Koleksi berlian, batu permata unik jadi taruhan di Gemfest 2024!
HABIB, jenama permata terkemuka di Malaysia, kembali dengan acara tahunan yang dinanti-nantikan, Pesta Permata atau lebih dikenali sebagai Gemfest. Acara ini berlangsung sehingga 30 Jun, menawarkan pelbagai koleksi permata mewah dan eksklusif kepada penggemar permata dan perhiasan di seluruh negara.
Pesta Permata tahun ini mempamerkan koleksi yang lebih memukau, menampilkan rekaan yang penuh dengan ketelitian dan keanggunan. Dari cincin berlian yang mempesonakan, rantai yang menawan, hingga gelang yang anggun, setiap item di Gemfest direka untuk mencerminkan keindahan dan keunikan seni pembuatan perhiasan Habib.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Meer Habib, pihaknya merasakan sudah menjadi tanggungjawab untuk menyediakan kepada pelanggan dengan barangan kemas berkualiti. Pihaknya berbesar hati berkongsi pengetahuan berkenaan berlian dan batu permata berwarna kepada pelanggan sempena pesta itu berlangsung.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib
“Melalui Gemfest, Habib meraikan keindahan semula jadi batu-batu berharga ini sambil mempamerkan komitmen teguh kami terhadap kehalusan pembuatan, kecemerlangan rekabentuk dan pemilihan teliti batu permata yang unik dan jarang ditemui,” katanya pada majlis perasmian Gemfest 2024 yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.
Ads
Sebagai permulaan kempen, HABIB menawan hati pelanggan, rakan-rakan media serta beberapa pempengaruh media sosial untuk merasai acara penuh gemerlapan yang diadakan di Private Room, The Ritz Carlton.
Kempen ini turut menampilkan sesi perkongsian interaktif yang menumpukan pada berlian dan batu permata, diketuai oleh Dato’ Sri Meer Habib, yang juga merupakan GIA Graduate Gemologist bertauliah, diiringi ahli gemologi berpengalaman dan pakar barangan kemas HABIB.
Batu Permata Yang Memukau
Sebagai ahli gemologi bertauliah, Datuk Seri Meer Habib turut berkongsi kepakarannya dalam bidang ini. Menurutnya, berlian dan batu permata sinonim dengan gemerlapan yang memukau dan pelbagai warna sehingga mampu menarik perhatian dan imaginasi.
“Setiap batu permata dari kilauan berlian menakjubkan hingga kemewahan zamrud, memiliki daya tarikan dan kisah unik tersendiri.
Ads
“Hampir 66 tahun, Habib menerajui batu-batu berharga ini dengan ketukangan dan inovasi hebat sekali gus menjadikan Habib jenama terkemuka dalam dunia barangan kemas mewah dan antara jenama paling digemari di Malaysia.”Datuk Seri Meer Habib.
Gemfest 2024 merupakan platform untuk mengangkat kecantikan batu permata, menampilkan pilihan menawan dengan kualiti, konsisten dan terbaik.
Antara koleksi bakal dipamerkan termasuklah koleksi batu permata unik dan jarang ditemui antaranya termasuklah batu Sphene Hijau, Turmalin Paraiba, Tanzanit, Tiger’s Eye dan sebagainya.
Tetamu jemputan juga berpeluang untuk melihat secara terperinci proses pembuatan barangankemas eksklusif, serta disajikan dengan koleksi baharu yang memukaukan daripada HABIB, seperti anting-anting Turmalin Merah Jambu dan Hijau yang dikenali sebagai Toi et Moi, rantai leher Tanzanit 34.33 karat yang menawan dan cincin Turmalin Paraiba yang menjadi idaman ramai.
Ads
Turut dipamerkan nanti, Koleksi Dancing Diamond menampilkan sinaran berlian berkilauan, keunikan rekaannya mempamerkan kehalusan dan ketukangan luar biasa.
Mengambil inspirasi potongan, bentuk dan struktur berlian yang pelbagai, setiap utas rantai leher memegang sebutir berlian seakan sedang menari dengan setiap gerakan, mencerminkan keanggunan, kecantikan dalaman si pemakai.
Sempena pesta, pelanggan berpeluang meneroka lebih mendalam dunia batu permata dengan sesi solekan istimewa dan ditata rias dengan set barangan kemas yang mempesonakan.
Bagi peminat batu permata dan barangan kemas, jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Fasha Sandha tak pernah terfikir gelaran Datuk. Pelakon cantik baru saja menerima Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Malah Fasha juga menerangkan pingat tersebut sebagai satu penghargaan tertinggi yang pernah diterimanya sejak bergelar anak seni lebih dua dekad lalu.
Fasha Sandha Tak Pernah Terfikir Gelaran Datuk
Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang terima. Seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online Fasha akui dirinya sangat dihargai.
“Anugerah ini tidak buat saya rasa terbeban sebaliknya dihargai.
“Kalau nak cakap tentang kemungkinan akan diangkat menjadi ikon atau dapat gelaran datuk, saya rasa perjalananan itu masih terlalu jauh sebab ramai lagi orang yang lebih layak.
“Gelaran datuk? Terlalu berat dan tak pernah terfikir, tiada komen tentang itu,” katanya.
Enggan Tabik Dada
Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan akui dirinya banyak kekurangan dan tidak mahu menabik dada.
“Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka dan anggap hadiah untuk perkahwinan serta anak-anak.
“Saya masih banyak kelemahan berbanding kelebihan tetapi apabila terpilih menerima pengiktirafan sebegitu, saya syukur.
“Pengiktirafan tersebut jarang diberikan oleh pihak istana Perlis, memang satu perkara yang tidak pernah dijangka, kurniaan yang paling tinggi saya pernah dapat,” ungkap Fasha.
Kongsi Fasha lagi dirinya juga tidak mahu dilihat keterlaluan dalam memberikan komen kerana tidak mahu dilabel sombong.
“Saya risau nak cakap sebab takut kedengaran seperti riak namun anggap itu satu hadiah yang diberikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,” sambung Fasha.
Pada masa yang sama Fasha sangat berbesa hati dengan penganugerahan itu dan menyuntik semangat untuk dirinya menjadi orang lebih baik.
“Mungkin saya dapat sebab sebelum ini banyak menulis tentang Perlis Indera Kayangan selain dibesarkan di negeri itu walaupun saya dilahirkan di Johor. Ini satu kenangan yang manis, Alhamdulillah,” sambung Fasha.
Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina memasuki hari ketiga hari ini dengan tumpuan khusus terhadap sebuah diari yang didakwa milik remaja berusia 17 tahun itu.
Menurut peguam bela keluarga, Shahlan Jufri, seorang saksi dari Jabatan Kimia dijangka dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dokumen peribadi berkenaan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.
Selain itu, dua pegawai perubatan turut berkemungkinan tampil memberi keterangan, antaranya seorang doktor yang menerima serta merawat Zara di Unit Rawatan Rapi, dan seorang lagi pakar neurologi yang terlibat dalam kes ini.
Prosiding inkues yang dijadualkan berlangsung selama 17 hari ini dijangka terus membuka ruang kepada pelbagai persoalan. Pada Khamis ini, pemeriksaan tempat kejadian juga bakal dilakukan di Papar, lokasi di mana Zara ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu. Prosiding yang dijadualkan berlangsung selama 17 hari itu sudah memasuki hari ketiga hari ini.
Ancaman Terhadap Saksi
Terdahulu, Dr Jessie Hiu, Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), dilepaskan sementara selepas memberikan keterangan selama dua hari. Beliau yang berkhidmat di HQE sejak 1998, menerima ugutan daripada orang awam berikutan hasil penemuan bedah siasat dan pemeriksaan tempat kejadian.
