apa yang mommy kena selama ni.
Wanita, jangan mudah percaya dengan janji dari mulut seorang lelaki. Sekali angkat tangan atau tinggi suara, i mohon tinggalkan lah. Fikirkan lah, lelaki yang malas kerja ke yang kau nak jadikan suami? Lelaki yang sanggup tolak tepi hal penting dari push ranked mobile legend tu ke yang kau sanggup rajakan?
Dua kali bersalin sorang diri, pantang sendiri, rambut gugur aku kena marah. Uri anak tak ditanam, simpan dalam peti berminggu minggu.
Ibu Anak Dua Berterusan Diugut Bekas Suami
Dah bercerai, phone dirampas, duit diambil. Bila mengadu dekat bekas ibu mertua “memang layak pun kau kena” + segala isi kandungan phone saya disebarkan.
Wajarkah kalau saya berdiam diri? Hutang pun dah selesai kan Azrul?
Saya takkan take down selagi awak tak minta maaf dekat keluarga saya atas apa yang awak dah buat atas diri saya dan hinaan yang awak berikan atas kami.
Ya betul, saya masih muda, banyak yang perlu saya belajar dan baiki. Tapi tak bermaksud dengan cara kekerasan untuk diajar. Terima kasih mama, abah, paman ajis selamatkan kakak.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Baru-baru ini,viral gambar seorang pesakit di bawah pengawasan (PUS) wabak koronavirus (Covid-19) sedang makan di sebuah restoran di Meru Raya. Wanita ‘gelang pink’ tersebut telah dikenal pasti dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Menurut sumber, laporan daripada Sinar Harian, wanita berusia 72 tahun itu diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.
“Saringan pertama yang dijalankan mendapati wanita tersebut negatif, namun dipakaikan gelang tersebut serta diperintahkan menjalani kuarantin.
“Kejadian itu pula berlaku di sebuah kafe pada 6 Julai lalu bersama keluarganya setelah tiba dari Selangor untuk sarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya sedangkan gambar itu baharu sahaja tular kelmarin,” katanya.
Menurutnya, saringan kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin mendapati wanita tersebut positif dan telah dimasukkan ke hospital sejak 17 Julai lalu.
“Wanita itu kini masih dalam rawatan Covid-19 di hospital terbabit bersama anak lelakinya setelah ujian kali kedua didapati positif.
“Berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, volume (kandungan) virus adalah kurang dan risiko menjangkiti juga kurang,” katanya.
Pelanggaran SOP
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan perkara itu setelah siasatan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pada masa sama, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan pelanggaran SOP oleh wanita berkenaan.
Beliau turut menasihatkan orang awam agar sentiasa mematuhi SOP memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan dan kes Covid-19 juga masih bertambah di negara ini.
MW: Bagi yang sedang menjadi menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah, berlaku jujurlah dan jangan pentingkan diri sendiri. Ingat kita belum menang, jangan jadi punca penyebaran virus ini.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.