Kes Suami Kelar Leher Isteri, Bakar Kenderaan Mentua, Penganggur Layak Dibicara. Seorang penganggur berusia 32 tahun, Mohamad Khairul Azmi Ithnin, yang berdepan tuduhan membunuh isterinya dengan mengelar leher mangsa selain membakar sembilan kenderaan milik keluarga mentua pada Jun lalu, disahkan mampu dibicarakan untuk kedua-dua pertuduhan.
Kes Suami Kelar Leher Isteri, Bakar Kenderaan Mentua, Penganggur Layak Dibicara
Perkara itu dimaklumkan pihak pendakwaan kepada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Tangkak hari ini selepas menerima laporan psikiatri daripada Hospital Permai, Johor Bahru semalam.
Menurut laporan berkenaan, tertuduh layak untuk menghadapi perbicaraan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan serta boleh membuat pengakuan.
Terdahulu, Mohamad Khairul dibawa ke Mahkamah Majistret bagi sebutan kes pembunuhan isterinya, Iecah Junus, 34, yang berlaku di sebuah rumah di No 18, Jalan Cahaya, Taman Cahaya, Serom antara jam 3.30 hingga 5.30 petang, 2 Jun lalu.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 6 Oktober depan untuk sebutan semula kes berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Sapian memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan forensik.
Ads
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh yang sebelum ini mengaku bersalah terhadap enam daripada sembilan pertuduhan khianat, menukar pengakuan kepada tidak bersalah bagi pertuduhan membakar kenderaan milik arwah isterinya serta abang ipar.
Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada seorang anak hasil perkahwinan pertama itu didakwa melakukan perbuatan khianat dengan membakar sembilan kenderaan termasuk pacuan empat roda, motosikal, sebuah SUV dan sebuah kereta di tiga lokasi iaitu Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong serta Kebun Durian Kampung Teratai 2, Sagil, antara jam 4.36 hingga 6.46 pagi pada 3 Jun lalu.
Bagi kesemua pertuduhan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes di Mahkamah Sesyen dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan 2 Oktober untuk proses serahan dokumen serta lantikan peguam bela.
Ads
Sebelum ini, pada 10 Jun lalu, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan agar tertuduh dirujuk ke Hospital Permai bagi menjalani pemeriksaan psikiatri selaras dengan Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.
Elfira Loy kongsi pengalaman diserang penyakit ain. Pelakon yang juga ibu kepada dua cahaya mata, Elfira Loy menyifatkan penyakit ain bukan mitos, sebaliknya berpunca daripada hasad dengki atau pandangan mata iri terhadap kebahagiaan orang lain, dan boleh menyebabkan penyakit “seram” yang sukar dipulihkan jika tidak dirawat segera.
Perkongsian tersebut dihuraikan menerusi sebuah audio siar. Dek kerana sebelum ini terlalu berkongsi kebahagiaan keluarga di dalam media sosial, Elfira menyatakan dirinya pernah diserang penyakit ain hinggakan terjejas kejidupannya dan hubungan bersama suami.
Jika sebelum ini sukar mempercayai penyakit tersebut namun kini dia semakin berhati-hati.
“Penyakit seram yang paling saya takut adalah penyakit ain. Orang tu tak buat apa-apa pun, tapi bila ada cemburu mendalam, kita boleh jatuh sakit,” jelas Elfira.
Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu juga yakin Allah sentiasa melindungi umatnya.
“Dulu saya tak terlalu percaya. Bukan tak percaya langsung, cuma saya yakin Allah sentiasa melindungi. Lagipun niat saya bukan untuk menunjuk.
“Tapi bila ada seseorang yang cemburu akan kita, kita boleh kena penyakit ain. Itu lebih seram sebab tak ada cara untuk ubati,” sambung Elfira.
Emosi Tidak Stabil
Menerangkan lanjut mengenai kesan pada dirinya, Elfira mengatakan emosinya menjadi tidak stabil.
“Saya jadi malas, lemah, cepat marah dan hubungan dengan suami pun jadi tak seronok.
“Tapi bila saya mula sakit, saya terus cari orang yang betul untuk rawat. Jangan biar berlarutan,” katanya.
Lebih Berhati-Hati
Elfira kini semakin berhati-hati dalam berkongsi kisah keluarganya.
“Saya cuba elakkan kongsi cerita secara berlebihan.
“Semua rezeki ni datang daripada Allah, bukan sebab kita hebat. Jadi saya kembalikan semuanya kepada Dia,” cerita Elfira.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sejuk perut ibu melahirkan bila mana anak terus berbakti pada ibu walau sudah berjaya dan kaya. Begitulah ikon fesyen termasyhur Wak Doyok yang dari mula menceburi bidang penuh glamor ini tak sesekali tersasar niatnya. Dari mula sampailah hari ini tetap diniatkan mahu gembirakan hati ibunya. Semua demi ibu.
Atas kemasan niat yang sebegitu, maka Allah permudahkan rezeki Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor pada hari ini, apabila dia dapat gembirakan hati ibu dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo yang dibuat khas untuk ibunya yang berusia 76 tahun.
“Alhamdulillah, saya bersyukur yang teramat sangat kepada Allah. Hari ini saya dapat senyumkan, ketawakan, gembirakan ibu saya yang selama ini menjaga saya membesarkan saya. Memberi pendidikan akhlak yang baik untuk menjadikan saya insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa saya.
“Tiada yang berharga dalam hidup saya ia adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa membalas jasa meraka. Saya bekerja siang dan malam mencari rezeki selama beberapa tahun saya usahakan dengan mengunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupun dicaci dihina dimaki disosial media.”
Menurut Wak Doyok lagi, matlamatnya adalah untuk keluarganya. “Selagi ibu saya masih ada selagi itulah saya terus menjaga dia. Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah hadiah saya berupa sebuah rumah banglo yang saya buat khas untuk ibu saya yang berusia 76 tahun.s Dapatlah saya beri sedikit keselesaan untuknya menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru ini.”
Dulu Wak Doyok Sangat Susah
Tuan-tuan mesti tahu yang saya dulu adalah orang yang sangat susah sekali rumah buruk retak seribu anai-anai berkampung di situ. Betapa peritnya saya lalui liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang ini.
“Saya berjaya bukan saya menipu orang atau menjatuhkan orang lain. Saya berjaya atas berkat doa kedua ibu bapa saya selama ini tak putus-putus berdoa agar anaknya berjaya. Bukan untuk kaya raya tetapi sekadar hidup selase di samping ibu dan bapa tercinta. Insyallah.”
“Tahun ini saya bersyukur yang teramat sangat saya dapat usahakan ibu saya pergi ke baitullah hil haram. Insyallah kalau tak ada apa-apa halangan sampai lah dia bertemu sebagai tetamu Allah.”
Akhir kata apa yang saya kerjakan selama ini adalah untuk ibu saya bukan kerana kekasih hati teman wanita saya.
Itu semua boleh dicari tak hari ni tak lusa. Tetapi ibu hanya satu dalam sejuta. Sayangi lah ibu kita kerana dia adalah kunci segala rezeki dalam dunia ini. Dialah amanah Allah untuk kita menjaga sehingga hembusan nafaz terakhir.
Sungguh mengejutkan dengan video tular akan tindakan seorang ibu murid yang merakam seorang guru perempuan atau ustazah diarah merangkak di dalam kelas.
Tindakan ibu itu telah memalukan ustazah ini, sbenarnya secara tak langsung turut menjatuhkan imej dan maruah institusi perguruan yang dipandang hormat di kalangan ibu bapa di negara ini. Meletakkan maruah guru sebegitu sekali, membuatkan tindakan ibu murid itu tersangatlah biadap.
Pesan Ustaz Farid Rashidi ini agar guru terbabit segera membuat laporan kepada pihak berwajib, dan jangan tunduk dan biar maruah dipijak-pijak
Rakaman Ustazah Diarah Merangkak Oleh Seorang Ibu Murid
Sungguh biadap!
Tadi saya tertengok satu rakaman guru perempuan/ustazah diarah merangkak oleh seorang ibu murid.
Bukan saja dimalukan di depan anak murid sendiri, bahkan dirakam dan tersebar pula. Geram aih!
Mengaibkan dan menjatuhkan maruah seorang guru bukan perkara ringan tuan-tuan dan puan-puan.
Bila guru yang besar jasa memberikan ilmu dunia akhirat dihinakan sebegitu, tak ada apa lagi yang tinggal. Tak ada. Hilang sudah keberkatan ilmu.
Jangan Tanya Kenapa Anak-anak Jadi Degil, Kurang Ajar
Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:
“Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya.”
[Riwayat At-Thabrani]
Tak usah ditanya kenapa anak-anak jadi degil, jadi kurang ajar.
Mohon sangat-sangat guru tersebut segera buat laporan kepada pihak berwajib. Jangan tunduk dan biar maruah dipijak-pijak.
Kalau benar guru itu bersalah sekalipun, itu bukan cara penyelesaiannya. Please jadi matang dan cerdik.
MW : Jika mak ayah pun hilang perasaan hormat pada guru, apa lagi yang tinggal untuk anak-anak tuan puan pelajari dalam soal adab dan akhlak.
Ibu kepada Allahyarham Mohd Fuad Fahmie berkongsi kesedihan apabila arwah yang maut ditembak di Sungai Golok tidak sempat menimang cahaya mata sulung yang dijangka lahir pada hari kelahirannya.