Kesan kemoterapi pertama Elyana kongsi penglihatannya semakin hari makin kabur. Ujian demi ujian datang, namun satu perkara yang buat semua orang kagum adalah semangat Elyana.
Bagi pelantun lagu Diri ku Tapak Sulaiman ini dirinya terus berjuang setelah diuji kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun yang lalu.
Seperti mana pesakit kanser lain, setiap kali masuk hospital, pasti beberapa proses atau rutin perlu dilalui dan penyanyi ini turut berkongsi di akaun instagramnya.
Seperti mana yang dikongsi dua minggu lalu, Elyana dikejarkan ke hospital dan kini sedang menjalani rawatan kemoterapi.
Kesan Kemoterapi Pertama “Penglihatan Semakin Hari Makin Kabur”
Luah isteri kepada Khairul Anuar Hussin, keadaan kesihatannya selepas menjalani sesi pertama rawatan kemoterapi minggu lalu, dia mengalami rabun yang semakin teruk.
“Selepas menjalani kemoterapi pertama, badan saya memang agak lemah. Perut pula rasa agak keras dan itu sedikit sebanyak mengganggu pernafasan.
“Paling saya rasakan adalah mata saya semakin kabur dan itu menyebabkan saya sakit kepala.
“Kadang-kadang, tengok telefon pun boleh pening. Untuk sel kanser itu mengecut atau tidak, saya belum dapat apa-apa maklumat daripada doktor memandangkan ini baru sesi pertama,” katanya.
Malah dalam perkongsian terbaru di Instagram Elyana turut memberitahu penglihatannya semakin kabur.
Ads
“Penglihatan semakin hari makin kabur. Baru tahu seksanya rabun.
“Masa kecil, nak sangat rabun sebab nak pakai cermin mata. Sanggup tengok TV dekat-dekat,” kongsinya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga berkongsi dia bakal jalani kemoterapi kedua dan dicadangkan doktor menggunakan satu ubat khas.
Menurutnya harga ubat tersebut agak mahal dan mencecah RM50,000 untuk satu rawatan. Tambahnya lagi, ubat itu perlu digunakan untuk lima kali rawatan.
Namun difahamkan seperti mana dilaporkan sebuah portal berita tempatan, Elyana masih berbincang dengan pihak pengeluar ubat berkenaan mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga.
Ads
“Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas,” katanya.
Hargai Diri Sendiri
Seperti mana yang pernah ditembual sebelum ini, Elyana pernah meluahkan pada Mingguan Wanita disebalik ujian sakit sebenarnya ada hikmah yang terselindung.
Bagi Elyana, antara hikmah daripada ujian penyakit kansernya ialah Allah menyedarkan dirinya agar lebih menghargai diri sendiri.
Selama ini, dia merasakan telah menjaga diri dengan baik sekali dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan tetapi sebenarnya dia tidak pernah menjaga perasaannya sendiri.
Ads
Setiap hari, dia alpa menjaga perasaan orang lain daripada menjaga perasaan sendiri. Tetapi setelah diuji sakit, Elyana lebih menjaga perasaan dan juga perasaan orang-orang tersayang.
Manakala, hikmah keduanya pula menjadikan dia lebih kuat dan mendidik dirinya menjadi insan yang lebih bersabar. Elyana lebih selesa mengambil pendekatan take it easy dan insyallah Allah sentiasa ada membantu memudahkan kehidupannya kini.
Bagi anda yang ingin membantu ringankan beban belanja perubatan Elyana bolehlah hulurkan sumbangan seikhlas hati anda. Semoga Allah murahkan rezeki mereka yang sudi menyumbang.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Elyana
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zulin Aziz nikah 20 Februari, tahniah diucapkan buat Zulin Aziz yang baru saja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan.
Selepas dua tahun berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta termasuk sebagai rakan kongsi perniagaan, Zulin Aziz dan Farhan Norzaini mengikat tali pertunangan.
Seperti mana yang dilaporkan, pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan dan telah memilih tarikh 28 Januari selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.
Zulin Aziz Nikah 20 Februari
Pada majlis pertunangan semalam, Zulin turut menerima dua bentuk cincin iaitu merisik dan bertunang daripada tunangnya.
“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci,” luah Zulin.
Merungkai tentang diri tunangannya, Zulin percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai.
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” sambung Zulin.
Farhan pula memberitahu dia memilih Zulin dek kerana wanita ini merupakan seorang yang mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.
“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
“Disitu saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kata Farhan.
Pasangan ini menetapkan untuk berkahwin pada 20 Februari ini. Mereka sepakat memilih 20 Februari 2022 kerana tarikhnya cantik selain tidak mahu bertunang lama-lama dan mempercepatkan benda baik.
Beza nak buat cincau hijau dengan cincau hitam, cincau hitam perlu direbus tapi mudahnya cincau hijau ini cuma ramas-ramas dan sejukkan saja dah boleh dimakan.
Cincau hijau ini dari pokok jenis berkayu atau perdu. Nama saintifik pokok cincau hijau ni Melasthoma polyanthum. Kalau mak-mak nak cuba tanamnya, cucuk saja batangnya dekat tanah.
