Polis Kedah menafikan dakwaan bahawa insiden melibatkan empat remaja dan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di daerah Baling merupakan kes rogol berkumpulan.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut sebenarnya melibatkan hubungan seksual bawah umur yang berlaku secara berasingan dan bukan serentak.

Penjelasan Polis Tentang Kes Remaja Di Baling

“Kejadian berlaku pada waktu petang ketika tiada sesi pembelajaran dan tiada orang lain berada di dalam kelas. Mangsa dipercayai melakukan perbuatan itu dengan empat suspek secara berasingan dan salah seorangnya adalah teman lelaki mangsa,” katanya pada Khamis.

Beliau menjelaskan, siasatan menunjukkan perbuatan itu dilakukan di beberapa lokasi berbeza termasuk dalam kelas dan di ladang kelapa sawit.

Tiada Bukti Video Seksual Ditemui

Telefon bimbit milik kesemua suspek telah dirampas untuk siasatan lanjut, namun polis tidak menemui sebarang rakaman video berunsur seksual.

“Siasatan awal hanya terdapat kandungan video yang menunjukkan perbuatan tidak bermoral membabitkan mangsa,” jelasnya.

Ads
Kes Remaja Di Baling Bukan Rogol Berkumpulan – Polis Kedah
Datuk Adzli Abu Shah.

Klasifikasi Undang-Undang dan Siasatan Kes Remaja Di Baling

Tambah Adzli, walaupun kejadian itu dipercayai berlaku atas dasar suka sama suka, mangsa tetap dikategorikan sebagai bawah umur dan tidak mempunyai keupayaan untuk memahami implikasi perbuatannya.

“Walaupun perbuatan itu dilakukan atas dasar suka sama suka, mangsa masih di bawah umur dan tidak boleh dianggap cukup matang untuk memahami akibatnya. Oleh itu, ia tetap diklasifikasikan sebagai rogol bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan,” katanya.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melibatkan penyebaran bahan lucah individu bawah umur.

Maklumat Tentang Suspek dan Tindakan Lanjutan

Menurut beliau, salah seorang suspek merupakan bekas pelajar yang telah dibuang sekolah, manakala tiga lagi masih bersekolah di institusi yang sama.

Ads

“Hasil siasatan juga mendapati tiada unsur jual beli video terbabit, sebaliknya ia hanya dikongsi dalam kalangan suspek dan mangsa sendiri,” katanya.

Kes Remaja Di Baling Bukan Rogol Berkumpulan – Polis Kedah
Gambar sekadar hiasan.

Seruan Polis Kedah Kepada Masyarakat

Dalam masa sama, Adzli menyeru agar semua pihak termasuk pihak sekolah, ibu bapa serta masyarakat memainkan peranan aktif dalam menangani masalah sosial melibatkan remaja.

“Polis menyeru semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan masyarakat agar lebih peka dan bekerjasama dalam menangani isu sosial seperti ini. Tindakan pantas guru disiplin yang memaklumkan kepada ibu mangsa sangat membantu mempercepatkan proses siasatan dan tangkapan,” katanya.

Ads

Latar Belakang Kes Remaja Di Baling

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan empat remaja termasuk tiga pelajar sekolah di Baling telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyebaran bahan lucah yang tular di media sosial.

Sumber: Sinar Harian

Artikel lain: Lagi Kes R*gol Berkumpulan Dalam Kelas, Empat Ditahan Termasuk Seorang Bekas Pelajar

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI