
Lelaki curi barangan bernilai RM113.70 di sebuah pasaraya di penjara sebulan, berdepan kesukaran hidup selepas hilang pekerjaan. Tindakan seorang lelaki yang juga bapa kepada dua orang mencuri barangan mandian dan peribadi untuk kegunaan sendiri dijatuhkan hukuman penjara sebulan.
Hakim Mahkamah Majistret , Hakim Iffah Nabihah Mohd Ishak menjatuhkan hukuman terhadap Muhamad Azrul Haqim Azman, 29, yang juga penganggur selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya pada Isnin.
Kesalahan ini dilakukan pada 1 Januari lalu akibat keterdesakan hidup selepas hilang pekerjaan dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.
Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh didakwa melakukan perbuatan mencuri dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat menyimpan harta benda di sebuah pasar raya di sini kira-kira jam 9.30 malam.

Kes berkenaan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, manakala bagi kesalahan berulang, tertuduh boleh dikenakan hukuman lebih berat termasuk sebatan.

Dalam rayuannya, peguam tertuduh memaklumkan anak guamnya berdepan kesukaran hidup selepas kehilangan pekerjaan dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.
Menurut peguam terbabit, barangan yang diambil itu bukan untuk tujuan komersial sebaliknya bagi kegunaan harian tertuduh dan keluarganya.
Mahkamah turut dimaklumkan bahawa tertuduh menghidap penyakit darah tinggi, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan merupakan kesalahan pertama yang dilakukan olehnya.
Mahkamah kemudian memutuskan hukuman penjara ke atas tertuduh berkuatkuasa bermula tarikh tangkap pada 2 Januari lalu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


