KPM bertindak tempatkan Pengetua, HEM & Warden di JPN Negeri, susulan pelajar jatuh bangunan asrama. Isu seorang pelajar tingkatan tiga yang jatuh dari bangunan asrama sekolah di Sabak Bernam yang didakwa dibuli, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak pantas menempatkan Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Warden asrama sekolah berkenaan ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi membolehkan siasatan dalaman dilakukan.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, satu  siasatan dalaman diadakan bagi meneliti semua aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah terlibat.

Memetik kenyataan di facebook miliknya @fadhlina Sidek, dirinya  mengambil perhatian kemalangan yang melibatkan seorang pelajar di sebuah sekolah di Selangor hari ini.

KPM Bertindak Tempatkan Pengetua, HEM & Warden Di JPN Negeri, Susulan Pelajar Jatuh Dari Bangunan Asrama Di Sabak Bernam

Jelasnya, pelajar berkenaan sedang mendapat rawatan di hospital. Laporan kepada pihak polis telah dibuat supaya siasatan lanjut boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Pada masa sama, KPM juga telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti semua aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah.

Dalam pada itu, dirinya berkata, satu siasatan  akan dijalankan secara terperinci semua aspek berkaitan termasuk dakwaan buli dalam kejadian ini.Tegasnya, KPM tidak berkompromi dengan sebarang salah laku buli. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terbukti kejadian ini melibatkan salah laku buli.

Ads
“KPM akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden sekolah berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga proses siasatan selesai.

Dalam pada itu, dirinya turut menitipkan doa agar anakanda Ahmad Irfan Ahmad Hanafi diberi kesembuhan segera dan keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazi Kahar, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan rakan sekelilingnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shazeli berkata, ketika ini polis sedang mengumpulkan keterangan daripada saksi dan individu berkaitan.

“Sebarang spekulasi berhubung punca kejadian termasuk dakwaan wujudnya unsur buli adalah terlalu awal untuk disahkan,” katanya.

Ads

KPM Bertindak Tempatkan Pengetua, HEM & Warden Di JPN Negeri, Susulan Pelajar Jatuh Dari Bangunan Asrama Di Sabak Bernam

Pelajar Tingkatan Tiga kritikal, keluarga khuatir jadi mangsa buli

Dalam pada itu, SINAR HARIAN melaporkan seorang pelajar Tingkatan Tiga kini berada dalam keadaan kritikal selepas disyaki menjadi mangsa buli di asrama.

Bapa saudara mangsa Muhammad Aidil Mansor, 34, berkata anak saudaranya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.

Ads

Menurutnya, keputusan imbasan CT scan mendapati anak saudaranya mengalami pendarahan pada bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah serta kecederaan pada paru-paru.

“Kalau betul jatuh dari tingkat tiga, mestilah patah riuk. Tapi hasil imbasan hanya tunjuk rahang sahaja yang patah. Sebab itu kami syak ada unsur buli,” katanya kepada Sinar Harian.

Susulan itu, Muhammad Aidi berkata, keluarga sudah membuat laporan polis pada jam 5 pagi tadi di Balai Polis Sabak Bernam.

Pada masa sama, keluarga turut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang didakwa lewat memaklumkan kejadian kepada penjaga.

“Keluarga hanya dimaklumkan pada jam 4 pagi, sedangkan kejadian berlaku jam 2 pagi,” katanya.

Tambahnya, pihak keluarga juga dimaklumkan lima pelajar telah ditahan polis untuk membantu siasatan, namun setakat ini masing-masing enggan memberikan keterangan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI