Laungan “Justice For Zara” bergema di himpunan solidariti depan Sogo. Laungan “Justice For Zara” bergema di pekarangan pusat beli-belah Sogo di ibu kota pada Sabtu malam, apabila orang ramai berkumpul bagi menyatakan solidariti terhadap kes yang menimpa seorang pelajar sekolah menengah di Papar, Sabah.
Laungan “Justice For Zara” Bergema Di Himpunan Solidariti Depan Sogo
Himpunan itu mula dipenuhi peserta seawal jam 8 malam, dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk aktivis yang mahu menunjukkan sokongan terhadap keluarga mangsa.
Pihak keselamatan turut kelihatan menjalankan rondaan dan pemantauan sekitar kawasan himpunan bagi memastikan keadaan terkawal serta aman sepanjang berlangsungnya perhimpunan tersebut.
Beberapa aktivis masyarakat mengambil peluang menyampaikan ucapan solidariti, menegaskan bahawa pelajar berusia 13 tahun itu perlu mendapat pembelaan sewajarnya. Orang ramai yang hadir juga dilihat memegang plakad dengan tulisan seperti ‘Justice For Zara Qairina’ dan ‘Kami Tolak Buli’ sambil melaungkan slogan tersebut berulang kali.
Ads
Untuk rekod, Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolah sekitar jam 4 pagi pada 16 Julai lalu. Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, namun disahkan meninggal dunia pada 17 Julai.
Ads
Pihak polis tidak menolak kemungkinan insiden itu ada kaitan dengan perbuatan buli, dan sehingga kini lebih 80 saksi termasuk pelajar telah dipanggil memberi keterangan.
Sementara itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan bahawa satu prosiding penuh inkuiri akan dijalankan di Mahkamah Koroner bagi menentukan punca sebenar kematian.
Sumber: Sinar Harian (Foto: Muhammad AminnurAliff Mohd Zoki)
Hafiz buat kejutan romantis di hari lahir Aina, sewa satu panggung wayang & hasilkan satu dokumentari “kebaikan” isteri. Tidak semua suami kekal romantis selepas beberapa tahun hidup berumahtangga.
Namun sejak dari zaman berkenalan, bertunang, mendirikan rumahtangga hinggalah punya anak, idea dan kejutan dari pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad sering menjadi idola kepada orang lain yang bahagia melihat caranya melayani suri hatinya Nursyafiqah Aina Abdul Wahab.
Hafiz Buat Kejutan Romantis Di Hari Lahir Aina
Terkini sempena hari jadi isteri kesayangannya itu, Hafiz Mahamad telah menghasilkan satu dokumentari menayangkan sisi-sisi kebaikan isterinya bukan saja dari kaca matanya sebagai suami tapi juga dari sisi pekerja yang menilai kebaikan bos mereka ini.
Ternyata ianya sangat romantis hingga isterinya mengalirkan air mata selain menerima kejutan membawa Aina dan keluarga mentua menunaikan haji musim ini.
Abang tak nak hadiahkan perkara yang awak mampu beli, tapi abang akan beri apa yang tak mampu awak beli.
Lihatlah guna hati video ni. Jika ada air mata yang mengalir tolong selitkan doa untuk isteri saya sebagai hadiah Birthday day.
Sewa Panggung Wayang & Hasilkan Dokumentari “Kebaikan” Isteri
Saya sewa 1 panggung wayang semalam ada sebab, mungkin dia pernah menginginkan kehidupan seperti watak atau apa cerita dalam wayang / drama
Tapi wayang is still wayang, saya nak buktikan, apa yang ada di screen semalam adalah cerita & watak yang ada dalam realiti life Aina.
Saya hadiahkan 1 documentary pada dia, Ya Allah. Tujuan saya, saya nak dia tahu tanpa dia sedar banyak dah kebaikan yang dia buat.
Orang kata, “Baik kita, biar orang ceritakan. Dalam documentary tu, banyak kebaikan yang mereka ceritakan tentang awak”
Tak habis dengan kejutan itu, Hafiz sekali lagi membahagiakan hati isterinya dengan memenuhi impian isterinya yang mahu mengerjakan haji bersama ibu bapanya.
Part 2, saya akan share dalam masa 24jam
Kejayaan Demi Kebahagiaan
Menangis isteri & mertua saya”
Sayang. Allah sayang awak & abang syukur diizinkannya “Menumpang Rezeki Awak”
Dari tahun lepas lagi, Aina kata teringin sangat nak bawa mama ayah pergi haji. Kami usahakan tahun ni sama sama & saya tak sangka Visa lulus 3-4 hari sebelum Birthday Aina
Saya sembunyikan berita ni untuk bagitahu pada hari Birthday Aina. MasyaAllah, ini semua sebab awak terlalu baik Ainaa. Tahniah sayang
Sahabat,
Jika awak melihat video surprise & mengalir air mata awak. Tolong doakan kami. Ini semua doa doa awak. Hasil doa awak saya mampu menjadi asbab bahagiakan isteri, keluarga & pasukan saya.
Akan saya doakan awak disana nanti pada musim haji ni.
Jika ada manfaat dari Diary kami, saya syukur
Diary saya semuanya tentang
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Susah hatikan mak-mak kalau susu ibu tak meriah macam mak-mak menyusu yang lain. Macam-macam cara cuba, tak juga mahu bertambah. Ibu pada Nur Aaliya Raisha, 3 bulan ini akui susunya sentiasa meriah. Tak pernah drop dari hari pertama bersalin sampailah sekarang.
Nak tahu apa rahsia Nursha Salleh (Kekcha) ini. Rupanya dia cuma amalkan 4 makanan sunnah untuk dapatkan milk booster terbaik. Makanan inilah yang hasilkan susu meriah.
“Lepas deliver baby, baby tak pernah berjaga malam kerana kekenyangan. Dan tidur tersangat sangat lena sampai kan saya ni tak berjaga malam.”
“Sekali pam, akan dapat 120 ML tau. Kenyang baby. Syukur sangat.”
Amal 4 Makanan Sunnah Ini Untuk Hasilkan Milk Booster Terbaik
KURMA 2 BIJI
BADAM 2 BIJI
KISMIS 7 BIJI
SUSU SEGAR ( tak kisah apa brand tau, macam saya pakai dutch lady)
Caranya Macam Ni
1. Cara dia amik kesemua bahan di atas, buang biji.
2. Lepas tu blend dengan susu Dutch lady.
3. Boleh terus diminum. Sedap sangat!
“Memang sangat sangat membantu. Dari 1st day deliver baby sampai la sekarang baby usia 3 bulan susu badan tak pernah drop. Kekcha tak penah amalkan apa apa milk booster lain kecuali moeder tapi tak berapa nak menjadi sangat sampai lah amalkan yang ni je. Dah la senang nak dapat. Kat kedai sebelah rumah pun ada jual.”
Tapi Kan.. Nak Susu Meriah Kenalah Ikut Panduan Penting Ini
√ Kalau dah ambil milk booster ni jangan lah ingat susu kita terus melimpah ruah hingga ke ladang gandum dengan serta merta.
√ Goyang kaki je sambil tengok tv rilek-rilek tetiba susu banyak. Amboi mak enon. Tidak lah mudah sebegitu ye.
√ Kena juga direct feeding dan pam untuk penghasilan susu badan yang lancar. Konsepnya mudah je.
√ Ada permintaan (demand), ada bekalan (supply). Lagi banyak pengeluaran lagi banyak penghasilan susu badan yang baru. Jadi breast pun sentiasa penuh.
√ Selagi ibu tidak kerap menyusukan anak (1-2 jam sekali), bila anak bersama terutamanya pada waktu malam dan tidak mengosongkan payudara (mengepam 2-3 jam sekali) bila anak tidak bersama memang susu tidak akan terhasil walaupun anda makan milk booster berharga seploh juta sekali pun.
Syarat Amalkan Milk Booster Terbaik
√ Kurma, badam dan kismis ni memang power khasiat dia. Dari pregnant sampai lah dah bersalin ni memang selalu orang kata elok makan kurma dan semua kat atas tu.
√ Kurma ni kalsium dan zat besi dia tinggi. Ok cara dia macam ni tau.
√ Kena ingat, milk booster ini untuk sekali minum saja.
√ Amalkan minum pagi dan malam sebelum tidur.
√ Kurma, badam dan kismis kena rendam semalaman okay.
Sekian perkongsian saya terhadap ibu ibu. Semoga ia dapat membantu mengenyangkan baby kita.
Kelahiran anak-anak kembar pastinya dinanti-nantikan bagi setiap pasangan suami isteri. Melihat keletah anak-anak yang comel, bergaya sedondon dan membesar bersam-sama. Kembar dua dan tiga mungkin perkara biasa, namun bagaimana jika ditakdirkan hamil dan bersalin kembar 9 sekaligus? Memang tak dapat dibayangkan situasinya.
Wanita Bersalin Kembar 9
Seorang wanita dari Mali selamat melahirkan bayi kembar sembilan di Maghribi, kata kerajaan negara itu walaupun pihak berkuasa Maghribi masih belum mengesahkannya.
Halima Cisse, 25, berasal dari sebuah wilayah miskin di Barat Afrika, pada mulanya dijangka bakal melahirkan bayi kembar tujuh, berdasarkan ujian ultrasound yang dijalankan di Mali dan Maghribi. Cisse diterbangkan kerajaan Mali ke Maghribi bagi mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik.
Namun demikian doktor terlepas pandang pada 2 orang lagi bayi menjadikan jumlah keseluruhan 9 bayi kembar selamat dilahirkan secara pembedahan caesarean.
Ibu Dan Bayi Keadaan Sihat
Kementerian Kesihatan Mali dalam satu kenyataan memaklumkan Cisse selamat melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki menerusi pembedahan .
“Ibu dan semua bayinya berada dalam keadaan baik,” menurut Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby, yang menerima maklumat mengenai perkembangan terbabit menerusi doktor Mali yang menemani wanita berkenaan.
Siby berkata lagi, ibu dan semua bayinya dijangka pulang dalam tempoh beberapa minggu lagi.Siby turut mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan di Mali dan Maghribi yang amat profesional dalam menyambut kelahiran semua bayi berkenaan.
Menurut media tempatan, namun doktor menzahirkan kebimbangan dengan tahap kesihatan Cisse dan kelangsungan hidup bayi-bayi kembar yang dilahirkan. Ini kerana kelahiran bayi kembar 9 sangat jarang berlaku, malah kebarangkalian selalu berlaku komplikasi kesihatan memandangkan kerana bayi dilahirkan tidak cukup bulan.
Namun demikian, Jurucakap Kementerian Kesihatan Maghribi, Rachid Koudhari, berkata pihaknya tidak mendapat sebarang maklumat bahawa ada kelahiran sedemikian di mana-mana hospital di negara itu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.