Rumah tangga penuh dengan onak duri, bukan sedikit ujian yang datang. Tak kira di pihak suami atau isteri. Andai tersilap langkah dan kalah dengan godaan, pastinya perpisahan jadi penamat cerita.
Begitulah yang terjadi kepada seorang suami yang menyesal apabila ditinggal isteri dan anak-anak kerana silapnya sendiri yang sibuk mengejar cinta wanita muda lain. Ikuti pengakuannya yang dikongsikan di dalam majalah Mingguan Wanita, di ruangan Pengakuan Duda.
Ingin Keluarga Besar
Kata orang, lelaki kalau tak tertarik langsung dengan wanita cantik, memang tak normal jawabnya. Itu perumpamaan yang amat tepat untuk menggambarkan diri Mus, lelaki berusia pertengahan 30-an. Telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati dan dikurniakan enam orang cahaya mata yang berusia 2, 5, 9, 11, 13 dan 14 tahun.
Lahir dalam keluarga besar, seramai 11 orang adik-beradik, membuatkan Mus juga bercita-cita memiliki keluarga yang besar juga. Malah dia bangga bila rakan-rakan tahu yang dia memiliki enam orang anak, lebih-lebih lagi jarang pada zaman sekarang orang beranak ramai.
Isterinya, Nadia, dahulu bekerja dalam dunia perbankan namun berhenti kerja setelah melahirkan anak tiga. Itu pun atas permintaan Mus yang ingin Nadia menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga memandangkan dirinya sangat sibuk kerana memiliki beberapa perniagaan.
Rezeki Murah
Tak dinafikan, rezeki Mus cukup murah. Mungkin kerana dia sendiri seorang yang gemar bersedekah terutama ibu bapa, keluarga mahu pun rakan-rakan. Pantang orang minta bantuan, pasti akan dihulurnya tanpa was-was walau pun sering kali hutang itu tak dilunasi.
Ads
Dalam usia pertengahan 30-an, hidup Mus seperti sudah sempurna. Ada keluarga bahagia dan perniagaan yang boleh dikatakan maju. Setiap tahun staf terpilih turut diberikan ganjaran menunaikan umrah dan dia disenangi oleh pekerja-pekerjanya.
Di rumah, dia seorang ayah dan suami yang penyayang. Rumah yang disediakan untuk keluarganya cukup selesa dan setiap tahun sekurangnya sekali mereka akan bercuti di luar negara bila cuti sekolah.
Godaan
Sebagai lelaki, Mus juga agak ‘nakal’ bila di luar rumah. Ada awek sana sini namun tidak pernah ambil serius. Sekadar nak menunjuk di depan teman-teman ‘sahamnya’ masih tinggi walau sudah ada anak enam. Mus sedar perempuan-perempuan itu hanya mengejar wangnya saja.
Ads
Namun, perkenalan dengan Ika, telah merubah segala-galanya. Ika bekerja di syarikat salah seorang rakan niaganya. Gadis itu masih muda, berusia 23 tahun, cantik dan seksi orangnya. Pada mulanya Mus hanya mengajak dia keluar minum. Tak sangka diterima baik dan sejak itu mereka sering keluar bersama.
Ika gadis yang manja dan pandai mengambil hati Mus, sehinggakah Mus terbuai-buai oleh perasaan. Baginya Ika berbeza dengan gadis lain kerana tak pernah minta itu dan ini. Jika diberi, barulah diterima.
Lama-kelamaan, Mus sudah jatuh sayang sepenuhnya pada gadis itu dan mereka telah terlanjur. Mus tekad untuk mengahwininya. Mus yakin Nadia dapat memberikan kebenaran untuk dia berkahwin lagi memandangkan selama ini Nadia sangat patuh padanya. Lagi pun, dia berjanji tidak akan melupakan Nadia dan anak-anaknya.
Ads
Tak Sangka
Mus tidak pernah sangka, Nadia yang selama ini lemah lembut orangnya boleh berubah sekelip mata. Nadia tidak dapat menerima kenyataan dirinya bakal dimadukan. Dia memberikan kata dua sama ada Mus lupakan hasrat untuk mengahwini Ika atau lepaskan dirinya.
Mus menganggap Nadia hanya mengugutnya saja dan tidak berani untuk bertindak jauh tapi ternyata segala-galanya meleset. Bila Mus bertegas untuk mengahwini Ika, Nadia keluar rumah bersama anak-anak.
Mus umpama terkejut daripada mimpi. Dia tak rela kehilangan Nadia dan anak-anaknya. Dia cuba memujuk Nadia namun ternyata hati Nadia sekeras batu, tidak mampu dicairkan lagi. Mus terpaksa lepaskan Nadia dengan hati yang berat.
Nasib Mus tambah malang apabila selepas perceraiannya, diketahui bahawa Ika sekadar ingin mempermainkannya saja dan tidak ingin mengahwininya. Itu membuatkan Mus semakin rasa bersalah terhadap Nadia dan anak-anak. Namun nasi sudah menjadi bubur…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak Arwah Jay Jay Akan Sentiasa Ingat “Bapa Minta Saya Jalankan Tanggungjawab Menjaga Emak”. Pemergian bapa tercinta menyahut panggilan Ilahi merupakan perkara yang amat sedih dalam hidup. Begitulah yang dialami oleh ahli keluarga Allahyarham Jay Jay.
