Lelaki berstatus suami orang ditangkap berkhalwat di rumah janda. Seorang wanita berstatus janda dan teman lelakinya yang juga merupakan suami orang ditahan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat di sebuah kediaman di daerah ini awal pagi tadi.
Serbuan dilakukan kira-kira jam 1.20 pagi susulan aduan orang awam yang memaklumkan kehadiran seorang lelaki ke rumah wanita terbabit.
Menurut kenyataan rasmi JAINJ, pihaknya menemui sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran kediaman wanita berumur 48 tahun itu sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.
“Hasil pemeriksaan dalam rumah mendapati terdapat seorang lelaki berusia 59 tahun yang merupakan suami orang. Ketika diminta, dia gagal mengemukakan bukti hubungan mahram atau dokumen perkahwinan yang sah dengan wanita berkenaan,” jelas kenyataan itu.
Difahamkan, lelaki terbabit tinggal berdekatan dan dipercayai keluar dari rumah tanpa pengetahuan isterinya dengan alasan kononnya mahu memancing atau bertemu rakan di restoran.
Kedua-dua mereka telah dibawa ke Balai Polis Kluang bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Isteri Sedih Diceraikan Suami, Pilih Kahwin Dengan Janda, Kawan Baik Sendiri
Wanita Jangan Takut Jadi Janda, Sanggup Dipukul, Didera, Hadamkan Nasihat Peguam Syarie Ini
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE