Penceramah bebas, pengacara televisyen dan pensyarah Don Daniyal Don Biyajid atau lebih terkenal sebagai Ustaz Don telah berkongsi tip yang cukup berguna buat golongan suami.
Baru-baru ini sempena menyambut ulang tahun pernikahannya yang kelapan bersama isteri tercinta Husna Zahry Rafie, Ustaz Don menerusi entri di Instagram telah melahirkan kesyukuran dan memberi petua dan amalan yang diterapkan dalam mengemudi mahligai.
“Aku Suami
“Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah…”“
‘’Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. 🙂 ok.
“Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.
Ads
Tip Amalan Sepanjang Perkahwinan Buat Kaum Lelaki
“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan
(P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
“Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…
1. Tanggungjawab
Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”.
Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.
Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah.
Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah.
Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah.
Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah.
Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah.
Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah.
Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah.
Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
2. Sembahyang Berjemaah
Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai…
Kalau lambat, qadha’.
Kalau lupa, peringat.
Kalau malas, bantu.
Kalau tak reti, ajaq.
Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.
3. Rumah
Bagi rumah yang selesa…
Sewa pun xpa.
Kecik bukaan dia pun xpa.
Beli pun xpa. Baguih.
Studio style ka, banglow ka, teres ka, xpa.
(Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
4. Kewangan
Abang, please… jangan jadi mcm saya.. umuq 35 baru nak belajaq jaga duit n urus duit.. nnt menyesai tak sudah Abang.. mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat mcm saya Abang… maklumat sekarang dh banyak.
Buka Youtube, dengaq.
Bukak Pinterest, baca.
Bukak Instagram, amik manfaat.
Bukak Facebook, baca.
Ads
5. Kenderaan
Mesti kena ada. Moto baguih, xsalah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang2 kita buat moto, kira2 dh boleh beli satu Kancil. Saya x kata pun salah buat moto. Buat. Xdak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers…
I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…”
Buat Cinta Hati
Sebelum memuat naik entri tersebut Ustaz Don turut memberikan ucapan yang cukup romantik dan manis buat isteri kesayangannya;
“Dengan nama Allah Taala aku mulai;
Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan Wahai Cinta Hati
Hinggap mari di pohon duku
Duku dekat pohon melati
Cintaku puteri belahan jiwaku
Hatiku terlekat sampai ke mati
Naik kapal sampai ke Cina
Kapal asap berbunga-bunga
Wahai Cik Adik, Abang nak tanya
Apakah penyakit tidur tak lena
Ads
Hutan melarat dimakan api
Pokok diranam habis mati
Intan manikam mahligai hati
Kalau hilang payah berganti
Sayang jembalang bermata tujuh
Ditukang oleh tukang emas
Jangan digusar jangan digaduh
Di dalam tangan digenggam kemas
إنْ شَآء الله
23/08/2020
P/S : Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan buat Ibu & Bapak… kerana Ibu n Bapak punya tarikh ni, kami menumpang amik #barakah .”
Bersama isteri dan anak-anak tercinta.
Sepanjang lapan tahun berkahwin, Ustaz Don telah dikurniakan tiga cahaya mata Don Mustofa,7 Don Ibrohim,5 dan Don Sulaiman, 1.
Memang mudah sebenarnya untuk membahagiakan kedua mak ayah lagi-lagi waktu raya, tapi anak-anak selalu terlepas pandang.Bila balik kampung, berkumpul satu keluarga, ada perkara-perkara yang jika anak-anak lakukan menambah kebahagiaan dan kegembiraan buat kedua orang tua kita sebenarnya.
Di Hari Raya Aidilfitri nanti, ada beberapa perkara yang boleh kita lalukan untuk bahagiakan orang tua kita. Perkara mudah yang selalu kita terlepas pandang.
1.Hormat Pandangan
Hormati pandangan mereka. Jika kita tak bersetuju, kita hanya perlu nyatakan pandangan kita. Tak usah kata pandangan mereka salah.
2. Beri Perhatian
Jika mereka ulang cerita yang pernah diceritakan dahulu, dengar dan beri perhatian seolah-olah kita pertama kali mendengar cerita itu.
3. Elak Pukul/Tengking Anak
Elakkan pukul atau tengking anak kita di hadapan mereka. Orang tua, hatinya sensitif. Mereka akan rasa terguris jika cucu mereka diperlakukan begitu.
4. Harmoni Adik Beradik/Ipar Duai
Beramah mesra dengan adik-beradik dan ipar-duai. Orang tua kita bahagia bila semua orang dalam keadaan harmoni dan muhibah.
5. Makan Serentak
Bila makan, ajak anak dan isteri makan sekali. Orang tua akan gembira kalau semua orang makan serentak. Nampak mesra dan meriah.
6. Elak Hadap Telefon
Elakkan menghadap telefon bila berada bersama mereka. Penuhi masa bersama dengan aktiviti yang memperbaharui jalinan kemesraan.
7. Santuni Jiran/Kenalan Mak Ayah
Santuni jiran dan kenalan orang tua kita. Kita adalah aset yang paling dibanggakan oleh orang tua kita. Dah besar hati mereka jika kita santuni kenalan mereka.
8. Jangan Longgok Lampin Pakai Buang
Lampin pakai buang anak tak usah dibiar berlonggok dalam bilik atau tandas. Sebelum kita balik raya, emak susah payah bersihkan bilik.
Mingguan Wanita:Ada benarnya, perkara-perkara sebegini nampak mudah, namun ramai yang sering terlepas pandang.Jika dilakukan mampu membahagiakan kedua mak ayah.
Sejuk mata memandang penampilan penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti yang berhijab tatkala berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama keluarga tersayang baru-baru ini.
“Sesungguhnya Shofa dan Marwah adalah sebagian dari syiar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitulloh atau berumroh, maka tiada dosa baginya mengerjakan sa’i antara keduanya.
Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Baqarah:158)
Menerusi Instagram miliknya, penyanyi berusia 48 tahun itu bersama suami dan anak-anak kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
Meskipun tanpa sebarang solekan, wanita ini kelihatan anggun dalam persalinan jubah rona kelabu dan hitam serta putih sepanjang berada di Tanah Suci. Hantaran isteri kesayangan Raul Lemos itu turut disertakan bersama sepotong hadis yang berkaitan dengan ibadah umrah.
Hantaran pelantun Mencintaimu itu mengenai keberadaannya di Tanah Suci menarik perhatian umum apatah lagi ramai memuji penampilan dua beranak ini yang cantik menutup aurat.
Meskipun Ariannha Amora Lemos baharu mencecah berusia 12 tahun, namun Amora tampak begitu manis menutup aurat dengan sempurna. Bahkan, sekali imbas, Amora dilihat lebih tinggi daripada ibunya. Amora kini mewarisi bakat dalam bidang nyanyian seperti ibunya apabila kini bergelar penyanyi remaja di Indonesia.
Pelakon terkenal, Fasha Sandha tak pernah malu pernah bergelar janda. Malah berbangga dengan gelaran tersebut yang disandangnya selama beberapa tahun sebelum bertemu jodoh dengan, aktor Aidil Aziz.
Sebab dalam hidup ini bukan semata untuk ‘please orang lain’. Sebaliknya, wanita lah sendiri kena jadi kuat mental dan fizikal. Pengalaman mematangkan Fasha untuk menjadi isteri dan ibu terbaik untuk suami dan anak-anak.
Ketika berkongsi gambar kenangan tahun 2015, sewaktu pertama kali menjalani kehidupan solo bersama anak-anak, ini yang Fasha titipkan,
Gambar kenangan pada 4 Dec 2015, Hari pertama kami hidup bertiga Ramai kata, Fasha,wanita besi.
Eh, sejujurnya not all the time jadi besi. .there are times jadi besi karat juga (tapi tak suka tunjuk)
Dalam dunia ni, akan ada haters dan ada juga ramai lovers. Haters will hate, no matter what. Setiap kebaikan yang kita buat, akan tetap ada silap dimata haters, tapi peduli apa kan,… teruskan buat apa yang kita suka.
Tak semua orang suka kita happy,
Ada juga yang rasa gembira dan suka bila kita down. Jadi jangan tunjuk kita lemah. Walaupun adakalanya kita lemah.
Ada juga orang kata, eh artis ni suka bercerai berai ke. Eh hellloooo, bukan artis je bercerai berai, orang bukan artis lagi banyak bercerai berai cuma tak masuk paper je, sebab orang tak peduli. Artis juga selalu akan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan, tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir. Sekurang-kurang nya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan.
Lebik Baik Single Daripada Bersama Orang Yang Salah
Being Single Is Better Than Being With the Wrong Person. I was a Janda before and i’m so PROUD with that title. Sebab apa?
Sebab I janda yang berkerjaya, cari duit untuk family, tak meraih simpati dan kuat. Takde apa nak malu pun dengan title ‘Janda’ tu… Now Allah bagi peluang kedua untuk menerima pasangan baru. Ini pun PINJAMAN juga daripada Allah, cuma apa yang i buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat atau #tilljannah.. Insyaallah.
Jadi perempuan ni kena la kuat, Supaya takde orang boleh tindas kita.
Pentingnya Ada Simpanan Dalam Bank
Yang penting, kena bekerja dan simpan duit dalam bank. Supaya kita tetap bersedia, itu nasihat I selalu pada my sisters. I am an Aries, sejenis kuat. Ada masa I boleh buat taktau je dan tak layan. Ada masa, perlu lawan, kena lawan. Jangan biarkan orang buli kita selalu, kalau rasa perlu jawab, jawab.
Tak payah nak diam all the time, nanti orang pijak kepala kita. But remember this, ‘Not all forms of abuse leave bruises’ kalau rasa benda tu bodoh untuk dilayan just IGNORE. LIFE IS Too short.
Jangan sedih, bangun dan buktikan, anda Kuat dan berani! yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kepahitan yang terjadi. Sooner or later. Pasti ada. EX iSMC (independent single mom club) Foto : @pinography (berdua bersama anak)
MW : Jadinya, bila diri rasa dibuli mahupun ditindas, bangkitlah cari bantuan. Jangan diam-diam, tau-tau depresi dan akhirnya hilang kawalan. Semoga kalian dipermudahkan segala urusan.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...