Kes Buli Zara Qairina, Wajah Pelajar Didakwa Terlibat Tular Di Media Sosial Walau Tiada Kesahihan

Share

Kes buli Zara Qairina, wajah pelajar didakwa terlibat tular di media sosial walau tiada kesahihan. Kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, 13 yang dikatakan terjatuh dari asrama sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu bukan saja menarik perhatian ramai namun gelombangnya sampai ke peringkat antarabangsa apabila akhbar South China Morning Post berpengkalan di Hong Kong turut menyiarkan kisah tragedi menimpa arwah.

Terkini, wajah pelajar yang didakwa terkait dengan kematian arwah didedahkan di media sosial walau tiada bukti kesahihahnya dan ia dikongsikan orang ramai tanpa sedar perbuatan ini jelas menyalahi etika perundangan.

Ini termasuklah nama-nama yang disebut dalam keterengan sebelum ini seperti Kak Wana, Kak M, Dedeng dan lain-lain lagi  sekaligus membuatkan netizen meluahkan rasa marah terhadap pelajar ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pakaian Dan Barang Peribadi Allahyarham Zara Qairina Belum Lagi Diambil Polis Untuk Siasatan – Peguam

Kes Buli Zara Qairina, Siasatan Akhir Polis Terhadap 60 Saksi Tak Menolak Wujudnya Unsur Tersebut

Keluarga Zara Qairina Tuntut Inkues, Tolak Dakwaan Bunuh Diri

Bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha Nafi Terbabit Tragedi Zara Qairina- “Saya Sudah Bersara Ketika Insiden Berlaku”

Kubur Allahyarham Zara Qairina Perlu Digali Semula Bagi Tujuan Bedah Siasat – Peguam

Setakat ini tiada isu sahih penglibatan pelajar gambar didedahkan namun ia tetap mendatangkan kemarahan orang ramai yang mahu satu siasatan secara telus dilakukan terhadap nama-nama disebut.

Di sebalik gelombang orang ramai yang mahukan ketelusan dalam isu buli ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memaklumkan, kertas siasatan sudah Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, ibu kepada arwah Zara Qairina, Noraidah Lamat, 45 telah membuat satu lagi laporan polis di Balai Polis Sipitang, Sabah dua hari lalu selepas teringat kesan lebam pada belakang badan anaknya ketika memandikan arwah Zara 17 Julai lalu.

Bagi ketelusan dan keadilan buat anak tunggalnya ini, pihak keluarga sudah melantik dua orang peguam bagi kes ini.

Dalam satu kenyataan baru ini, pasukan guaman yang mewakili keluarga Zara Qairina Mahathir mendakwa polis tidak mengambil pakaian dan barang peribadi dipakai mangsa ketika ditemui meninggal dunia di bawah bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu.

Peguam, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri melalui kenyataan bersama hari ini berkata, semua pakaian dan barang milik Zara sudah diserahkan oleh pihak hospital kepada ibu mangsa pada hari kejadian dan kini berada dalam jagaan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik keluarga.

“Kami sangat terkejut dengan perkara di atas kerana sepanjang pengalaman kami melakukan kes-kes perbicaraan jenayah di mahkamah, polis akan merampas semua item yang dipakai oleh seorang mangsa yang disyaki mati akibat apa-apa tindakan jenayah bagi tujuan siasatan,” katanya.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros