
Ada hikmahnya bermula tahun 2020, setiap kenderaan diwajibkan memasang kerusi keselamatan (carseat) untuk kegunaan anak. Sebagai mak ayah, kita kena usahakan beli dan gunakan car seat untuk anak-anak bagi mengurangkan risiko tercampak mahupun kecederaan teruk sekiranya berlakunya kemalangan.Kita mungkin boleh berhati-hati tetapi bagaimana kiranya orang lain cuai dan anak kita yang menjadi mangsa?
Duit boleh dikumpul tetapi nyawa anak tiada galang gantinya. Usahakanlah beli dan gunakan carseat demi keselamatan anak-anak kita.
Terkini dilaporkan, seorang bayi berusia 2 tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.

Kereta Bertembung Bayi Tercampak
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.
Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala.Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.
Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.
MW: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga mak ayah mengambil iktibar daripada kemalangan ini. Duit boleh dicari, nyawa anak tiada galang gantinya. Usahakan beli kerusi keselamatan (carseat) untuk kegunaan anak-anak bagi mengurangkan risiko anak tercampak ketika berlakunya kemalangan.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Niat Bersantai Di Lumut Bertukar Tragedi, Anak Cedera Akibat Fiber Glass Di Tempat Awam

Niat bersantai di Lumut bertukar tragedi, anak cedera akibat fiber glass di tempat awam. Keselamatan di tempat awam sering kali dikaitkan dengan aspek kebersihan, keselamatan, struktur yang kukuh dan pencahayaan mencukupi.
Namun, satu kejadian di Lumut Water Front baru-baru ini membuktikan bahawa ancaman boleh datang dalam bentuk yang tidak disangka iaitu fiber glass halus yang hampir tidak kelihatan dengan mata kasar!
Niat Bersantai di Lumut Bertukar Tragedi
Seorang ibu berkongsi pengalaman mengejutkan apabila anaknya, Hani, mengalami kesakitan yang teruk selepas memegang pemegang besi yang berada di kawasan tepi laut. Pada mulanya, dirinya menyangka ia hanyalah reaksi biasa. Mungkin besi penghadang besi tepi laut itu karat atau alahan.
Namun sangkaan mereka meleset kerana selepas diperiksa, mereka mendapati tangan anaknya penuh dengan serpihan fiber glass yang menusuk ke dalam kulit anaknya.

Anak Cedera Akibat Fiber Glass Di Tempat Awam
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Isteri Langgar Pelajar UiTM Alami Halusinasi Lepas Keguguran Anak, Suami Minta Maaf Atas Tragedi

“Nampak harmless je kan. Tapiiii, dah kena tau la. Dan, ada sesiapa tau tak macamana nak buat report? Supaya benda ni dibaiki. Tak adalah kena dekat orang lain,” katanya yang berkongsi keadaan besi pemegang itu yang sudah pecah.
“Walau anak meraung kesakitan tapi kena paksa juga. Dan kami sudah pun sapukan minyak gamat. Alhamdulillah, pagi ini dia cakap dah ok. Sakit sikit saja. Lega hati mama. Terima kasih yang bagi tips-tips,”” kongsinya.
Fiber Glass – Apa Bahayanya?
Fiber glass sering digunakan dalam pembinaan dan industri kerana sifatnya yang ringan dan tahan lama. Namun, apabila terurai menjadi serpihan halus, ia boleh mendatangkan bahaya, terutama jika:
✅ Bersentuhan dengan kulit – Menyebabkan rasa pedih, gatal, dan ketidakselesaan yang berpanjangan.
✅ Masuk ke dalam mata – Boleh mengakibatkan iritasi yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.
✅ Tersebar melalui udara – Jika terhidu dalam jumlah besar, ia boleh merengsakan saluran pernafasan.
Jadi berhati-hati apabila di tempat awam. Sumber :- FB Manjung Setiawan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ada 2 Cara Cuci Sinki Paling Berkesan, Tak Payah Gigih Panggil Tukang Paip Lagi!

Rasanya semua orang pernah alami masalah sinki tersumbat, bukan di rumah sendiri mungkin berlaku di rumah saudara. Kena pula orang yang jenis selalu masuk dapur, mahu tak tersumbat?
Kalau biasanya anda curahkan air panas yang tengah sedang menggelegak ke lubang sinki tetapi kali ini nak kongsi cara lain yang lebih berkesan! Ya, tak payah gigih panggil tukang paip untuk membaikinya, lebih baik jika anda cuba beberapa langkah di bawah terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini. Cara ini bukan sahaja mudah, tetapi juga menjimatkan wang.
CARA PERTAMA:
1. Keluarkan semua air yang bertakung di dalam singki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.
2. Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang singki.
3. Diikuti dengan secawan garam halus.
4. Kemudian, curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.
5. Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut.
6. Setelah segala kekotoran tersumbat itu dapat dihilangkan, anda boleh pam singki mengunakan alat pengepam biasa.
7. Nak lagi bersih, ambil sehiris lemon, kemudian gosok disekitar sinki untuk hapuskan kuman. Lagi best, tinggal bau yang cukup wangi!
CARA KEDUA:
1. Masukkan ½ cawan baking soda kedalam lubang sinki. Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan.
2. Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu kedalam lubang sinki.
3. Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas.
4. Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.
5. Lihatlah hasilnya… jadi ke tak?
6. Sambung langkah dibawah kalau teknik diatas tak berjaya. Itu bermaksud ada kotoran super degil yang melekat di saluran sinki. Jadi kena guna cara yang extreme sikit.
7. Sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor. Tanggalkan perangkap sinki, buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi. Buka paip untuk check jika air masih lagi bertakung di dalam sinki.
8. Jika masih tersumbat, Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki.
9. Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan.
10. Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap!
Haaa… selepas ini tiada alasan lagi nak biar sinki tersumbat macam itu je, tau! Anda dah ada cara ini, sila praktikkan. Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Adik Bongsu Demam Satu Hari Meninggal, Abangnya Pula Positif Influenza A

Dua adik beradik ini, Mohamad Danial, 4 dan Muhammad Dayyan Hazim, 20 bulan mengalami demam serentak. Kongsi bapa mereka, Mohd Esmadi Ibrahim, 36, selepas sehari mengalami demam, anak bongsunya, Hazim meninggal dunia pada 6 Januari lalu.
Manakala anak keduanya, Danial ketika itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta Kuantan yang disahkan positif Influenza A. Sungguh ini dugaan hebat untuk bapa tiga anak ini. Yang mana, dia tak dapat bersama menemani isteri menghadapi saat-saat akhir hayat anak bongsunya.
Sejak anak bongsunya demam, dia tak berpeluang untuk berjumpa malah menjaga anaknya itu. Sejak 1 Januari lalu dia berada di wad menjaga Danial yang juga alami demam teruk.
Sehinggalah pada 2 Januari itu, isterinya Rossilawati Mohamad, 37 menghubungi. Maklumkan yang Hazim demam panas mendadak. Dia juga mengadu sakit dalam perut.
Dia kemudiannya meminta isterinya membawa Hazim ke klinik swasta. Dari pengalamannya sebelum ini, jika pesakit baru demam, pesakit akan disuruh balik. Tidak pula dibuat ujian terperinci termasuk ujian darah.
Bila masa isteri bawa anak ke klinik, Hazim didapati negatif influenza.
Sehari Demam Panas, Tubuh Hazim Jadi Lemah
Isterinya pun pulang ke rumah bersama Hazim dengan bekalan ubat demam dan antibiotik. Rupanya demam panas anak meningkat mendadak sehingga terpaksa diberikan ubat. Malah mengalami sawan dan dikejarkan ke Hospital Jengka. Keadaan Hazim semakin kritikal, sehingga dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.
Waktu itu, Mohd Esmadi dalam perjalanan pulang ke Kuantan. Sebaik sampai ke hospital itu, doktor pakar memaklumkan yang anaknya dalam keadaan kritikal. Dan Hazim meninggalkan mereka sekeluarga pada jam 7.11 pagi.
Jenazahnya dikebumikan di Jengka 18 pada hari yang sama.
Sungguh, ayah ini tak menyangka demam satu hari boleh menyebabkan tubuh anak bongsunya menjadi lemah.
“Walaupun saya dan isteri amat sayangkan Hazim, tetapi kami redha dengan ketentuan kerana Allah lebih sayangkannya.” Maklum bapa ini yang bertugas sebagai Pengurus Felda Jengka 1.
Bapa ini tidak menyalahkan sesiapa. Cuma dia berharap selepas ini pihak hospital tidak terlalu mengikut prosedur. Membuatkan pesakit perlu menunggu hingga 5 hari baru hendak melakukan ujian. Sedangkan sakit teruk.
Artikel berkaitan :Ibu ini kongsi panduan jaga anak terkena demam influenza sehingga sembuh
Anak Kedua Demam, Positif Influenza A
Kata ayah ini lagi, anak keduanya Danial diserang demam panas sejak 31 Disember lalu. Waktu itu, suhunya naik sehingga 39 darjah selsius.
Mulanya dia bawa Danila ke Hospital HOSHAS Temerloh. Bila mana doktor sahkan tiada jangkitan kuman, Danial diminta pulang.
“Walaupun saya memberitahu anak saya sering sakit perut dan demam tak kebah biarpun makan ubat, tetapi doktor mengesahkan tidak dijangkiti kuman.”
“Doktor tetap arahkan anak saya dibawa pulang. Dan minta kami basahkan Danial.” Dia yang bimbangkan keadaan anaknya itu memutuskan untuk merujuk kes anaknya ke klinik swasta.
Di situlah, Danial disahkan positif Influenza A.
“Berbekalkan surat rujukan dari klinik itulah saya bawa anak ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.” Anak keduanya sembuh dan dibenarkan pulang pada 6 Januari lalu. Rupanya itulah hari terakhirnya dapat melihat adik bongsunya.
Bapa ini berasa sedih dengan fasiliti hospital kerajaan yang tak mampu mengesahkan anaknya menghidap Influenza A.
MW : Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Mohd Esmadi. Semoga roh Allahyarham Muhammad Dayyan Hazim di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Mak ayah lain pun kena ekstra jaga-jaga. Lagi-lagi musim Influenza ketika ini makin meningkat jumlah pesakitnya. Semoga kita semua dilindungiNya.
Sumber/Foto : Berita Harian, Facebook
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

