Nak dapatkan kulit yang lembut dan sihat bukanlah mudah terutamanya bagi anda yang mengalami masalah kulit sensitif seperti kering atau gatal. Tak mustahil, ia mengambil masa lama untuk pulihkan kembali dan tak kurang juga langsung tidak memberi kesan dengan mana-mana rawatan.
Bagi yang mengalami masalah kulit sensitif, tentu ada masanya timbul rasa gatal dan secara automatik akan menggaru kulit bagi menghilangkan kegatalan itu. Namun, ia tidak cukup kerana menggaru hanya untuk sementara saja. Lebih teruk lagi, ia boleh memberi kesan buruk pada kulit anda. Jadi, apa solusi untuk masalah kulit yang anda alami ini.
Penyelesaian Kulit Sensitif Hanya 60 Saat
Seperti yang kita ketahui, kulit sensitif boleh mendatangkan masalah kepada anda yang mengalaminya terutamanya melibatkan penampilan diri. Malah, pelbagai punca boleh dikaitkan dengan masalah kulit sensitif seperti:
a) Terdedah kepada cahaya matahari
b) Cecair atau bahan kimia.
c) Hormon
d) Tekanan atau emosi
e) Cuaca dan suhu
f) Penyakit kulit seperti ekzema
g) Pengambilan ubat-ubatan.
Jangan risau, satu-satunya produk yang boleh membantu anda memberi kelegaan dan manfaat jangka panjang pada kulit sensitif tanpa mencalarkan kulit tentunya AVEENO yang telah diuji oleh dermatologi.
Terbaik Dari AVEENO
Segalanya terbukti secara klinikal, AVEENO Skin Relief Moisturizing Lotion mampu melegakan dan melembutkan kulit kering dalam masa 60 saat saja. Dengan hanya menyapukan pada kulit, ia terus bertindak pantas menyerap ke dalam kulit dan memberikan kelembapan selama 72 jam.
Kebaikan Losyen AVEENO
Menariknya AVEENO Skin Relief Moisturizing Lotion telah dikuasakan dengan Triple Oat Complex (Oat Flour, Oat Oil dan Oat Extract) serta natural shea butter.
• Terbukti secara klinikal untuk melegakan kulit sensitif yang kering dan gatal.
• Cepat menyerap dengan memberi kelembapan 72 jam, berfungsi serta-merta, kulit yang sensitif akan jadi lebih lembut dan sihat dalam masa 60 saat.
• Losyen ini juga tidak memiliki pewangi serta cukup lembut untuk kulit yang sensitif.
• Malah, botol ini diperbuat daripada 30% plastik kitar semula.
Krim Pelembab Khas Untuk Bayi, Jenama No 1
Bukan hanya orang dewasa, tapi bagi bayi yang mengalami masalah yang sama,
Aveeno Baby Soothing Relief Moisture Cream mampu melegakan kulit yang kering dan sensitif.
Krim ini yang terbukti secara klinikal dapat memberikan kelembapan selama 24 jam dan melegakan kulit yang kering dan sensitif. Rumusan ini cepat menyerap dan lembut untuk bayi dan kanak-kanak dengan kulit yang sensitif. Ia juga formulasi hipoalergenik dan bebas daripada pewangi.
Produk ini juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk menenangkan kulit bayi kerana bahannya yang mengandungi oat. Ia adalah bahan aktif yang menjadi pelindung pada kulit dan membantu mengembalikan pH normal kulit.
Tak mustahil Aveeno Baby adalah jenama #1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik Amerika Syarikat kerana ia menggunakan ramuan semula jadi.
Dapatkan segera hari ini! Boleh didapati di SHOPEE
Untuk maklumat lanjut, ikuti AVEENO di Facebook, Instagram, Youtube dan laman web rasmi AVEENO.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI