Mak-mak kalau dah suka dan selesa dengan barang dapur yang diguna hari-hari, rosak macam mana pun tetap nak guna kan!. Katanya sayang nak buang. Selagi masih elok, selagi itulah diguna pakai. Pisau, papan pemotong, senduk, periuk dan sebagainya adalah barang dapur asa yang kerap kita gunakan.

Tanpa kita sedar, barang dapur inilah yang boleh menyebabkan pencemaran silang dan pembiakan bakteria. Jangan sayang nak buang kalau rasa ia sudah tidak elok. Cegah daripada penyakit yang boleh membahayakan keluarga kita.

Perkongsian daripada Dr Aida tentang pencemaran silang dari dapur rumah yang mungkin kita tidak tahu.

Penggunaan Yang Kerap

Nak kongsi sedikit perkara-perkara yang dekat dengan kita, yang mungkin kita tak perasan sebab kekerapan kita menggunakannya.

Cuba lihat gambar blender di bawah. Bagi jenis jug yang boleh dibuka begini, berapa kerap anda buka dan cuci?

IKLAN

Kerap Guna Barang Dapur, Tidak Sedar Itulah Punca Pencemaran & Pembiakan Bakteria

Sesetengah orang tidak tahu pun jika blender yang digunakan sekian lama boleh dibuka dan dibasuh. Di dalamnya ada satu getah bulat yang berfungsi sebagai pengetat dan penebat kebocoran cecair yang diisi di dalam blender tersebut.

Di bawah inilah sisa makanan selalu terperangkap. Sisa makanan ini akan mereput dan akhirnya menjadi tempat pertumbuhan bakteria.

IKLAN

So lepas ni, ibu-ibu, mak-mak, anak-anak dara yang selalu memasak tu boleh check blender masing-masing ok. Bukak dan cuci bersih. Boleh juga direndamkan air panas sebentar untuk menyah kuman.

Papan Pemotong

Yang kedua adalah chopping board. Bagi yang masih gunakan chopping board jenis kayu, perhatikan permukaannya. Pasti dah terhakis, kan? Ia boleh menyebabkan pencemaran fizikal iaitu serpihan kayu masuk ke dalam makanan. Selalu yang saya perhatikan, penjual daging dan ayam di pasar menggunakan chopping board jenis kayu ini.

IKLAN

Kerap Guna Barang Dapur, Tidak Sedar Itulah Punca Pencemaran & Pembiakan Bakteria
Kerap Guna Barang Dapur, Tidak Sedar Itulah Punca Pencemaran & Pembiakan Bakteria
Kerap Guna Barang Dapur, Tidak Sedar Itulah Punca Pencemaran & Pembiakan Bakteria

Saya nasihatkan bertukar kepada jenis chopping board jenis plastik (PE dan HDPE) – yang bewarna putih kebiasaannya (namun kini ada juga chopping board yang menggunakan color coding). Kerana ia kurang risiko pencemaran fizikal tetapi tetap perlu dibersihkan dengan baik bagi mengelakkan ia menjadi pusat pembiakan bakteria.

MW: Jangan lupa mak-mak check semula barang dapur yang digunakan itu masih elok atau tidak. Jangan sayang nak buang yer.

Sumber: DR AIDA AZMI OFFICIAL

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI