Keropok Lekor TanpaTepung Sagu, Hanya Guna Isi Ikan, Gandum Dan Tepung Ubi

Share

Keropok lekor antara makanan paling dicari jika ke negeri Terengganu. Kata orang, macam tak lengkap kalau ke negeri itu tapi tak makan keropok lekor. Tak kira sama ada yang direbus atau yang digoren. Memang sedap.

Tapi dalam tempoh PKPB sekarang ini, nak bercuti ke sana pun risau juga kan. Jangan risau, kalaqu rindu sangat nak makan keropok lekor, boleh cuba buat sendiri. Tapi kadangkala tengok bahan di dapur tak cukup. Terpaksalah gunalah bahan yang sedia ada saja.

Rudiza Zakaria (https://www.facebook.com/rudiza.zakaria) yang memang anak jati Terengganu telah berkongsi cubaan pertamanya membuat keropok lekor tanpa guna tepung sagu. Nasib baik menjadi katanya. Malah tak susah rupanya nak buat, janji ada keinginan dan tak takut mencuba…

Bahan-bahan Buat Keropok Lekor:

2kg ikan selayang/sardin – ambil isi sahaja
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Garam dan sedikit serbuk perasa

Cara Memasak:

  1. Kisar isi ikan tadi bersama dengan sedikit saja air (agak-agak boleh kisar). Ketepikan.
  2. Dalam satu mangkuk lain, satukan tepung ubi dan tepung gandum. Tambah sedikit garam dan serbuk perasa. Kemudian tuang isi ikan tadi ke dalam adunan itu dan gaul rata. Tak perlu tambah air.

3. Gaul dan uli sampai jadi doh seperti di dalam gambar di atas.

4. Cubit sedikit doh dan mula gentel. Letakkan sikit tepung ubi untuk elakkan doh melekat pada tangan ketika mengentel. Sambil tu, boleh rebus air dulu dalam kuali besar atau periuk.

5.Setelah air mendidih, masukkan keropok yang dah digentel tadi dan masak hingga keropok itu terapung naik, maknanya dah masak elok.

6. Toskan dan sejukkan sebelum dipotong. Jika suka, boleh dimakan sebaik selepas direbus. Atau selepas itu, digoreng. Anda juga boleh terus goreng selepas digentel tanpa perlu rebus dahulu. Terpulang pada selera. Selamat mencuba!

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

IKLAN