Ini bukan masanya untuk menuding jari siapa yang salah dan siapa yang menjadi punca. Sebaliknya kita harus berdoa agar COVID-19 cepat pergi dan penduduk di dua kampung di Simpang Renggam kembali pulih dan kembali melakukan rutin harian seperti biasa.
Sejak mereka dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ramai netizen melempar fitnah dan membuat kesimpulan bahawa penduduk di kampung berkenaan tidak mengikut arahan.
Kecaman netizen membuatkan mereka kecewa kerana sesungguhnya penduduk-penduduk di sana mengharapkan masyarakat terus berdoa agar segalanya kembali pulih dan bukannya mengecam.
Netizen Anggap Kami Ingkar
Seorang penduduk Kampung Bandar Baru Dato’ Ibrahim Majid juga pesakit koronavirus (Covid-19) berharap netizen untuk tidak terus mengecam, sebaliknya mendoakan mereka sembuh seperti sedia kala.
Demikian kata Noridayu Jumiran apabila terkesan dengan kata-kata netizen yang beranggapan penduduk di sini ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga perlu diperketatkan kawalan pada 27 Mac lalu hingga 9 April ini.
Noridayu berkata, sudah tiba masanya untuk orang ramai memberi sokongan antara satu sama lain ketika wabak ini melanda negara.
“Kita sama-sama menerima kesan dari wabak ini, semestinya saat ini kita memerlukan sokongan antara saru sama lain untuk sama-sama menangani wabak ini agar keadaan akan segera pulih.” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, dia kini ditempatkan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang setelah dimasukkan pada 11malam tadi.
“Saya baru sahaja disahkan positif Covid-19. Sebelum ini, ayah dan ibu disahkan positif. Ayah dimasukkan ke Hospital Permai Johor Bahru pada 17 Mac manakala ibu pula pada 24 Mac, sama hospital dengan saya.
Ads
“Saya, ibu dan jiran-jiran kampung dirawat di wad yang sama. Gembira jumpa mereka,” katanya.
Keadaan Kesihatan Bertambah Baik
Bercerita lanjut, kata pengusaha katering ini, dia yakin dengan petugas perubatan yang sentiasa mengutamakan para pesakit dan kini, keadaan kedua ibu bapanya dalam keadaan baik.
“Ibu telah menunjukkan simptom seperti batuk dan selesema telah pergi membuat saringan sekali lagi ke klinik kesihatan.
“Dua hari sebelum keputusan diterima, ibu terus dibawa ke hospital Kluang. Keadaan mereka berdua setakat ni ok, kesihatan makin baik.” ujarnya.
Penduduk Terima Ikut Yang Terbaik
Dalam pada itu, ketika pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), penduduk hanya mampu menerimanya jika itu langkah terbaik untuk membendung wabak Covid-19.
Ads
“Bila kerajaan umumkan PKPD di kawasan kami di Bandar Baharu Ibrahim Majid dan kampung Parit Ibrahim Majid, saya hanya mampu terima.
“Jika ini keputusan yang terbaik bagi mencegah wabak yang semakin menular secara pantas di sini.
“Alhamdulillah nampaknya berjalan dengan baik. Semua dikawal ketat dan saya percaya penduduk juga telah mematuhi perintah sejak mula PKP pada 18 Mac lalu,” katanya.
Buat masa ini, keperluan barangan dapur telah diagihkan oleh pihak berkaitan kepada penduduk.
“Mudah-mudahan bantuan akan lebih segera disampaikan kerana ada keluarga yang tidak keluar dari 18 Mac lagi.
Ads
“Sudah semestinya banyak keperluan yang habis. Jadi bila tambah lagi PKPD hingga ke 9 April ini memang risau,” katanya.
Semoga Covid-19 Dapat Dibendung
Jelas ibu dua anak ini, ketika ini penduduk hanya mampu berdoa agar penularan jangkitan wabak Covid-19 dapat dibendung dengan segera.
“Saya bimbang suami dan anak-anak, mereka kini tunggu keputusan, harap negatif la. Kami tahu ujian ni datang dari ALLAH SWT, kita manusia tak mampu untuk menghalangnya jika ALLAH berkehendakkan ianya terjadi.
“Jadi, orang ramai perlu duduk di rumah, jaga kebersihan, terus peka dengan simptom jangkitan, dan segera dapatkan rawatan jika anda semua mengalaminya,” nasihatnya.
Terdahulu, Perintah PKPD di sini membabitkan seramai 3,570 penduduk tempatan terdiri daripada 650 keluarga di dua kampung berkenaan.
Kira-kira 70 peratus penduduk terjejas terdiri dari pekebun sawit dan nanas yang mengelilingi dua penempatan berkenaan manakala 20 peratus lagi adalah pekerja di kawasan perindustrian Simpang Renggam manakala 10 peratus lagi sama ada bekerja sendiri, berniaga atau penjawat awam.
Sumber: Sinar Harian
MW: Hidup di dalam rumah dan terkurung dalam jangka waktu yang lama bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Oleh itu, jangan menambah pedih di hati sebaliknya mengangkat tangan dan berdoa penduduk di Simpang Renggam kembali sihat dan pulih dari Covid-19.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Peranan dan tanggungjawab mak ayah sangat besar dalam mendidik tingkah laku dan memantau pergaulan anak-anak. Terutamanya apabila anak-anak semakin meningkat remaja.
Sungguh mengejutkan apabila membaca berita sebegini.Tergamaknya perbuatan adik beradik yang masih diperingkat usia remaja melakukan perbuatan keji sumbang mahram di rumah sendiri sehingga melahirkan seorang bayi.
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mengaku mengadakan hubungan sumbang mahram dengan kakaknya sehingga melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka di Taman Diawan malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, perbuatan sumbang mahram tersebut terbongkar apabila kakak yang berusia 15 tahun yang baru bersalin itu dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10 malam semalam.
“Sebelum dibawa di hospital, remaja perempuan yang tidak bersekolah tersebut mengadu sakit perut kepada ibunya pada pukul 3.30 petang sebelum dia masuk ke tandas untuk membuang air besar.
“Remaja yang mengaku tidak mengetahui dia sedang mengandung itu terkejut apabila dia secara tiba-tiba melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas berkenaan,” katanya.
Hasil Sumbang Mahram
Tambah Hasron Nazri, ibu remaja yang berada di dapur ketika itu terdengar jeritan mangsa sebelum masuk ke tandas dan mendapati dia berlumuran darah selain terdapat seorang bayi di dalam mangkuk tandas.
“Ibunya terus membawa remaja dan bayi tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Hasil soal siasat terhadap remaja perempuan itu mendapati dia mengaku telah beberapa kali melakukan hubungan sumbang mahram dengan adik lelakinya pada Mei lalu di bilik belakang rumah mereka,” katanya.
gambar hiasan
Bersalin Awal Usia 7 Bulan
Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan awal iaitu kira-kira usia tujuh bulan kandungan dan dia kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar manakala remaja perempuan tersebut kini dirawat di Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
“Polis telah menahan adiknya di rumah mereka dan dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.
MW: Mengucap panjang baca berita sebegini. Mak ayah mohon pantau tingkah laku dan pergaulan anak-anak walaupun sesama adik beradik. Bataskan pergaulan, cara pemakaian serta asingkan bilik bila mereka mula mencapai usia baligh.
Petanda sebelum ajal, anak kongsi bapa minta simpan gambar biar jadi kenangan. Mungkin seakan dapat merasai ajal mendekat, pemandu e-hailing yang terlibat dalam nahas tragedi pesawar terhempas di Elmina, petang semalam meminta anak perempuannya menyimpan gambar berukuran pasportnya baik-baik.
Petanda Sebelum Ajal
Hal ini disuarakan arwah Sharipuddin Shaari, 53 ketika keluar berjalan bersama keluarga di sebuah pusat membeli belah di Kota Warisan, Sepang dua minggu lalu.
“Dua minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah memberikan saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya menyimpan sebagai kenangan,” kata anak sulungnya, Muhammad Sharul Izuan, 16 tahun.
Menjelaskan hal ini, kata Sharul, ketika bapanya memberikan gambar itu, mereka sekeluarga terdiri daripada ibu, Suriana Muda, 43, dan adik bongsu, Nur Izzara Arissya,9, ada bersama dalam kereta.
“Saya tidak menyangka permintaannya menyuruh menyimpan gambar itu menjadi petanda ayah akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Taman Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, hari ini.
Anak Kongsi Bapa Minta Simpan Gambar Biar Jadi Kenangan
Memetik laporan Harian Metro, kali terakhir dia bertemu ayahnya adalah ketika mahu ke sekolah pagi semalam.
“Pagi semalam kali terakhir saya bertemu bapa yang ketika itu berada di luar rumah dan sedang memeriksa enjin kereta.
“Ayah tidak bercakap sepatah pun sebelum saya pergi ke sekolah menunggang motosikal bersendirian.
“Malam sebelumnya ayah beriya-iya menyuruh saya makan dan bersembang panjang kerana kami jarang bercakap kecuali ada perkara penting yang perlu dibincangkan.
“Petang semalam kira-kira jam 6 petang, anggota peronda polis datang ke rumah memaklumkan ayah terbabit kemalangan dan berita itu amat mengejutkan kami sekeluarga,” katanya.
Muhammad Sharul Izwan berkata, kali terakhir bapanya menghubungi ibu pada 2.15 petang semalam ketika sedang berehat di sebuah restoran dan memaklumkan berada di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan dan pulang awal selepas selesai bekerja.
Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Salak Tinggi berkata, sebelum ini mereka sekeluarga tinggal di Arau, Perlis dan berpindah menyewa di taman itu sejak hujung tahun lalu.
“Pemergian ayah sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah seorang yang penyayang namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.
Masuk raya kedua hari ni, jika rendang dan kuah kacang dah habis, namun masih ada lebihan ketupat atau nasi Impit, mak-mak jangan pula buang.Sayang, membazir pula nanti.Sebaliknya, ketupat dan nasi impit tersebut boleh diolah menjadi hidangan masakan yang sedap, dengan cara menggorengnya.Caranya macam kita nak buat ‘mee goreng’ tapi sebaliknya gantikan dengan Ketupat dan nasi impit ini.Bolehlah hidangkan waktu tetamu datang beraya nanti.
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili kering(rendam sekejap dengan air panas)
3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering(rendam sekejap dengan air panas)
Sedikit minyak untuk menumis dan gula dan sedikit garam.
Udang segar(buang kulit tapi biarkan ekornya)
Rencah:
Isi ayam/daging(potong kecil)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1/2 kiub pati ayam
2 biji telur
Sawi
Kobis
Lobak Merah (potong memanjang)
Taugeh
Daun Kucai
Cara Membuat:
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
2.Masukkan sos tiram kicap dan kicap manis.
3.Masukkan udang dan isi ayam. Kacau seketika.
4.Masukkan telur dan kacau hancur.
5.Masukkan kiub pati ayam dan tambah sedikit gula dan garam jika kurang rasa(pastikan lebih sikit rasa masinnya sebab kita menggoreng nasi impit.
6.Masukkan nasi impit dan sayur-sayur. Kacau biar sekata rasa semuanya.
Selamat Mencuba!
Info Ekstra:
Jangan potong Nasi impit/ketupat terlalu kecil, nanti takut hancur sewaktu menggoreng.
Jika menggunakan rencah daging, masukkan sedikit air rebusan daging tersebut untuk lebih menyedapkan.
Amat menyelerakan dimakan panas-panas dan ditabur dengan sedikit bawang goreng.
Sedap! Mesti kena cuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!