Seperti yang dilaporkan penyanyi evergreen, Allahyarham Jay Jay telah meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam tadi.
Menurut isterinya, Zaitoon arwah Jay Jay mengalami kegagalan organ dalaman selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Allahyarham telah dikebumikan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor tengahari tadi.
Anak Sentiasa Jay Jay Akan Sentiasa Ingat
Menurut laporan portal Berita Harian, anak bongsu arwah Jay Jay, Nur Camelia Mohd Fauzi walaupun sempat berada pada saat akhir bapanya namun tiada pesanan yang ditinggalkan. Cuma Nur Camelia sentiasa ingat pesanan arwah agar menjaga ibu.
“Alhamdulillah, saya sempat berada di sisi arwah pada saat akhirnya.
“Tiada apa-apa pesanan, tetapi arwah minta saya menjalankan tanggungjawab menjaga emak,” kongsi Nur Camelia.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu tempah kek gajah comel birthday anak usia setahun, dapat anak anjing. Keterujaan seorang ibu, Aynie Zulkifli yang menempah kek bertemakan gajah comel bertukar menjadi mimpi ngeri.
Berkongsi kisah ini di facebooknya, Aynie memaklumkan dia bukan mahu membuka aib sesiapa namun agak kecewa dengan kek yang diterimanya. Bukan dapat gajah comel tapi lebih menyerupai seakan anak anjing.
Ibu Tempah Kek Tema Gajah Comel Birthday Anak Usia Setahun
Katanya, dia telah membuat tempahan kek bertemakan gajah. Dan penjual menyatakan kesanggupan untuk membuatnya. Tapi malangnya, bukan tema gajah tapi jauh menyeramkan kerana seakan tokong, katanya dalam hantaran di facebooknya.
“Kalau rasa tak boleh buat jangan terima tempahan. Order gajah tapi yang dapatnya macam seketul anak **jing (napok supo tokong pun yoo jugak) tulisnya.
Dapat Anak Anjing
Dalam kejadian ini di Tanah Merah, Kelantan ini, jelas Aynie, apa yang semakin membuatkan dirinya sakit hati bila mana kos dipersetujui adalah termasuk kos penghantaran tapi akhirnya mereka perlu mengambilnya sendiri. Lebih menambah sakit hati bila tiada kotak kek disediakan.
“Korang fikir apa perasaan mak-mak bila dapat barang begini. Sudahlah ini kali pertama mahu meraikan hari jadi anak usia setahun,” katanya dalam hantaran di fbnya. Masa yang sama, kecewa dengan apa berlaku, dia mencari kek di kedai sudah tersedia sahaja.
Siang di rumah suami pertama dan malam melayan suami kedua dan kejadian ini berlaku di utara tanahair. Ikuti temubual MW bersama peguam, Shazril Khairy Haji Mustafa yang memviralkan kes wanita bersuami dua ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memahamkan bab kewangan ini, kadang dah beranak pinak pun masih ‘failed’. Sebab itulah, ada saja terbocor sana, terbocor sini.
Pernah dengarkan konsep ‘Suami Tanggung, Isteri Simpan’. Haa.. itu baru salah satu antara 6 tip kewangan yang disarankan Puan Ain Hassan. Selebihnya sila hadamkan dengan tenang ya mak ayah.
6 Tip Kewangan Untuk Orang Perempuan
1. Masa berkawan/bertunang boleh dah tanya atau minta berapa nafkah kewangan bila kahwin nanti. Sebab apa? Sebab bila dah kawin, yang faham akan bagi la walau sebulan RM50. Itu je mampu kan. Asalkan perempuan redha dan faham keadaan. Ini tidak yang gaji beribu riban buat dek je kat bini pasal nafkah.
2. Orang perempuan jangan sesekali terlalu mudah setuju untuk buat sebarang personal loan bagi memenuhi keinginan suami. Contohnya nak berniaga, nak tukar kereta baru, nak travel. Buat kira-kira dulu. Jangan main ok je. Tau la ko sayang laki.
3. Bagus juga orang perempuan ni jadi Menteri Kewangan dalam rumahtangga. Banyak haihh klien-klien aku duit di control isteri. Benda baik kot. Yang ko dok fikir2 bini queen control tu dah kenapa? Negatif sangat. Tapi tengok keadaan gak, kalau dah bini ko tu boros elok la suami control duit.
4. Tetapkan short term goals & long term goals dalam kewangan keluarga secara bersama. Jangan ada sikap mengurus duit masing-masing. Bila kahwin nak bersama-sama bila urusan duit mulalah masing-masing pentingkan diri sendiri.
5. Kau tau tak konsep “suami tanggung & isteri simpan”? Ok sila amalkan. Bila duit tabung dah banyak, teringin nak pi travel bukan bini je pi… Pi satu keluarga. Nak pi haji pi berdua. Rukun harmoni rumahtangga tu. Sweet ja.
6. Hari ni ramai para wanita terlalu manjakan suami. Mewahkan suami dengan wang. Sehingga suami tu malas dan dah terbiasa dengan kebiasaan. Bila diuji dengan masalah kewangan, start la meroyan.
Plan weh plan! Belajar la menyayangi suami seadanya. Hormat dan tahu haknya. Bukan membabi buta ja.
Aku bebel-bebel ni bukan apa. Dah banyak isu-isu sekeliling aku perati ja. Kesian kau wanita. Jadilah wanita yang bijak. Bukan wanita yang bodoh dalam kebijakan.
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.