Cara buat cincau hijau ini dikongsikan oleh Jusery Jausin. Jika mak-mak jumpa pokok cincau hijau ini, haa.. jangan pula dibuang daunnya. Besar manfaatnya sebab cincau hijau ni kaya khasiat.
Antara manfaatnya adalah agen antioksida semula jadi, boleh membantu mengatasi masalah keracunan makanan laut, penawar darah tinggi, mencegah asteoporosis dan mengatasi masalah cirit birit.
Cara Buat Cincau Hijau Dari Pokok Cincau Hijau Jenis Perdu
Sediakan 30 helai daun cincau hijau perdu.
Cuci bersih depan belakang pada daun takut ada bendasing yang tidak diingini.
Toskan daun-daun tersebut. Buang tangkai daun agar cincau kurang hanyir/langu.
Carik -carikkan daun tersebut menjadi cebisan-cabisan kecil dalam bekas.
Tuang air masak 50 ml ke dalam daun yang dicarik-carikkan tadi. Mula lah meramas daun untuk keluarkan patinya. Pati agak likat. Tambah air jika perlu.
Tapis cecair cincau tersebut dengan menuang segala cincau ke dalam penapis, tekan atau ramas untuk keluarkan patinya pada bekas yang baharu. Kemudian masukkan daun-daun itu ke dalam bekas yang pertama semula dan tuang air untuk proses meramas kali kedua. Ulang hingga 3 kali atau 4 kali sehingga pati cincau telah berjaya dikeluarkan.
Sejukkan pati cincau dan apabila dah mengeras. Bolehlah dimakan ikut resepi yang disukai. Saya makan gitu je dengan menambah coklet, air limau, susu cair dan sedikit gula. Jemput makan.
Sila guna air yang sedikit atau sesuai dengan sukatan agar cincau anda tidak lembik ketika disejukkan. Dibenarkan share tak perlu minta izin.. Moga bermanfaat.
Setiap orang ada cerita Ramadan kali ini yang berbeza. Kerana, tahun new normal ini rakyat Malaysia perlu duduk rumah sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Yang sihat duduk di rumah, yang yang terkesan sakit Covid-19, duduk di wad isolasi Covid-19.
Pelakon Ashraf Muslim yang disahkan positif Covid-19, sejak 12 April lalu masih lagi menjalani rutin kuarantin di wad hospital. Sehingga menjelang 1 Ramadan, masih lagi dirawat di situ.
Suasananya tentu berbeza. Tidak sama seperti orang lain yang dapat berkumpul, bertarawih di rumah bersama anak-anak dan isteri, malah bangun pagi untuk menunaikan ibadah sahur bersama-sama.
Kata Ashraf, Ramadan kali ini adalah malam paling bersejarah dalam hidupnya. Tarawihnya di dalam wad hospital. Kerinduannya pada keluarga buatkan hatinya menangis hiba.
Ramadan Kali Ini.. Ashraf Muslim
Kongsi Ashraf sebelum 1 Ramadan lalu,
Ramadan kali ini.
Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM. Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dari mama dan ibu nih… Ni lah nak cerita sikit. Lepas solat terawikh kul 10.30 malam tadi.. AM nk makan malam yerlah tengah laparlah kan sebba tak makan petang td.
So.. tengah makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tengok message. So bila buka jer dapat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir.. Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat macam ni.. dah lah ayah kat wad.
Makan pun tak habis terus basuh tangan… waaa! Mama ibu dan anak-anak.. Sabar yer.. tunggu ayah sikit lagi.. insyaAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u!. @ashrafslegacy
Dalam statusnya yang lain pula, Ashraf sempat berkongsi tentang hadis nabi mengenai ujian Allah dan wabak.
“Khususnya dengan wabak yang kita lalui sekarang iaitu virus COVID-19.
Sayyidina Anas berkata Rasullullah saw bersabda “Sesungguhnya besar ganjaran itu bergantung kepada besarnya ujian. Apabila Allah swt mencintai sesuatu kaum maka DIA akan menguji mereka. Sesiapa yang redha atas ujian itu maka baginya keredhaan Allah swt sementara sesiapa yang marah atas ujian itu maka baginya kemurkaan Allah SWT.” (Tirmizi)
Ujian perpisahan sementara ini sesungguhnya begitu menguji siapa pun ketika ini. Mereka yang berpeluang berkumpul dengan ahli keluarga, nikmatilah momen new normal ini dengan penuh kesyukuran.
Kerana nikmat #SyukurBersama ini tak selalu kita peroleh. Sebenarnya tuhan sedang memperlihatkan rahmat dan kasih sayangnya.
Teruslah patuh dengan saranan kerajaan duduk di rumah, dan semoga Malaysia menang dalam perjuangan yang cukup menguji ini.
MW : Mendoakan agar Ashraf Muslim segera sembuh dan bebas daripada Covid-19. Dan dapat bertemu kembali dengan ahli keluarga menikmati ibadah berpuasa bersama-sama.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.