Inspirasi

Kerja Keras Demi Anak, Ibu Ini Berjaya Jadikan Lamine Yamal Bintang Bola Sepak Dunia

Share
Ini kisah ibu yang berjaya membesarkan anaknya. Ramai kenal Lamine Yamal sebagai ‘wonderkid’ Barcelona, tapi tak ramai tahu kisah wanita hebat di sebalik kejayaan luar biasa bintang muda ini.

Kerja Keras Demi Anak

Kenalkan Sheila Ebana, ibu tunggal yang pernah bergelut sara hidup sebagai pelayan McDonald’s di Mataró masa umur baru 21 tahun.
Demi pastikan si anak tak terlepas satu pun sesi latihan bola dekat CF La Torreta, dia sanggup berhijrah dan berpindah ke Granollers.
Hari-hari rutin Sheila cuma hantar, tunggu, dan tengok Lamine beraksi di tepi padang tanpa tahu itu sebenarnya permulaan satu magis.

Ibu Ini Berjaya Jadikan Lamine Yamal Bintang Bola Sepak Dunia

Segala lelah dan air mata akhirnya berbaloi besar bila Lamine kini sah jadi sebutan dunia bersama kelab gergasi serta pasukannya.
Menariknya, si ibu sekarang pun dah ada aura tersendiri apabila meraih jutaan pengikut setia di platform TikTok dan Instagram.
Baru-baru ini Lamine sendiri buat luahan emosi berterima kasih sebab ibunya berjaya beri masa kecil yang sangat bahagia.
Sebuah realiti kehidupan penuh ranjau yang berakhir dengan trofi kebanggaan, bukti kasih seorang ibu memang tiada tandingan.
Untuk rekod, ibu Yamal, Sheila Ebana, telah berpisah dengan suaminya Mounir Nasraoui sejak 2010. Namun Sheila kini sudah berkahwin semula dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Keyne.
Gambar: Sheila Ebana
Published by
Nadia Mohamad