Kuih KURMA KUKUS, Resipi Mudah Orang Dulu-Dulu Hanya Guna 5 Bahan!

Share

Setiap kali tibanya bulan ramadan, buah kurma memang menjadi pilihan ramai sebagai makanan sunnah ketika berbuka. Selain dimakan begitu sahaja, kurma juga boleh dibuat kuih yang sangat sedap, dengan hanya menggunakan 5 bahan. Kuih Kurma kukus ni antaranya resipi orang dulu-dulu yang mudah dibuat dan sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut sewaktu berbuka.

Boleh cuba resipi mudah Kuih Kurma Kukus seperti yang dikongsikan oleh Norazlina Mohamad Zaki
ini.

Dah ramai yang berkenan kuih kurma kukus ‘febret’ abah ni. mam up la resepi dia ye.

Bahan-Bahan:

Buah kurma (buang biji, potong-potong sikit susun dalam bekas
2 cawan Santan
Secubit garam
2 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu tepung beras

Beli Kurma Ajwa Murah Gred AA di sini : https://invol.co/cla6uua

Artikel Menarik: Buat Sendiri Stok PATI KURMA,Campur Susu Boleh Terus Minum Untuk Sahur!

Cara Membuat:

1. Kacau semua bahan cair ni tapis atas kurma tadi.
2. Kukus 10 minit, pastikan periuk kukus panaskan dulu ye.
3. Sejukkan dan ngappp la.

Dulu arwah ayah suka sangat kurma kukus ni. Mak selalu masak, now abah pulak suka..awal-awal dah request.

Mesti Baca: Baik Kurma Fresh, Sejuk Beku Atau Kering, Tolong Basuh Dulu Sebelum Makan

Info Ekstra!

  • Kalau guna santan kotak, cairkan, campur air agak-agak rasa lemak. Jangan cair sangat cukupkan 2 cawan.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Lagi Baca Di Sini: Sunnah Nabi Buang Biji Kurma, Letak Di Belakang Dua Jari

Mingguan Wanita: Mudahnya nak buat kuih kurma kukus ni. Bahan-bahan tak banyak dan ringkas sangat nak buatnya. Kukus 10 minit, sejukkan dah boleh makan. Boleh cuba nanti.

Sumber: Norazlina Mohamad Zaki

Begini cara Alif Satar ajar anak-anak puasa.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Betul ke suami isteri bila dah kahwin, perangai berbeza?

IKLAN