Insiden seorang lelaki ditegur ketika ingin menunaikan solat Subuh di Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Namun, pihak pentadbir serta barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Musolla tampil menjelaskan bahawa wanita yang dirakam dalam video tular itu bukanlah wakil rasmi surau terbabit.

Lelaki duduk beriktikaf & dihalau dalam surau rupanya bapa PU Azhar Hilmi. Surau Rimbayu Tegas Musolla Terbuka Untuk Semua

Video Menghalau Tular

Video berdurasi satu minit 38 saat itu memperlihatkan seorang wanita menegur dan dikatakan ‘menghalau’ seorang lelaki daripada menunaikan solat Subuh atas alasan beliau bukan penduduk setempat serta merujuk kepada insiden kecurian yang pernah berlaku. Wanita itu juga mendakwa surau tersebut adalah harta bersama yang ditanggung oleh penduduk setempat.

Lelaki duduk beriktikaf & dihalau dalam surau rupanya bapa PU Azhar Hilmi. Surau Rimbayu Tegas Musolla Terbuka Untuk Semua

Situasi ini turut mendapat perhatian pendakwah terkenal dan personaliti televisyen, PU Azhar Hilmi, yang meluahkan rasa kecewa apabila bapanya menjadi individu dalam video tersebut.

Luah Rasa Kesal

Menerusi hantaran di Facebooknya, PU Azhar meluahkan kekesalan apabila bapanya diperlakukan sedemikian rupa seolah-olah membuat satu kesalahan besar.

Ads

Katanya, iktikaf di dalam surau selepas menunaikan solat subuh merupakan amalan biasa bapanya sehinggalah selesainya waktu dhuha.

“Hari ini tular satu video seorang pak cik sedang duduk beriktikaf dalam surau di Halaman 11, itu abah saya.

“Seawal pagi, abah ke surau untuk solat subuh. Lepas solat, macam biasa abah akan duduk sekejap, baca al-Quran sambil tunggu waktu dhuha. Dah selesai solat sunat dhuha, baru dia akan gerak balik.

Lelaki duduk beriktikaf & dihalau dalam surau rupanya bapa PU Azhar Hilmi. Surau Rimbayu Tegas Musolla Terbuka Untuk Semua

 

 

Ads

“Tapi pagi itu, datang seorang wanita dipercayai dari pengurusan dan terus halau abah keluar dari surau,” katanya.

PU Azhar berkata, tindakan wanita terbabit yang bukan sahaja menghalau malah merakam bapanya secara terbuka menunjukkan rasa kurang hormat kepada jemaah surau yang hadir.

“Lebih menyakitkan, dia siap rakam video abah secara terbuka seolah-olah abah ni buat salah besar. Tak ada adab. Tak ada ihsan. Tak ada rasa hormat.

“Rasa geram dan sakit hati bila tengok video tu,” katanya.

Pendirian AJK: Musolla Terbuka Untuk Semua

Menjawab kontroversi ini, pihak AJK Musolla Halaman 11 menjelaskan bahawa tindakan wanita tersebut tidak mewakili pendirian rasmi surau. Malah, mereka memaklumkan sudah pun berbincang bersama pihak pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi mencari penyelesaian yang terbaik demi keharmonian komuniti.

Ads

“Pendirian kami jelas, Musolla ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin beribadah atau berehat sebentar. Tidak timbul isu kunci Musolla bagi mengehadkan penggunaannya kepada kumpulan tertentu,” kata kenyataan rasmi mereka di Facebook.

Mereka turut menjelaskan bahawa bil api dan air ditanggung sendiri oleh Musolla hasil infaq orang ramai, dan walaupun ia dikategorikan sebagai harta bersama, surau tetap dibuka kepada semua untuk tujuan ibadah.

Seruan Mengimarahkan Rumah Allah

Tambah pihak AJK, mereka sangat mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Musolla dan berharap agar rumah ibadah ini terus diimarahkan dengan penuh kasih sayang dan keterbukaan.

“Tindakan menghalau jemaah untuk bersolat adalah sesuatu yang amat kami kesali dan kami membantah sekeras-kerasnya. Surau ini milik semua umat Islam yang mendambakan ketenangan dan hubungan dengan Allah,” jelas mereka.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/terima-pingat-jasa-baik-penghargaan-istimewa-buat-fasha-sandha-inspirasi-wanita-malaysia/

Terima Pingat Jasa Baik, Penghargaan Istimewa Buat Fasha Sandha. Inspirasi Wanita Malaysia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI