Lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma pada Isnin lalu akhirnya ditemui di Sungai Kandis, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, memaklumkan bahawa mayat lelaki terbabit ditemui sekitar jam 10.30 pagi Jumaat.

Penemuan Mayat Mangsa Sungai Klang Disahkan Polis

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Lelaki Hilang Dihanyutkan Kepala Air Di Sungai Klang Ditemui Di Sungai Kandis

Menurut beliau, satu sidang akhbar akan diadakan bagi menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai penemuan tersebut.

 

Operasi Menyelamat Oleh Bomba Dan Penyelamat

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Kebangsaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan bahawa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Ads

Menurut kenyataan, pasukan bomba membantu mengeluarkan mayat yang ditemui tersangkut pada perangkap sampah sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Pihak polis telah mengesahkan mayat ialah mangsa yang telah dilaporkan hanyut di Sungai Klang semasa kejadian banjir di Pintasan Saloma, Kampung Baru, Kuala Lumpur,” katanya.

Lelaki Hilang Dihanyutkan Kepala Air Di Sungai Klang Ditemui Di Sungai Kandis

 

Ads

Mangsa Dikenali Sebagai K Suresh

Dalam insiden kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa, K Suresh, 37, yang bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan, dihanyutkan arus deras selepas terperangkap di bawah jambatan.

Seramai 11 lagi rakan sekerjanya sempat diselamatkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Lelaki Hilang Dihanyutkan Kepala Air Di Sungai Klang Ditemui Di Sungai Kandis

Ads

Penemuan mayat mangsa di Sungai Kandis ini sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan sejak beberapa hari lalu oleh pelbagai agensi keselamatan.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berada di kawasan sungai, terutamanya ketika cuaca tidak menentu dan berisiko berlakunya kepala air di sekitar Sungai Klang.

Sumber: Sinar Harian dan Sinar Harian 1

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI