Larang Atau Tak Mak Berpantang Tidur Siang, Ini Penjelasan Bidan Melayu

Berpantang ibu bersalin pun ada evolusinya. Yang mana, dulu ia mungkin relevan pada zamannya, tapi dalam keadaan sekarang tak lagi sesuai diguna pakai. Ambil contoh ibu berpantang tidur siang.

Topik ini simple saja, tapi kalau tak diperhalusi dengan baik, boleh jadi perselisihan pendapat antara menantu perempuan, mentua malah suami.

Baiklah.. hadamkan penjelasan Siti Aishah (Kak Bidan Ice) yang merupakan Juruurut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama tentang tidur siang semasa berpantang.

 

Larang Atau Tak Ibu Berpantang Tidur Siang, Ini Penjelasan Bidan Melayu

Biarkan Ibu Berpantang Tidur Siang..

Zaman dahulu, adalah satu kepantangan jika ibu selepas bersalin bangun lambat. Mereka akan disuruh bangun seawal 6.30 pagi. Bersarapan dan menguruskan diri sebelum melakukan rawatan rutin selepas bersalin.

Tetapi itu hanya valid berlaku pada zaman dahulu. Zaman di mana nenek-nenek sememangnya berfungsi sebagai penjaga pantang bagi si ibu. Ini zaman di mana nenek-nenek tidak bekerja dan hanya menguruskan sawah,sawit dan getah.

Zaman di mana nenek-nenek masih sihat mencangkung, berdiri, berlari, menguruskan cucu baru lahir kerana sihat.

Nenek-nenek inilah yang akan berjaga di tengah malam menjaga bayi manakala si ibu disuruh berehat. Si ibu dibiarkan tidur secukupnya dari selepas isyak sehinggalah subuh manakala si nenek bertungkus lumus memujuk rajuk dan ragam cucu.

Tetapi itu hanyalah zaman dahulu.

Ibu Berjaga Malam Urus Anak Meragam

Zaman sekarang….

Nak harapkan nenek, ada nenek masih belum pencen dan masih bekerja.

IKLAN

Manakala nenek-nenek sekarang tak sesihat nenek-nenek dahulu kerana nenek-nenek sekarang ramai yang tak berpantang selepas bersalin

Belum lagi kes nenek-nenek yang dah lupa cara berpantang.

Maka si ibulah yang terpaksa berjaga sepanjang malam menguruskan bayi yang meragam.

Lalu tidak valid lagi zaman sekarang untuk melarang si ibu tidur di waktu siang. Ibu-ibu ini perlu diberi kerehatan sepenuhnya. Jika mak, mentua dan suami tidak mampu (ada yang tidak mahu) membantu uruskan bayi di waktu malam, tak perlulah sibuk-sibuk nak suruh si ibu bangun seawal pagi dan berjaga sepanjang waktu siang.

Kasihan Ibu Dipaksa Berjaga 20 Jam Sehari

Jangan buat ibu jadi gila bila disuruh berjaga 20 jam sehari!

Hanya elakkan tidur selepas asar sehinggalah waktu maghrib.

Dan dah tegur perihal orang sekeliling yang tak bagi ibu tidur siang.

IKLAN

Kita tegur pula ibu-ibu yang tak reti tidur awal sebab sibuk berfacebook dan berinsta sehingga pukul 2@3 pagi. Kemudian bila kamu nak tidur dan si bayi mula bangun, jangan sibuk nak merungut membentak marahkan si bayi.

Bayi tu dah sah-sah tak berakal.
Kamu janganlah berperangai macam tak berotak!

So….valid atau tidak ibu dilarang tidur siang? Anda fikirlah sendiri.

 

Larang Atau Tak Ibu Berpantang Tidur Siang, Ini Penjelasan Bidan Melayu

Diambang 60-an, Nenek Ini Masih Urus Cucu Dalam Pantang

Kita berpantang bukan untuk diri kita sendiri.

Kita berpantang agar kita sentiasa sihat.

IKLAN

So apabila anak atau cucu bersalin, kita masih boleh lagi mencangkung mandikan bayi. Dukung bayi. Pakaikan bengkung anak. Tuamkan anak@ cucu dalam pantang.

Rata-rata nenek-nenek zaman sekarang, memang dah jadi nenek tua. Bila ditanya kenapa tak mandikan cucu sulung, alasannya… lutut dah sakit tak boleh mencangkung.

Bila tak mampu jaga anak atau cucu, maka keluarlah artikel jangan susahkan mak ketika dalam pantang.

Cucu Tak Sepatutnya Jadi Satu Beban

Hakikatnya, tak semua anggap cucu itu adalah satu bebanan tanggungjawab. Masih ramai nenek-nenek yang suka uruskan cucu sendiri sepanjang tempoh berpantang.

Tetapi hakikat yang menyedihkan, zaman sekarang ni dah ramai nenek-nenek yang tak berapa “suka” cucu.. atas alasan menyusahkan.

Zaman di mana tiada lagi kasih sayang. Tidak berkasih sayang sangat merugikan. Sebagaimana baginda Rasulullah pernah berkata, hanya orang yang mengasihi akan disayangi.

So bagi nenek-nenek yang mampu uruskan cucu-cucu dalam tempoh pantang… salute!

Bagi yang sayang anak perempuan, pantanglah elok-elok agar nasib anak-anak kita terbela sepanjang tempoh berpantang.

* Ibu Kak ice masih menguruskan hal cucu-cucu sepanjang tempoh berpantang di ambang usia 60an. Dan balasannya ialah kasih sayang tak berbelah bahagi dari cucu-cucunya.

Sumber/Foto : Siti Aishah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI