Aura kecantikan Tiffany Young ibarat bidadari, kulitnya begitu berseri-seri sehingga memukau setiap mata yang memandang. Artis antarabangsa yang juga dikenali sebagai ahli k-pop group yang terkenal Girls’ Generation, akui dirinya tidak pernah culas dalam menjaga kulit wajah dan badan. Malah Tiffany yang juga duta Eucerin X Tiffany Young Spotless Brightening walau padat dengan aktiviti pentas namun dirinya menjaga kulit dengan sangat rapi.
Eucerin, jenama penjagaan kulit terkemuka dunia dengan lebih 120 tahun kepakaran dermatologi, telah menganjurkan Spotless Brightening Event iaitu sebuah acara yang memperlihatkan bagaimana penjagaan kulit berasaskan dermatologi mampu mengubah kehidupan serta meraikan kedudukannya sebagai Jenama Penjagaan Wajah Derma No.1 di Malaysia.
Acara ini turut menampilkan hasil sebenar daripada pengguna bagi penjagaan kulit muka dan badan dengan memberi tumpuan kepada antara masalah kulit paling biasa iaitu tompok hitam dan pigmentasi.
Kulit Cerah Sekata & Putih Berseri
Dikuasakan oleh bahan anti-tompok paling berkesan, Thiamidol, yang merupakan hasil lebih dari 10 tahun penyelidikan berterusan. Bahan aktif berpatent ini menjadi teras utama kepada Spotless Brightening Booster Serum dan Spotless Brightening Body Lotion.
Terbukti secara klinikal dan dermatologi, serum ini membantu mengurangkan tompok hitam di permukaan mahupun lapisan dalam kulit dengan kadar keberkesanan sehingga 97%, manakala losen badan yang diformulasikan untuk mencerahkan kulit seawal penggunaan pertama, membantu tona kulit menjadi lebih sekata, serta mengembalikan kecerahan semula jadi. Thiamidol kini dianggap sebagai piawaian emas dalam penjagaan kulit berpigmentasi, menawarkan penyelesaian terbaik untuk mendapatkan kulit yang cerah sekata dan sihat berseri.
Ads
“Kekalkan Seri Wajah Secara Semula Jadi” Tiffany
Pada 8 November lalu, Tiffany Young, telah hadir dan berkongsi pengalamannya sebagai duta Eucerin .
“Bagi saya, kulit cerah berseri tanpa tompok hitam bukanlah semata menyembunyikan kekurangan, tapi ianya lebih kepada memberikan penjagaan terbaik pada kulit.
“Saya percayakan bahan yang terbukti secara saintifik sebab itu saya memilih Eucerin Spotless Brightening Serum dan Body Lotion.
Ads
“Ia membantu mengurangkan tompok hitam dan mengekalkan seri semula jadi yang sekata dan tahan lama,” luah Tiffany.
Bukan itu saja Tiffany juga mendedahkan pengambilan air yang mencukupi sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit.
“Saya sangat konsisten dalam penjagaan kulit wajah dan badan sentiasa bawa Eucerin bersaiz mini ke dalam beg travel. Sebagai artis sangat penting menjaga kecantikan,” kata Tiffany.
Selepas itu, para peminat turut berpeluang mendekati Tiffany menerusi sesi Meet & Greet yang istimewa, meraikan sinergi antara kecantikan, sains dan pesona selebriti.
Ads
Walaupun Booster Serum telah lama diiktiraf sebagai penyelesaian terbaik untuk masalah tompok hitam, acara kali ini memberi tumpuan khas kepada Spotless Brightening Body Lotion, yang diformulasikan untuk bahagian tubuh yang sering terdedah kepada cahaya matahari namun sering diabaikan seperti bahu, lengan, dékolté dan belakang badan.
Pakar Kulit Kongsi Pandangan Klinikal & Rutin Penjagaan Dermatologi Berasaskan Thiamidol
Di atas pentas, pakar kulit turut berkongsi pandangan klinikal serta rutin penjagaan dermatologi berasaskan Thiamidol, diikuti oleh perkongsian dari pengguna sebenar yang berkongsi perjalanan mereka berhadapan kulit sensitif dan tona tidak sekata, bagaimana rutin konsisten menggunakan Thiamidol membantu mereka mendapatkan tona lebih sekata dan keyakinan menyeluruh dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.
“Hari ini ia bukan sekadar tentang produk; ia tentang bagaimana penjagaan kulit dan sains membuka jalan kepada keyakinan diri,” ujar Dr. Vierhaus.
Sambungnya lagi, “Kami percaya apabila kulit terasa lebih sihat, seseorang akan tampil dengan cara berbeza di tempat kerja, dalam kehidupan, dan bagaimana mereka mempersembahkan diri kepada dunia.”
Ramai yang suka pergi bercuti untuk menambah pengalaman hidup serta melihat negara orang. Baik travel beramai-ramai mahupun memilih kembara bersendirian secara backpackers yang dianggap lebih ringkas! Namun buat wanita yang gemar pergi travel secara bersendirian, diharapkan agar lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dan pilihan lokasi negara yang ingin dikunjungi.
Baru-baru ini, seorang wanita Mexico yang berumur 25 tahun, Maria Mathus Tenorio yang memilih kembara secara solo telah mati dirogol dan dibunuh di Costa Rica. Pemuzik dan produser lagu ini pada ketika itu ingin menjelajah dunia untuk menyebarkan muziknya dan telah menjadikan Costa Rica sebagai tempat pertama untuk dijelajahinya.
Namun malangnya, di sini jugalah kisah hidupnya berakhir apabila mayatnya ditemui di pantai selepas satu minggu memulakan pengembaraan itu.
Menteri Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica berkata mayat Maria di jumpai di pantai El Carmen, tempat terkenal di kawasan resort Santa Teresa Del Cabano.
Diserang Di Tepi Pantai
Menurut laporan rasmi, Maria bersama seorang wanita British diserang oleh sorang lelaki yang ingin merompak mereka. Wanita British itu berjaya melepaskan diri dan memanggil pegawai keselamatan.
Bagaimanapun Maria diserang, dirogol dan kemudiannya dibunuh secara kejam oleh perogol itu dengan melemaskannya. Dua orang suspek telah ditangkap, Esquivel Cerdas dan Benavides Mendoza.Cerdas disyaki menyerang Maria manakala Mendoza pula disyaki merogolnya.
Jadi buat wanita lain yang gemar melancong atau pergi bercuti secara bersendirian ke luar negara, jadikan kisah ini satu pengajaran dan iktibar. Mohon lebih berhati-hati iya, jaga keselamatan diri dan pilihlah negara yang kurang berisiko dengan kes-kes jenayah.
Sosial media (socmed) ini tempat orang meluah rasa. Tapi tak semestinya apa yang dikongsikan seseorang itu, menggambarkan seratus peratus dirinya. Bak kata pelakon, Nazrief Nazzri ini sesetengah perkongsian itu ada yang bertujuan untuk mencari rezeki.
Sebagaimana dirinya dan isteri, Aizatul Aqma Hamdan perkongsiannya di media sosial bukanlah untuk menunjuk tetapi demi mencari sesuap nasi. Dan itulah salah satu punca rezeki mereka.
Begitu juga bagi sesetengah orang. Sebab itulah, apabila terlihat satu-satu posting menggambarkan kebahagiaan seseorang, maka berdoalah untuk kebahagiaan pasangan itu. Kerana, kelak yang baik-baik juga akan berbalik kepada anda yang mendoakan.
Social Media Ni Tipu Je
Saya nak pesan sikit dkt netizen semua. Dunia dalam social media ni BUKAN REALITY. Jangan ingat apa yang korang nampak dekat ig, fb , tiktok semua adalah sebenar-benar kejadian. Apa yang korang nampak tu semua hanyalah apa yang mereka nak tunjuk sahaja. And kadang-kadang semua benda tu dirancang. Sama ada for entertainment or marketing purpose.
Contohnya, saya dan isteri suka buat posting dekat social media bukanlah nak menunjuk. Tapi kami buat itu semua untuk cari sesuap nasi. Inilah salah satu punca rezeki kami. Kalau ikutkan saya dan isteri dua-dua perangai sama. Suka duduk berkurung dkt rumah dan taknak jumpa orang pun. Tapi disebabkan kami mencari rezeki di social media maka terpaksalah kami buat content. And of course bila dekat socmed ni kami akan share yang INDAH INDAH SAHAJA.
Dan Siapa Je Nak Share Dekat Socmed Tengah Susah
Siapa je yang nak share dekat socmed yang dia tengah susah, siapa je yang nak bgtau diorang pernah ikat perut sebab duit dah takde dalam akaun sementara nak tunggu payment masuk. Siapa je yang nak bagitau kat orang yang diorang nangis-nangis tengah malam cari jalan macam mana nak cari duit. TAKDE SIAPA PUN NAK TUNJUK DIORANG SUSAH DEKAT SOCIAL MEDIA.
To my wife @angellajoliey . Tq sebab ada dengan I susah senang, thank you sebab always positif bila i down, and thank you sebab sabar dengan I bila I buat mistakes. Love u always.
Tapi apa yang naz nak sampaikan adalah, kalau kita tengok orang share yang dia happy kat socmed, maka kita doakan kebahagiaan dia dan semoga ALLAH pun beri kebahagiaan tu kepada kita. Tak perlu nak dengki dengki dan iri hati. Dunia ni tak perlukan NEGATIVITY and TOXIC PEOPLE. Cukup-cukup lah apa yang dah ada sekarang.
Start your day with POSITIVITY and ALWAYS SPREAD KINDNESS.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :
elakon terkenal, Nora Danish, 42, meluahkan rasa pilu dan simpati terhadap tragedi yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir, remaja berusia 13 tahun yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama sekolahnya.
Sebagai seorang ibu yang turut mempunyai anak bersekolah di asrama, Nora mengakui berita ini meninggalkan kesan yang mendalam.
“Saya juga ibu yang mempunyai anak belajar di sekolah berasrama. Jadi, perkara ini sangat memberi kesan kepada saya dan saya berharap keadilan menyebelahi mangsa.
Saya berharap pihak-pihak tertentu dapat menjalankan siasatan dengan telus dan menyeluruh agar keluarga arwah mendapat jawapan yang mereka perlukan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pengumuman duta baharu Amber Eksklusif Casual Wear di sebuah hotel, semalam.
Bagi Nora, keselamatan anak-anak di sekolah perlu menjadi keutamaan. Beliau menekankan pentingnya saluran aduan yang selamat agar pelajar boleh bersuara tanpa rasa takut.
“Kita kena ajar di sekolah bahawa buli itu salah. Walaupun sedikit, ia tetap buli. Perlu wujud sifat belas kasihan dan kasih sayang kerana kita semakin kurang nilai-nilai itu. Kalau anak saya, Rayqal atau Neyney, balik rumah, saya akan tanya keadaan mereka di sekolah. Saya mahu mereka tahu buli itu bukan perkara normal,” katanya.
Nora juga menyedari bahawa isu buli bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi turut berleluasa di dunia maya.
“Buli di media sosial juga berat. Ia boleh mengganggu emosi, malah boleh meragut nyawa. Jadi anak seni tidak lari daripada dibuli, tapi saya sudah biasa kerana lahir pada zaman blog lagi. Walau begitu, saya faham ada yang terkesan dan saya sangat bersimpati.
Saya pernah melalui pengalaman itu, dan saya tahu betapa sukarnya untuk terus kuat,” luahnya.
Kes Allahyarham Zara mengejutkan seluruh negara. Arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar.
Bagi Nora Danish, perjuangan untuk keadilan ini bukan sekadar untuk Zara, tetapi demi semua anak-anak yang sedang membesar – agar mereka dapat hidup dalam persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang, dan bebas daripada keganasan yang bernama buli.
Kisah menyentuh hati seorang nenek memangku jenazah bayi meredah banjir sejauh 3km menaiki pacuan empat roda demi menyempurnakan pengebumian. Ketabahan keluarga ini mengundang sebak.