kanser esofagus

Kesihatan merupakan harta yang tidak ternilai.Siapa sangka kerap tersedak dan muntah selepas makan merupakan antara simptom hidap Kanser Esofagus.

Pelakon dan pelawak Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, dimasukkan ke Hospital Sg Buloh sejak Isnin lalu, akibat penyakit Kanser Esofagus. Esofagus merupakan bahagian salur makanan yang terletak diantara tekak dan perut.

Beliau yang masih menerima rawatan di hospital tersebut bagaimanapun akan dibenarkan pulang pada Sabtu ini sebelum perlu ke Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya pada 12 September depan untuk melakukan proses PET-CT Scan.

Tidak Sangka Hidap Kanser

Zaibo mengakui tidak menyangka menghidap penyakit tersebut kerana sebelum ini hanya mempunyai masalah darah tinggi dan kolestrol.Menurut Zaibo, dia diberitahu menghidap kanser apabila melakukan pemeriksaan kesihatan susulan berhadapan masalah tersedak dan muntah selepas makan.

“Alhamdulillah keadaan saya baik-baik sahaja. Sebenarnya sebelum ini saya hanya ada penyakit darah tinggi dan kolesterol tetapi tidak sangka tiba-tiba disahkan menghidap kanser ini pada tahap empat”.

IKLAN

“Menurut doktor, kanser yang menyerang bahagian pencernaan turut merebak ke bahagian lain seperti perut, paru-paru dan tulang rusuk kiri.Sekarang saya masih melalui prosedur ditetapkan dalam rawatan. Walaupun pernah buat prosedur itu di Hospital Batu Pahat, ia perlu dibuat semula di sini”.

Kerap Tersedak & Muntah Selepas Makan, Pelakon Zaibo Tak Sangka Hidap Kanser Esofagos Tahap 4!

IKLAN

Tunggu Keputusan PET-CT Scan

Bagaimanapun, keputusan rawatan seterusnya sama ada beliau perlu menjalani proses kemoterapi atau pembedahan hanya akan diketahui selepas proses PET-CT Scan tersebut selesai.

“Selepas menjalani PET-CT Scan nanti, saya perlu merujuk semula kepada pihak HSB kerana hanya di sini ada pakar kanser esofagus. Selepas itu, barulah mereka yang putuskan apa yang akan berlaku mengikut hasil keputusan tersebut,” katanya.

IKLAN

Pelakon yang cukup dikenali dengan watak Pak Selamat dalam siri Spanar Jaya ini kini menetap di Batu Pahat, Johor, namun telah dirujuk doktor ke Hospital Sg Buloh atas sebab tertentu.

Ramai rakan artis dan media yang datang menziarahi pelakon ini sejak dimasukkan dihospital.

Mingguan Wanita mendoakan agar pelakon ini, terus kuat semangat untuk berjuang melawan kanser tersebut serta dipermudakan segala urusan rawatan dan pemeriksaan.Moga cepat sembuh!

Sumber: Sinar & Kosmo

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI