Siapa tak seronok bila tiba raya kan? Bukan sahaja budak-budak yang seronok, orang dewasa pun tumpang seronok. Time raya lah dapat berkumpul dengan semua sanak saudara, masak ramai-ramai malam raya, dapat jumpa rakan-rakan yang dah lama tak jumpa. Pendek kata memang meriah bila tiba hari raya. Raya juga kita sambut tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Raya memang seronok, tapi mengenangkan jem yang perlu ditempuh time nak balik raya tu kadang buat hilang mood sekejap. Tapi kalau tak jem tak raya la kan. Bagi yang kampung dekat okla tak payah tempuh jem lama-lama. Tapi macam saya yang kampung di Kelantan, tempuh jem berbelas jam, malah ada ketikanya sampah berpuluh jam tu perkara yang boleh dikatakan biasa untuk kami lalui setiap tahun. Kalau yang ada bajet lebih atau bujang dan balik sorang-sorang mungkin dari awal dah boleh tempah tiket kapal terbang kalau tak nak hadap jem yang berbelas jam tu. Pilihan kat tangan kita la kan. Untuk saya pula Alhamdullilah setakat ni tak pernah lagi hadap jem yang luar biasa sampai 20 jam dan lebih. Takat 10, 12 jam tu ok lagilah.

Seperti tahun-tahun sudah, saya dan ahli jemaah aka kakak sepupu yang akan pulang bersama akan bertolak seawal jam 3 atau 4 pagi. Konon nak elak jem la kan, tapi biasanya memang ramai yang bertolak pulang macam kami. So kalau jem dekat lebuhraya Karak tu memang perkara biasa yang perlu kami hadap setiap tahun.

Nak elak jem, kami biasanya akan lalu Lebuhraya Pantai Timur (LPT), memang kalau nak ikutkan jaraknya lebih jauh dan perlu bayar tol dan tak bermakna lalu LPT kami tak perlu nak hadap jem, tapi jemnya tu masih boleh diterima. Dah gerak awal kami beli bekal siap-siap untuk bersahur dalam kereta. kami hanya berhenti untuk solat Subuh dan seterusnya meneruskan perjalanan.

Alhamdullilah hanya kat Karak sedikit jem dan masa keluar tol LPT dari Kuala Terengganu, kenderaan mula banyak dan kadang kala tersekat dengan jem mungkin kerana jalan satu lorong berbanding jalan 3 atau 2 lorong di lebuhraya. Dah sampai sempadan Kelantan, jalan mula clear. Lebih kurang jam 2 petang kami sampai ke kampung halaman tercinta. So far bagi kami tu jem biasa-biasa sahaja. Apa yang tak bestnya ada beberapa tempat persinggahan seperti stesen minyak dan kawasan rehat yang kami singgah ada yang terputus bekalan air. Bayangkanlah orang ramai-ramai dengan air tak ada, sampai kami perlu beli air mineral untuk kegunaan masing-masing. Itu antara pengalaman yang perlu kami hadap setiap kali nak balik beraya. Tapi disebabkan rasa teruja nak balik tu sambil-sambil dengar lagu raya sepanjang perjalanan semua tu bagaikan tak terasa. Yang penting dapat pulang beraya dengan selamat dan berjumpa dengan keluarga dan sanak-saudara di kampung halaman untuk beraya bersama.

IKLAN

 Raya Dan Trafik Jem Berpisah Tiada, Tidur Sekejap Boleh Bantu Lancarkan Perjalanan Yang Jauh

Bagi yang nak jalan jauh, ini antara tip yang saya praktikkan bila travel ke kampung, siapa tahu mungkin berguna juga untuk anda nanti:

IKLAN

1. Rancang perjalanan, kalau boleh keluar awal pagi. Kalau musim perayaan, bagi yang ingin pulang ke kampung yang jauh, sebelum Subuh atau setelah solat Subuh adalah waktu sesuai untuk memulakan perjalanan.

2. Sediakan bekalan makanan dan minuman yang cukup sepanjang perjalanan. Selain dapat mengisi perut yang lapar, makanan dan minuman tersebut juga boleh hilangkan rasa mengantuk.

IKLAN

3. Kalau mengantuk dan penat, berhenti berehat dan tidur sekejap (power nap).

4. Jika memandu untuk jarak yang jauh, sebaiknya ada co-driver yang boleh gantikan pemandu utama jika mengantuk.

5. Jangan lupa periksa keadaan kenderaan supaya tidak timbul masalah di tengah jalan.

6. Jangan lupa untuk save lagu dalam pendrive atau telefon untuk didengar sepanjang perjalanan. Kalau mengantuk boleh nyanyi lagu kuat-kuat dalam kereta. Pilihan lagu bergantung kepada genre masing-masing.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI