Kes Zara Qairina: Didakwa ejek adik ‘Kak M’ sebelum ayat ‘ kalau aku Touch, kau berdarah’ muncul – warden. Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar memberitahu Mahkamah Koroner pada Khamis bahawa pada awalnya pihak sekolah tidak mengetahui mengenai ayat ‘kalau aku touch-touch, kau berdarah’ yang didakwa disebut oleh ‘Kak M’ terhadap Zara Qairina Mahathir.
Kes Zara Qairina: Didakwa Ejek Adik ‘Kak M’ Sebelum Ayat ‘Kalau Aku Touch, Kau Berdarah’ Muncul – Warden
Azhari Abd Sagap, 31, berkata, pihaknya hanya mengetahui perkara itu selepas audio perbualan Zara Qairina dan ibunya Noraidah Lamat tular di media sosial selepas insiden 16 Julai lepas.
“Pihak sekolah kemudian membuat siasatan berhubung perkara itu. Bukti-bukti berkaitan isu itu diserahkan kepada polis. Kami juga membawa pelajar yang dikenali sebagai ‘Kak M’ dan semua pelajar yang disebutkan dalam audio itu untuk diambil keterangan polis,” katanya.
Saksi kelapan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina itu turut mendedahkan bahawa hasil siasatan pihak sekolah mendapati cerita berhubung ‘kalau aku touch-touch, kau berdarah’ sebenarnya berlaku pada Mei lepas.
“Hasil siasatan mendapati ‘Kak M’ didakwa menyebut sedemikian, susulan adiknya yang belajar di Tingkatan Dua telah diejek oleh Zara Qairina dan rakannya.
“Pelajar itu (Kak M) pada ketika itu berada dalam emosi tidak stabil susulan biliknya semak dan kotor,” katanya ketika menjawab soalan peguam Abdul Fikry Jaafar yang mewakili kanak-kanak didakwa terlibat dalam kes buli Zara Qairina.
Saksi juga berkata insiden ejekan terhadap adik ‘Kak M’ berlaku secara bertulis apabila Zara Qairina dan rakannya meninggalkan nota “Dia seorang yang sok orku, sengaja takutkan Form 1 (Tingkatan Satu), padahal baru juga junior.”
Ads
“Nama panggilan adik ‘Kak M’ juga disebut dalam bukti yang telah kami serahkan kepada pihak polis,” katanya.
Azhari menjelaskan bahawa istilah ‘sok sok’ bermaksud berpura-pura menjadi sesuatu manakala ‘orku’ merupakan singkatan kepada perkataan ‘orang kuat’.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung esok.
Ads
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lepas.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada kira-kira 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis.
Sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
Ibu bapa mula fikir homeschooling kerana silibus ala “Harvard University”, bekas guru kurang setuju idea ini.
Standart silibus mata pelajaran yang terlampau tinggi baik di sekolah rendah mahu pun menengah sering kali menjadi “jenaka” dan perbualan ibu bapa.
Boleh dikatakan rata-rata ibu bapa mengakui tidak mampu mengajar anak membuat kerja sekolah dan perlu menonton di YouTube bagi memahami subjek tersebut sebelum membantu anak membuat kerja sekolah terutama di peringkat sekolah rendah.
Tak hairanlah, ramai ibu bapa mula terfikir konsep homeschooling kerana rata-ratanya melihat tiada perubahan terjadi biarpun isu silibus sudah didendangkan sejak dulu lagi.
Isu homeschooling yang mula difikirkan oleh ibu bapa ini menarik perhatian bekas guru, Cikgu Mohd Fadli yang memelihat murid akan kehilangan momen-momen tertentu dalam kehidupan mereka jika homeschooling berlaku.
Terbaca ratusan komen kat post ini. Rata-rata beri pandangan nak hentikan sekolah dan homeschooling sahaja.
Antara alasan utama ada silibus yang terlampau tinggi selain faktor-faktor lain.
Kata mereka, kat rumah pun anak boleh pandai dan berjaya. Dan lebih terjamin keselamatan diri, emosi juga.
Begini kawan-kawan. Dari satu sudut, betul sangat homeschooling ni buatkan anak kita selamat dari dibuli, emosi terjaga, ada masa yang fleksibal, silibus kita boleh ajar ikut suka kita.
Tapi…
Banyak pengalaman dan ilmu anak kita tak dapat bila homeschooling anak-anak.
Jangan anggap ilmu itu cuma di dalam kelas. Ilmu pergaulan dengan kawan, kepimpinan, persaingan dalam sukan, dalam pelajaran, dalam pertandingan.
Pengalaman berkhemah. Pengalaman membeli di kantin. Pengalaman menggunakan tandas awam (tandas sekolah), pengalaman berhubung dengan guru, pengalaman menyantuni pelawat sekolah, pengalaman naik pentas terima hadiah, berucap, buat persembahan dan terima riuhnya tepukan.
Berjuta ilmu tentang kehidupan anak-anak dapat belajar di sekolah, yang mana takkan dapat di rumah.
Benar kita kasih pada anak. Kalau boleh kita tak mau seekor nyamuk pun hinggap.
Tapi kita tak selamanya akan ada untuk mereka.
Mereka perlu membesar, perlu berdikari, perlu belajar hidup sendiri tanpa naungan dan perlindungan dari kita.
Bagaimana mereka handle saat kena reject, bagaimana mereka handle emosi saat marah, saat dimalukan, bagaimana mereka handle perasaan kecewa awek dirampas kawan baik sendiri.
Belum cerita di sekolah lah tempat mereka kenal siapa kawan, siapa sahabat. Siapa kedekut, siapa bakhil, siapa murah hati. Mereka belajar tentang empati melihat kawan yang lebih susah, yang ibu ayah dah meninggal dunia.
Mereka belajar berkongsi makanan, berkongsi pensel dan pemadam. Semua ini tiada di rumah. Tiada.
Jangan hanya kerana kita kecewa dengan silibus yang terlampau tinggi itu kita mengenepikan ilmu dan pelajaran lain yang bakal anak kita dapat melalui pengalaman bersekolah. Begitulah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kami doakan Puteri Aishah cepat sembuh ya. Semalam khabarnya, pelakon Puteri Aishah telah dikejarkan ke hospital apabila mengalami kecederaan serius pada bahagian jari kelingking kiri.
Puteri Aishah Mahu Potong Buah
Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika pelakon itu sedang memotong buah dan tanpa sengaja terhiris jari kelingkingnya sehingga terkoyak.
Perkhabaran tersebut dikongsi pengurusnya, Iman Tang menerusi Instagram miliknya.
“Mungkin disebabkan buah terlalu keras dan pisau pula licin, lantas menghiris jari kelingking sebelah kiri hingga terkoyak dan mengalirkan banyak darah.
Mujur Puteri Aishah Ditemani Teman
“Mujur ketika itu Puteri ditemani seorang teman dan segera membawanya ke sebuah pusat perubatan swasta untuk mendapatkan rawatan akibat pendarahan yang begitu teruk,” luah Iman sebagaimana dilaporkan.
Serius! Nama apam comel ini memang Apam Manja. Mungkin cara pembuatannya yang memerlukan sedikit-sedikit manja membuatkan namanya jadi macam tu. Atau mungkin sebab bentuknya yang comel, gebu manja gitew.. Macam-macamkan nama makanan Malaysia ni. Itulah yang buatkan negara kita kaya dengan makanan yang enak dan pelbagai. Tak gitew?
Resepi Apam Manja Gebu ini dikongsikan oleh Puan Nurul Shahida Mamat. Stepnya pun taklah sesukar mana. Ada bantuan video bagi memudahkan pemahaman suri-suri sekalian. Boleh juga dinikmati masa bersarapan pagi atau minum petang.
?KUIH APAM MANJA GEBUS?
Bahan-bahan Untuk Kulit
2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur
2/4 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan air
2 sudu besar marjerin cair
2 cubit garam
Cara Membuat
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.
Bahan-bahan Untuk Inti
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar kastard
1 cawan gula
3 cawan air
1 sudu teh pewarna kuning
Sedikit esen vanilla
Cara Membuat Inti
1. satukan semua bahan tapis dan masak sehingga likat dan berkilat.
2. Kemudian, sudukan di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah & lipat, picit dan angkat.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.