Kecantikan

Khusus Wanita 30-an: Ini Cara Betul Jaga Kulit Muka Bagi Flawless, Pinkish Berseri

Share

Kulit muka flawless, pinkish berseri yang bukan disebabkan apps smartphone memang jadi idaman mana-mana wanita 30-an malah lebih muda dan berusia dari itu. Nak dapatkan kulit wajah sebegitu anda kenalah tahu cara-cara nak mendapatkannya. Caranya cuma perlu tahu teknik penjagaan kulit wajah yang betul saja.

Kulit wajah kita ni, mak-mak kena tahu satu saja. Kalau dah tercedera takkan ada galang gantinya. Jadi jagalah betul-betul. Cubalah tip mudah dan ringkas tapi berkesan yang Mingguan Wanita kongsikan ini.

 

Pertama : Elakkan Kerap Cuci Muka

Sebab apa? Setiap pencuci muka itu akan mengandungi bahan kimia lagi-lagi yang berfungsi untuk mengawal minyak pada wajah. Kalau digunakan terlalu kerap, bimbang minyak semula jadi yang ada pada wajah akan dihapuskan bersama-samanya. Sebaiknya cucilah dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.

Kedua : Petua Semula Jadi Jangan Dilupa

Kadangkala kita terlalu ghairah nak cantik, sampai sanggup merosakkan kulit muka dengan suntikan yang tak perlu. Sebenarnya petua-petua semula jadi yang banyak dikongsi pun besar manfaatnya untuk kulit wajah. Kiub tomato beku, sapuan lendir lidah buaya, campuran soda bikarbonat, madu dan limau nipis juga bagus ditepekkan pada kulit. Tapi jangan terlalu kerap. Cukup seminggu sekali.

 

Ketiga : Janganlah Rajin Sangat Pegang Kulit Muka

Masalah orang perempuan ini, pantang nampak benda-benda pelik yang naik kat kulit wajahnya. Baik jeragat, jerawat mahupun noda hitam. Cepat betul tangan tu nak memicitkan? Ingat ya.. no.. no.. sangat tindakan ini. Sebabnya tangan kita ini penuh dengan bakteria. Kalau nak sentuh-sentuh pun, bersihkanlah dulu tangan tu. Gunakan kapas atau kain lembut untuk membersihkan lagi-lagi kulit jenis sensitif. Kena ekstra jaga-jaga.

Keempat : Sebelum Tidur & Sebaik Bangun Tidur Buatlah Senaman Muka

Tidur berkualiti antara 6 ke 8 jam sehari itu penting untuk anda lengkapi ya. Sebab kalau tak cukup, sel-sel kulit wajah tak sempat nak menjalankan rutinnya dengan lengkap. Itu yang kusam dan lesu saja. Dan nak bantu kulit kita ini bernafas dengan baik, rajin-rajinkanlah lakukan senaman wajah. Caranya, boleh buat sebutan Aa, Ee, Ii, Oo, Uu sebanyak 10 kali. Buatlah depan cermin dan rasakan pergerakan otot-otot muka dan bibir semakin menganjal.

 

Kelima : Jangan Campur-campur Produk Kecantikan, Setia Pada Yang Satu

Pemilihan produk kulit wajah yang bersesuaian juga amat penting bagi menjaga kecantikan wajah. Pastikan selamat digunakan dan perlu ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Ini kerana jika tersalah pilih, bersedialah menanggung akibat, pelbagai masalah kulit nanti.

Oleh itu, memahami, fitrah wanita yang inginkan kulit wajah sihat, segar, kekal anjal dan berseri-seri serta mampu kekal lembap sepanjang hari, jangan bimbang pemilihan produk yang tepat seperti Radzell Intensive White Radiance mampu merealisasikan impian ini. Paling penting produk ini dijamin selamat digunakan dan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Untuk makluman, Radzell Intensive White Radiance merupakan produk kecantikan yang diformulasi dari ekstrak bunga-bungaan & buah-buahan bagi wanita yang inginkan kulit yang gebu, anjal serta cerah berseri. Seindah namanya ‘Radzell’ yang bermaksud ‘kecantikan’. Produk ini diakui mampu menyerlahkan lagi kecantikan wanita agar tampil menawan dan berseri-seri setiap hari. Ia dapat menaikkan keserian wajah dan melembapkan kulit sehingga 24 jam.

Di dalam set lengkap ini mempunyai (5) lima produk iaitu Intensive Facial Cleanser (100ml), Intensive Astringent Toner (100ml), Intensive Day Cream (30gm), Intensive Brightening Serum (30ml), Intensive Night Repair Cream (30gm).

 

Radzell Intensive White Radiance Set:

Mencerahkan kulit dan merawat kulit wajah
Meratakan tona kulit wajah
Menghilangkan pigmentasi, bekas jerawat dan jeragat
Meningkatkan keanjalan kulit
Menghindratkan dan melembutkan kulit
Memperbaiki sel kulit yang rosak
Mengurangkan garis halus di wajah
Mengecilkan liang-liang pori
Mengecutkan jerawat
Menggunakan bio based natural skin moisturiser yang dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah.

Boleh dapatkan maklumat lanjut;

Radya Beauty & Cosmetics

Hotline: 011-1002 8582
Website: www.radzell.com.my

IKLAN