Seorang pesara berusia 61 tahun dari Semporna ditahan pihak berkuasa kerana didakwa membuat ugutan terhadap Dr Hiu melalui media sosial. Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mempertimbangkan langkah menyediakan perlindungan kepada saksi sepanjang prosiding.
Dalam hidup, kemenangan bukan hanya diukur melalui kata-kata mahkamah. Kadangkala, ia dizahirkan melalui simbol yang penuh makna, seperti sehelai tudung mewah yang digayakan dengan penuh tenang oleh pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri, selepas memenangi kes saman fitnah bernilai RM70,000 baru-baru ini.
Lebih daripada sekadar fesyen, tudung yang digayakan ini mewakili kisah hati seorang wanita yang diuji, namun tetap berdiri dengan elegan dan penuh bermaruah.
Simbolik Ketenangan Dalam Rekaan Dasar Laut
Tudung eksklusif ini direka oleh Megan Carter, pereka antarabangsa berpangkalan di Austria ini diilhamkan dari keindahan laut tenang di permukaan, namun menyimpan rahsia kekuatan yang luar biasa di dasarnya.
Rekaannya menampilkan motif abstrak mewah yang menyerupai alunan ombak yang lembut tetapi konsisten. Terumbu karang dan flora laut pula menggambarkan keunikan dan ketabahan. Sentuhan seni abstrak yang menjadikan tudung ini seolah-olah satu karya galeri.
“Setiap elemen adalah lambang perjalanan saya. Tidak mudah, tidak sempurna, tapi indah bila dilihat dari sudut yang tepat,” ujar Puan Haliza.
2,000 Kristal Swarovski, Setiap Satunya Diletakkan Dengan Tangan
Tudung ini bukan sahaja memukau dengan coraknya, tetapi turut dihiasi dengan lebih 2,000 kristal Swarovski original, termasuk Swarovski Xirius Rose, mewakili potongan paling berkilau. Selain itu, penggunaan Swarovski Flat Back digunakan untuk detailing halus di hujung tudung. Manakala Swarovski Fancy Stones berbentuk navette dan pear, memberi kesan 3D dan ilusi mewah.
Tambah Haliza lagi, proses meletakkan kristal dilakukan secara manual, dengan teknik bertingkat untuk memastikan kilauan eksklusif dan tidak mudah ditiru.
Di sebalik proses pembuatan yang teliti, terdapat maksud simbolik memilih rona biru lembut sebagai warna asas tudung ini.
“Rona biru tersebut bukan sekadar warna, tetapi ia melambangkan ketenangan selepas badai, kedamaian seorang wanita yang tahu dirinya berada di tempat yang benar. Saya meletakkan ia sebagai simbolik kemenangan yang tidak perlu diraikan dengan sorakan, cukup dengan senyuman,” ujarnya penuh makna.
“Biru ini bukan sekadar warna. Ia lambang tenangnya hati orang yang sudah menang,” katanya penuh makna.
Helaian tudung dari koleksi Black Label merupakan koleksi paling eksklusif di bawah jenama Bawal Exclusive. Setiap warna hanya mempunyai sehelai sahaja dan tidak akan diulang penghasilannya. Namun, pelanggan yang benar-benar berminat boleh membuat tempahan khas dengan warna berbeza, mengikut jadual dan kelulusan pasukan kreatif Bawal Exclusive.
“Kami mahu setiap wanita rasa unik. Setiap helaian dijahit tangan, dan dijamin tiada dua yang sama,” ujar Puan Haliza.
Tudung ini bukan sekadar aksesori. Ia adalah cerita tentang perjuangan, tentang ketabahan, dan tentang seorang wanita yang tidak membalas dengan kemarahan, tetapi memilih keanggunan sebagai jawapan. Untuk wanita yang tahu nilainya bukan pada harga, tetapi pada makna, mungkin inilah tudung, lambang kemenangan sebenar!
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.