Kulit Nana ‘breakout‘, suami terima kekurangan diri. Wanita dan kecantikan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Apatah lagi apabila kulit wajah yang cantik tiba-tiba bermaslah. Sudah tentu kaum wanita akan bimbang.
Namun pemilik nama sebenar Nana Mahazan yang menghadapi masalah kulit wajah ketika itu beruntung kerana suaminya, Mohammad Raqeem Brian ini masih sentiasa memberi nasihat dan tip agar Nana tidak berasa sedih.
“Suami saya sendiri menjadi saksi paling dekat melihat saya ada dalam keadaan paling dasyat itu,” ungkap Nana.
Kulit Nana ‘Breakout‘, Suami Terima Kekurangan Diri
Selebriti yang lahir dari rancangan realiti TV, Akademi Fantasia musim pertama itu turut menyatakan setahun lebih juga dia bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.
“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.
Suami Suntik Semangat Tanpa Gagal
“Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini.
Ads
“Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” sambungnya.
Tidak Culas Jaga Muka
Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri pada tahun 2020.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka,” ungkap Nana yang kini memiliki produk jenama sendiri yang diberi nama Mahazan Beauty.
Ads
1001 Rahsia & Hikmah
Nana yang pernah menjual alat solekan sebelum menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit sendiri percaya Allah sebaik-baik perancang.
“Saya percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya. Jadi saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.
“Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. Tertutup pintu rezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya.
“Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa. Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty sejak 2018,” luahnya yang bertudung sejak tahun lalu.
Diraikan 4 hari 4 malam, majlis berkhatan bagaikan konsert telan belanja RM856,000. Memang luarbiasa! Majlis berkhatan biasanya disammbut secara sederhana namun meriah bagi meraikan kanak-kanak lelaki yang akan melangkah ke zaman remaja dan dewasa.
Disambut Besar-Besaran
Namun demikian, cukup berbeza apabila sebuah majlis berkhatan di Bandung, Indonesia menjadi perhatian ramai kerana disambut secara besar-besaran sehingga kelihatan seperti acara konsert selain turut menelan belanja sebanyak 3 bilion rupiah (RM856,029), lapor portal berita Wolipop.
Berdasarkan hantaran tular di laman TikTok, majlis berkhatan itu dihiasi pentas besar dan disertai oleh kumpulan muzik Koplo dari Tuban, Jawa Timur.
“Menjadi sebahagian daripada majlis mewah anjuran orang kaya. Acara selama empat hari dan empat malam,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.
Dianjurkan oleh Hartawan Bandung
Wolipop menghubungi individu yang memuat naik hantaran tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai acara itu.
Menurut Gito yang merupakan pemilik Pixel Visualindo, acara itu diadakan oleh hartawan dari Bandung yang memiliki perniagaan angkringan (warung tolak) terkenal di Kota Kembang.
“Daripada maklumat yang saya tahu, kos majlis itu ialah 3 bilion rupiah (RM856,029),” kata Gito.
Tambahnya, majlis berkhatan itu berlangsung selama empat hari.
“Tujuan keluarga berkenaan menganjurkan acara berkhatan yang meriah sebegitu adalah kerana mempunyai ramai tetamu selain mahu memberikan hiburan kepada penduduk setempat,” jelasnya.
Tambah Gito, ia turut kelihatan seperti acara konsert kerana mempunyai pentas besar, sistem bunyi dan multimedia.
“Saya berasa seperti berada di sebuah festival muzik dipenuhi bakat-bakat tempatan yang membuat persembahan,” ujar Gito.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Ini yang dinamakan bersedekah untuk menghiburkan diri sendiri dan orang lain,” kata seorang pengguna media sosial.
Mingguan Wanita: Memang luarbiasa, punyalah sayang anak raikan majlis berkhatan hingga sebegini. Meriah sungguh sampai 4 hari 4 malam malah sanggup berhabis belanja yang besar.
Covid-19 telah membuatkan kehidupan kita huru-hara. Bayangkan dahulu kita bebas ke mana-mana, kini tiba-tiba jadi terhalang. Waima nak ke pejabat pun, jika anda disyaki menghidap Covid-19 anda perlu dikuarantin.
Perlu dikuarantin dalam tempoh yang panjang membuatkan ramai pihak terjejas. Ada sesetengah mak, ayah tak bergaji gara-gara kuarantin Covid-19. Oleh itu, kerajaan mengambil langkah untuk membantu rakyat dengan sumbangan RM 100 sehari.
Bantu Rakyat Terkesan
NILAI: Wang ihsan melalui Tabung COVID-19 sebanyak RM100 sehari akan diberi kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang tempoh dikuarantin.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata tabung dilancarkan kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19 kerana tidak dapat bekerja susulan menjalani kuarantin itu, diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Beliau berkata, ia membabitkan mereka yang dikuarantin selama 14 hari atau menerima rawatan di hospital berikutan disahkan positif COVID-19 bawah Kementerian Kesihatan (KKM).
“Sumbangan RM100 sehari akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang proses kuarantin itu.
“Bagaimanapun, mereka yang mempunyai pendapatan tetap seperti kakitangan kerajaan, tidak layak menerima sumbangan ihsan daripada tabung berkenaan.
“Ini adalah wang ihsan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dan tabung terbabit diuruskan oleh NADMA,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dan Timbalan Ketua Pengarah NADMA, Mohamed Zahari Razali.
12 Kes Direkodkan
Dalam pada itu, Dr Adham berkata, tiada kes baharu COVID-19 dikesan, setakat tengah hari tadi, selepas 12 kes direkodkan semalam.
Beliau turut memaklumkan, pusat kuarantin COVID-19 di AKEPT akan ditutup, sekali gus mengucapkan terima kasih dan syabas kepada agensi yang terbabit dalam operasi berkenaan.
“Yang penting, semua agensi bertugas mendapat latihan baik dan pengalaman sangat berharga,” katanya.
Sumber: Berita Harian
MW: Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang dikuarantin atas sebab virus Covid-19. Covid-19 amat membimbangkan semua orang, jadi jangan lupa ambil langkah berjaga-jaga dan titik beratkan soal kesihatan diri sendiri dan keluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kegembiraan penyanyi Aril Pilus menyambut kelahiran cahaya mata keduanya disulami rasa gusar dan bimbang apabila isteri tersayang, Puteri Erma Adlina Megat Ami kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan membuang rahim.
Menurut Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 37, isterinya terpaksa menjalani dua pembedahan akibat masalah fibroid yang dialaminya.
Isteri Selamat Bersalin Zuriat Ke 2 Kini Di ICU
“Assalamualaikum, syukur atas kurniaan Allah swt, isteri saya selamat melahirkan baby manja jam 10:20pagi. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, keadaan isteri saya masih belum stabil, kesan daripada pendarahan yang tak berhenti akibat daripada ketumbuhan (fibroid) yang melekat dibahagian servik dan rahim menyukarkan proses untuk pendarahan berhenti.
“Setelah mendapat nasihat daripada Dr, isteri saya sekali lagi dimasukkan ke dalam bilik pembedahan untuk proses pembuangan fibroid dan rahim.Doakan isteri saya selamat dan kembali sihat seperti sedia kala,” ujar Aril memetik perkongsian di laman Instagram miliknya.
Aril Pilus Mohon Doa Isteri Selamat Jalani Pembedahan Fibroid Pula
Aril berkongsi isterinya selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka melalui kaedah pembedahan. Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di Hospital Ampang pada jam 10.20 pagi Isnin.
Tambah Aril lagi, pembedahan kedua isterinya dilakukan atas nasihat doktor akibat pendarahan teruk selepas proses bersalin.
“Pada awalnya, doktor beritahu pembedahan untuk masalah fibroid tidak perlu dilakukan lagi kerana bahaya selepas melahirkan anak. Namun isteri mengalami pendarahan yang teruk. Atas nasihat doktor, pembedahan kedua perlu dilakukan segera. Doakan isteri saya cepat sembuh seperi sediakala”, ujar Aril lagi.
Melalui laman Instagram miliknya, Aril pernah berkongsi mengenai masalah fibroid yang dialami oleh isteri tersayang ketika awal kehamilan kedua ini. Awal September lalu, Puteri Erma berhadapan masalah fibroid dan cyst serta uri bayi yang terletak di bahagian bawah sekaligus menyebabkan pendarahan yang banyak. Malah Aril turut berkongsi isterinya terpaksa di tahan di wad selama sebulan untuk proses memantau keadaan kesihatan ibu dan bayi.
Untuk rekod, Aril dan isterinya mendirikan rumahtangga pada 20 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Tun Adriel Mikael yang kini berusia lapan tahun.
Dr Afifah berharap Nubhan dapat bekerjasama memaklumkan kisah perceraian kepada anak-anak. Baca luahan penuh, perkembangan mahkamah dan isu emosi anak dalam kes Nubhan cerai.