Perkembangan dunia fesyen memberi pelbagai impak dan implikasi terhadap jenama fesyen yang telah lama bertapak di industri fesyen tempatan. Pasti para penggemar jenama Minaz mengetahui tentang hasrat pemiliknya menamatkan koleksi baju raya digelar MINAZ Blooming Raya selepas memasuki tahun ke 15 tahun ini.
Kini, jenama ini membuka lembaran baharu dalam industri fesyen tanah air, dengan memperkenalkan koleksi istimewa dikenali sebagai Seluruh Jiwa. Menariknya, ia bukan sekadar koleksi pakaian, tetapi menjadi simbolik kepada transformasi jenama MINAZ ke arah fesyen yang lebih sopan dan eksklusif.
Menjadi visi dan misi jenama ini yang berhasrat menjadi pelopor fesyen yang menitikberatkan aurat wanita, Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hafiza Abd Hamid menjelaskan bahawa koleksi terbaru ini memberi fokus utama kepada abaya, hijab, dan telekung.
Kenangan 15 Tahun dan Langkah Berani ke Hadapan
Pengenalan koleksi ini merupakan permulaan peralihan besar dalam perjalanan MINAZ dalam industri fesyen tempatan.
“Tahun ini adalah tahun terakhir untuk MINAZ Blooming Raya. Sebagai pengganti, kami memperkenalkan MINAZ Abaya, Basic, dan Telekung sebagai langkah baharu yang lebih segar dan bermakna. Saya amat berharap agar MINAZ Lovers terus menyokong koleksi ini seperti mana mereka setia bersama Blooming Raya selama ini,” katanya penuh harapan ketika ditemui media baru-baru ini.
Ketika ditanya mengapa mengambil pendekatan berbeza itu, Hafiza atau lebih mesra disapa Pija ini semamngnya tidak menafikan wujud rasa gementar namun tetap optimis dengan penerimaan masyarakat terhadap koleksi abaya yang semakin mendapat tempat di hati pencinta fesyen Muslimah.
“Walaupun MINAZ Abaya masih baru di Malaysia, kami melihat trend di mana abaya bukan lagi sekadar pakaian untuk Raya Haji, tetapi juga digayakan ke majlis sosial dan rasmi. Syukur, kami menerima banyak maklum balas positif sejak pelancarannya,” tambahnya.
Kesopanan Dalam Berfesyen
“Saya melancarkan MINAZ Basic kerana ingin mengeksklusifkan aurat wanita, InsyaAllah,” jelasnya dengan penuh iltizam untuk merealisasikan impiannya itu.
Ads
Hafiza menegaskan bahawa ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada bab baharu MINAZ dalam menghasilkan koleksi yang lebih berkualiti dan bermakna.
“Ramai yang tertanya-tanya mengapa ini menjadi tahun terakhir MINAZ Blooming Raya. Alhamdulillah, kami telah berjaya mewarnai industri fesyen, namun jujurnya, saya akan merindui momen setiap pagi raya, menanti MINAZ Lovers ‘tag’ raya OOTD. Tetapi saya yakin, dengan pembaharuan ini, kami masih dapat mencipta vibe yang sama. Mungkin selepas ini, Abaya akan menjadi signature MINAZ,” ujarnya lagi.
Sambutan Luar Jangkaan
Percaturan MINAZ sememangnya membuahkan hasil meskipun ia baru sahaja dilancarkan,tetapi telah berjaya memenangi hati para penggemar jenama ini. Menurut Hafiza, tempahan hijab daripada koleksi ini hampir habis terjual dalam tempoh yang singkat.
Ads
“Untuk koleksi raya, kami telah membuat tempahan awal, dan kini hampir sold out kerana trend pembelian baru bermula. Tetapi saya sangat sebak melihat sambutan di luar jangkaan ini,” katanya.
Malah, kempen Seluruh Jiwa untuk MINAZ Hijab menyaksikan tempahan sebanyak 200,000 helai tudung oleh stokis, manakala koleksi Basic telah terjual sebanyak 180,000 helai.
“Saya meletakkan harapan yang sangat besar kepada MINAZ Hijab,” tambahnya penuh rasa syukur.
Lembaran Baharu MINAZ di Pentas Fesyen
MINAZ melancarkan koleksi Seluruh Jiwa di pentas pertunjukan fesyen sebagai simbolik kepada perubahan besar dalam jenama ini. Dengan penekanan kepada kepelbagaian dan inklusiviti dalam rekaan, koleksi ini membuktikan bahawa MINAZ bukan sekadar jenama fesyen, tetapi juga peneraju gaya hidup Muslimah moden yang penuh kesopanan dan keanggunan.
Program realiti, Akademi Qurra 2024, minggu keempat menyaksikan dua peserta melangkah meninggalkan pentas Akademi Qurra 2024 iaitu Tilmizah Athiyyah dan Tilmizah Firza.
Minggu keempat Akademi Qurra 2024 menyaksikan Tilmizah Athiyyah mendapat markah 82.50% . Meskipun tersingkir, Tilmizah Athiyyah melahirkan rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk berada di pentas Akademi Qurra 2024.
“Pembabitan selama empat minggu cukup indah kerana saya banyak meluangkan masa dengan al-Quran. Jika saya tak sertai program ini, saya tak macam ini.
Saya anggap penyingkiran ini bukanlah penamat. Biarpun saya banyak menangis kerana tidak mahir tetapi saya anggap itu sebagai pembelajaran,” ujarnya yang ditemui pada sidang media usai minggu keempat Akademi Qurra 2024 sabtu lalu.
Seorang lagi peserta yang tersingkir, Tilmizah Firza pula mendapat markah sebanyak 81.50%. Firza turut melahirkan rasa sedih untuk meninggalkan keluarga baharu di Akademi Qurra 2024 memandangkan ukhuwah dengan tilmiz dan tilmizah yang lain sangat rapat.
Ditanya mengenai penyingkiran dua peserta pada minggu keempat, penerbit Akademi Qurra 2024, Saifulizzam Mohd Lizah berkata pihak produksi juga terkejut dengan keputusan penyingkiran dua orang tilmizah sekaligus di minggu keempat.
“Saya sebenarnya terkejut juga dengan dua penyingkiran yang kita buat. Untuk minggu keempat ini, kita dah terangkan kepada semua peserta yang mereka perlu melonjakkan diri ke tahap lebih tinggi.
Bila kita lihat Tilmizah Firza, sepanjang tiga minggu sebelum dia sangat konsisten tetapi minggu ini dia agak tersesat jauh. Jadi juri terpaksa potong markah yang banyak.
Tilmizah Athiyyah, dua minggu dia berada pada kedudukan yang terbawah. Kita dah masuk minggu keempat, pastilah minggu seterusnya akan lebih mencabar,” ujarnya.
Dihoskan oleh Raqib Majid, Akademi Qurra 2024 turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.
Program yang ditayangkan pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim serta juri jemputan untuk minggu keempat iaitu Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ketam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi! Memudahkan Kerja & Menjimatkan Masa Geng Mak-Mak. Ramadan sudah tiba sudah pasti mak-mak dirumah dan juga geng mak-mak bekerja kalut di dapur untuk sediakan menu sewaktu berbuka.
Istimewa Ramadan kali ini Mingguan Wanita sediakan video khas ‘Mak Empal Buka Apa Hari Ini? untuk mak-mak yang tengah pening memikirkan menu apa yang nak dihidangkan untuk keluarga tercinta.
Apa kata cubalah menu Ketam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi, makan sekali gembira tak terperi ni! Jangan ketar bila lewat pulang dari ofis tau, sebab barang-barang memang senang nak sediakan.
Jom kita masak, Ketam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi!
Bahan-Bahan :
2 ekor Ketam
10 biji Cili Padi
Sebiji Bawang Merah
Sedikit Halia
Sedikit Kunyit hidup
2 batang Serai
1 biji Nenas
Daun kunyit
1 cawan Santan
1 cawan air
Cara Memasak :
Kisarkan cili padi, bawang merah, halia dan kunyit hidup
Kemudian tumiskan bahan-bahan dikisarkan tadi di dalam kuali
Masukkan serai yang telah diketuk, nenas, kemudian didihkan
Kemudian masukkan ketam
Apabila sudah sebati masukkan santan dan air tutupkan kuali dengan penutup biarkan hingga mendidih
Apabila sudah sebati kacau dan masukkan daun kunyit yang telah diracik, masukkan garam dan serbuk perasa.
Siap dan bolehlah dihidangkan untuk berbuka puasa.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga” itulah antara luahan bekas kakak ipar kepada Allahyarham Farah Kartini.
Sejak malam tadi seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita penemuan mayat Nur Farah Kartini yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan.
Terdahulu, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui petang semalam, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
“Dia Seorang Sahaja Anak Perempuan Dalam Keluarga”
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, bekas kakak ipar mangsa, Nor Amidah Mohd Ali, 36, menyatakan kali terakhir dirinya menghubungi Farah Kartini pada 5 Jun lalu.
“Ketika itu dia memaklumkan kepada saya dia tercicir dompetnya, saya tanya hilang kat mana tapi tiada jawapan daripadanya,” ungkap Nor Amidah.
Selepas berpisah dengan suami, hubungan Nor Amidah dan Farah Kartini sangat baik memandangkan Farah merupakan satu-satunya anak perempuan daripada tujuh adik beradik dalam keluarga.
“Dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga dia dan seorang yang sangat bertanggungjawab.
“Selepas tamat pengajian tahun lalu, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dia nekad bekerja sambilan di Semenanjung untuk membantu ibu dan neneknya di kampung,” ujarnya.
Arwah Peramah & Ceria
Seorang sahabat arwah Farah, Muhammad Haziq Fardil menerangkan arwah merupaakn seorang yang peramah dan ceria.
Menurut Muhammad Haziq, arwah merupakan rakan baik dikenalinya ketika menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Multimedia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada 2019.
“Saya bersama arwah dan beberapa rakan lain memang rapat kerana kami satu kelas, selain kerap keluar bersama sepanjang tempoh pengajian itu.
“Arwah sangat rajin dan aktif dalam persatuan di universiti serta sering membantu dalam pelbagai program yang diadakan oleh pihak pengurusan UPSI.
“Malah, dia sanggup mengorbankan cuti semester untuk menyertai Rakan Suai Kenal (RSK) yang ditubuhkan bagi membantu kemasukan penuntut baharu,” kongsinya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...