Semasa mahu balik semula ke rumah selepas bercuti panjang sempena hari raya Aidilfitri ini, adik saya Maria atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lang bertanya pada saya apakah yang kami mahu berikan kepada jiran sebelah rumah?
Terdiam seketika saya mendengar pertanyaan tersebut. Apa nak diberi? Lemang sudah lama habis. Kuih raya pun hanya tinggal beberapa biji sahaja. Tahun sebelum ini saya sempat memberi mereka sedikit lemang dan rendang.
Tetapi tahun ini semua makanan itu sudah habis sebab kali ini saya memang bercuti panjang. Lemang sudah habis pada hari raya ketiga.
Tiba-tiba saya mendapat idea. Apa kata kita beli pau. Ala… pau Yik Mun Tg Malim yang terkenal itu. Lagipun kedai pau itu terletak dalam perjalanan balik kami ke Kuala Lumpur. Kampung kami di Slim River dan pekan Tg Malim memang jalan utama untuk kami balik kalau kami tidak mengikut Lebuhraya Plus. Saya kata pada adik, apa kata kita bagi jiran kita itu yang kebetulannya berbangsa Cina untuk rasa pau itu.
Bagi mereka yang berbangsa Cina, mungkin makanan seperti pau itu sudah biasa dalam budaya mereka. Tetapi kami tidak kisah. Yang penting ada buah tangan untuk mereka.
Kenapa pau Yik Mun? Sebenarnya hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja saya baru makan pau ini. Walaupun sebelum ini saya bersekolah di Tg Malim dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6, saya tidak pernah memakan pau tersebut walaupun kepopularannya melepasi sempadan Perak.
Ads
Saya hanya tahu kedai pau itu terletak di Tg Malim tetapi tidak tahu di mana lokasi kedai tersebut. Saya tidak ambil kisah di mana kedai pau itu terletak kerana masa itu saya risau untuk makan pau tersebut. Bukannya apa, saya risau pau tersebut tidak halal kerana yang menjualnya orang bukan Islam.
Hanya setelah bekerja dan setelah cerita kedai pau tersebut keluar televisyen dan surat khabar barulah saya memberanikan diri ke sana. Apa bila mendapat tahu pau tersebut memiliki tanda Halal, barulah saya berani untuk makan.
Sesekali kalau saya dan adik melalui pekan Tg Malim dan jika teringin, sudah pasti kami akan singgah sekejap untuk membeli pau yang masih panas. Kami tidak pernah makan di kedai tersebut. Hanya sekadar beli dan bungkus. Lepas itu kami makan di dalam kereta.
Ads
Orang Berbudi Kita Berbahasa
Habis cerita pasal pau. Kita kembali semula kepada cerita buah tangan. Tetapi kenapa kami sibuk fikir buah tangan untuk jiran kami itu?
Sebenarnya hadiah tidak seberapa itu adalah tanda penghargaan kami kepada jiran sebelah yang tolong melihatkan rumah yang kami tinggalkan selama dua minggu. Dia tidak pernah minta hadiah atas apa yang dilakukan itu.
Ads
Tanpa disuruh, setiap kali kami balik cuti, dia akan tolong tengok rumah. Apabila ada surat, sudah pasti dia akan tolong menyimpannya.
Begitu juga apabila jiran kami itu hendak bercuti, sudah pasti dia akan beritahu pada kami untuk tolong tengok rumahnya. Sebaik balik bercuti, sudah pasti ada buah tangan yang diberikan.
Tetapi bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa. Berilah penghargaan walaupun sedikit. Sebagai orang Timur kita kan pentingkan budi Bahasa. Agama, warna kulit dan bangsa bukan halangan untuk kita untuk saling bantu-membantu.
Saya menghargai keprihatinan jiran sebelah kerana saya pernah ada pengalaman rumah dimasuki perompak sewaktu tinggal di rumah lain sebelum ini. Begitu juga dengan jiran sebelah. Rumah mereka pun pernah dirompak ketika Tahun Baru Cina. Sebab tidak mahu peristiwa sama berlaku, kami mula saling bantu-membantu.
Kepada jiran sebelah, terima kasih sebab tolong tengok rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kulit telur memang banyak khasiatnya terutamanya untuk tanaman. Jika selalu mengalami, bunga atau buah kerap gugur sebelum waktunya, kita boleh cuba semburan kulit telur dan cuka ini untuk mengatasinya. Memang mudah, jimat kos dan paling penting sangat semulajadi untuk pertumbuhan pokok dan tanaman.
Baca perkongsian daripada Ardi Taniini sebagai rujukan;
Kulit telur mengandung sekitar 95% kalsium karbonat dengan berat 5.5gram. Selain itu kulit telur juga mengandungi fosfor, magnesium, natrium,kalium,seng,mangan,besi dan tembaga.
Kandungan kalsium yang cukup besse sangat bagus sebagai Baja organik bagi tanaman.
Menggunakan baja kulit telur dapat merangsang pembentukan bulu akar,mengeraskan batang tanaman dan merangsang pembentukan biji.
Sebelum menggunakan kita mesti keringkan terlebih dahulu kulit telur tersebut.Kemudian boleh la tumbuk bagi hancur dan boleh la ditabur ke tanah.
Jika bunga atau buah selalu gugur sebelum masanya Kita juga boleh gunakan kulit telur untuk atasinya.Caranya seperti berikut.
1. Ketuk atau ramas kulit telur bagi jadi sepihan kecil.
2. Sangai(goreng tanpa minyak) kulit telur tadi sehingga berwarna hitam di dalam kuali.Boleh juga keringkan dalam oven.
3. Masukkan hasil sangai tadi ke dalam bekas dan tuang cuka ke dalam bekas.
4. Buih-buih akan muncul, biarkan sehingga buih tu hilang.
5. Tutup bekas dan peram 20 ke 30 hari.
6. Tapis cecair tu dan simpan.
Cara Menggunakannya:
3ml cecair tadi campur 1 liter air.Sembur pada daun, batang dan pangkal pokok.Nak siram terus pun boleh jika malas.
Kulit telur dapat mengurangan keasidan tanah. Juga bertindak sebagai kawalan serangga terumatanya untuk siput, semut.
Macam-macam cara yang boleh dibuat dengan kulit telur ini untuk dijadikan baja. Selamat membuat Baja kulit telur untuk jimat perbelanjaan berkebun kita.
Mingguan Wanita: Jadi jika nak ‘kuatkan’ pokok dan nak atasi masalah bunga serta buah kerap gugur sebelum masanya boleh cuba campuran kulit telur dan cuka ini. Memang berkesan, jimat kos dan paling penting, semula jadi.
Memang seronok bercucuk tanam apatah lagi jika tanaman berjaya disemai dari biji benih. Namun nak pastikan biji benih tersebut bercambah dan tak dimakan semut mahupun serangga ada caranya. Rupanya sebelum tabur benih, kena pastikan sembur tanah dengan Ridsect organik dahulu.
Buat mak-mak yang suka berkebun boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan oleh Puan Tieok Eng ini sebagai rujukan.Elok subur, segar dan cepat besar sawi serta salad yang ditanamnya.
Petang ni nak share cara aunty semai benih sawi atau salad, kerana ramai sangat yang mintak aunty share tip macam mana cara aunty tabur benih sampai bercambah.Aunty harap dapat membantu pada kawan-kawan yang baru nak berjinak jinak dengan tanam sayur ye.
Cara-Caranya:
1.Sediakan tempat untuk tabur benih guna tanah bakar sawit yang subur dan siram air biar tanah lembap dulu.
2.Lepas siram air sembur dengan ridset organik dulu supaya benih tak dimakan oleh semut dan serangga.
3.Lepas sembur ridset tabur benih biar rata dan siram air lagi sekali. Ini benih sawi bunga.
4.Dah siap siram air tutup dengan zink untuk satu hari satu malam baru buka. Tujuannya biar cepat tumbuh bercambah. Kalau guna bahan selain zink, pun boleh juga.
5.Ni sayur salad yang aunty semai seminggu lebih dah.
6.Sayur sawi yang aunty pindahkan ke batas 10 hari lepas. Boleh pindahkan dari tapak semaian ke batas sekitar 10 hari ke 2 minggu ye.
7.Ini pula sayur salad aunty yang usianya hampir 2 bulan selepas pindahkan ke pasu.Alihkan satu-satu.
Info Ekstra!
Luas tapak semaian kena tengok banyk mana yang kita nak semai.
Benih kita semai siram pagi petang hari-hari dn siram air baja seminggu 3 kali sampai bercambah. Kena guna baja buah 12 15 17.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com
Handphone merupakan satu keperluan. Bagi anak yang masih tiada handphone sendiri, selalunya handphone mak ayah lah yang menjadi ‘mangsa’. Tengok youtube, main game, ambil gambar dan sebagainya.
Namun bila anak ‘pegang’ handphone mak ayah, terutama anak yang masih kecil macam-macam pula digodeknya. Ambil gambar sendiri, kadang secara tak sengaja terhantar gambar-gambar tak sepatutnya pada contact di whatsApp. Sebenarnya mak ayah boleh elakkan perkara sebegini berlaku dengan tukar setting pada WhatsApp Locked.
Selalu anak tiba-tiba hantar wasap muka dialah, kucinglah, gambar entah apa-apalah ke rakan-rakan kita dalam group.
Pernah berlaku tahun lepas ada seseorang minta jumpa dengan saya semata-mata nak pastikan yang saya dah delete gambar yang anak dia tersalah hantar kepada saya.
Jadi ini setting bagi mereka yang HP ada fingerprint. Saya baru tahu beberapa hari lepas. Boleh jadi masih ramai yang belum tahu setting ini kan.
Jadi jom pakat kongsi moga ramai ibu ayah dapat manfaat.
Caranya:
1. Pilih SETTING pada butang WhatsApp Belah Kanan .
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak ayah yang selalu bagi anak handphone tu, boleh cuba setting WhatsApp Locked, jika tak nak bagi anak buka whatsapp.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...