Ads

Kuota Budi95, Ini Cara Mohon Kuota Tambahan Jika 200 Liter Sebulan Tak Cukup

Kuota Budi95, ini cara mohon kuota tambahan jika 200 liter sebulan tak cukup . Sejak kerajaan mengumumkan penyelarasan kuota subsidi petrol RON95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan mulai awal April lalu, ramai rakyat mula merasai kesannya terutama mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk urusan harian.

Namun di sebalik kebimbangan itu, masih ramai yang tidak menyedari bahawa had 200 liter tersebut bukanlah semestinya muktamad. Terdapat perkongsian dalam talian yang menunjukkan bahawa pengguna boleh membuat permohonan tambahan bagi mendapatkan semula kuota sehingga 300 liter, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Cara Mohon Tambahan Kuota BUDI95

Bagi mereka yang merasakan penggunaan bulanan melebihi 200 liter, berikut antara langkah yang dikongsikan untuk membuat permohonan tambahan:

Ads
  1. Layari laman: budi95.gov.my/additional-subsidy-listing
  2. Log masuk menggunakan akaun MyDigital ID
  3. Klik “Mulakan Permohonan”
  4. Lengkapkan maklumat peribadi termasuk nombor TIN LHDN
  5. Nyatakan sebab kenapa memerlukan tambahan kuota
  6. Hantar permohonan untuk semakan

Permohonan ini bagaimanapun tidak menjamin kelulusan automatik sebaliknya bergantung kepada penilaian pihak berkuasa berdasarkan keperluan individu.

Ramai Mula Suara, 200 Liter Tak Mencukupi

Di media sosial, isu ini mula hangat diperkatakan apabila ramai berkongsi pengalaman kehabisan kuota sebelum hujung bulan.

Ads

“Baru masuk minggu pertama dah habis kuota 200 liter. Lepas tu kena isi harga penuh, memang terasa,” kata seorang pengguna.

“Saya ulang-alik kerja jauh, 200 liter memang tak cukup. Kalau ada cara mohon tambahan, memang perlu sangat,” ujar seorang lagi.

Bagi mereka yang tinggal di luar bandar atau bekerja dalam sektor yang memerlukan pergerakan kerap, pengurangan kuota ini memberi tekanan yang nyata terhadap perbelanjaan bulanan.

Kuota Budi95, Ini Cara Mohon Kuota Tambahan Jika 200 Liter Sebulan Tak Cukup
Ramai mengeluh Budi95 200 liter sebulan tak cukup.

Sebelum ini kecoh dengan kenyataan dari Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Badrul Hisham Alias yang memaklumkan di bawah Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara, penggunaan MyKad milik orang lain adalah dilarang.

Ads

Jelasnya,  setiap warga negara perlu menyimpan MyKad mereka sendiri dan kad itu tidak boleh dipegang atau dibawa oleh orang lain selain pemiliknya.

“Peraturan negara jelas mengatakan setiap warga negara hendaklah menyimpan MyKad masing-masing, tidak boleh dipegang atau dijaga oleh mana-mana orang selain pemilik. Namun, mungkin ada keadaan di mana keluarga sama ada anak, ibu atau ayah yang menggunakan MyKad (dengan pengetahuan pemilik), jika tidak ada kes (salah guna atau kecurian), maka tidak menjadi suatu kesalahan, kecuali MyKad yang hilang dan disalah guna, itu lain cerita. Untuk salah guna subsidi Budi95, itu di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan bukan bidang kuasa kita,”  katanya lagi.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Sayangkan Menantu

Punca Emak Lebih Sayangkan Menantu Daripada Anak Sendiri, Raikan!

Dalam hubungan keluarga, biasanya seorang emak memang lebih sayangkan menantunya. Akan nampak perbezaan ketara layanan emak pada menantu dan anaknya sendiri.