Demi rasa cinta yang mendalam pada yang tersayang seseorang sanggup melakukan apa sahaja. Biarpun berpisah jasad di dunia harap dipertemukan lagi nanti. Akibat terlalu sayang, seorang lelaki di Shandong, China sanggup membekukan jasad mendiang isterinya yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru ke dalam sebuah tangki sejuk beku sehingga 50 tahun. Ini kerana beliau percaya bahawa masih ada ‘talian hayat’ buat isterinya untuk dihidupkan semula di masa hadapan.

Tangki Kriogenik

Sebelum kematian isterinya itu, Gui Junmin terfikir mengenai tangki kriogenik, sebuah teknologi pembekuan menggunakan suhu sejuk beku bertujuan untuk membekukan serta mengawetkan jasad isterinya, Zhan Wenlian.

Selepas membuat penyelidikan dan berbincang dengan pakar, Gui kemudian meminta kebenaran Zhan yang ketika itu sudah terlantar akibat penyakit berkenaan.Ketika itu, sel kanser itu sudah merebak ke otak isterinya.

Gui berkata, Zhan pada masa itu sudah tidak mampu melahirkan ekspresi mahupun menggerakkan otot wajahnya.

“Dia sempat menggenggam tangan saya buat kali terakhir dan itu ialah tanda bahawa dia bersetuju. Saya sempat memberitahu kepada Zhan, Sayang, awak hanya perlu pejamkan mata dan tidurlah untuk seketika waktu,” ujar sedih Gui kepada wartawan akhbar tempatan.

Tempoh Prosedur 55 Jam

Jantung Zhan berhenti berdegup pada 8 Mei 2017.Pasukan khas di Institut Penyelidikan Sains Hayat Yinfeng kemudian menjalankan prosedur 55 jam untuk pembekuan mayat wanita itu.

IKLAN

Jasad Zhan diletakkan dalam tangki kriogenik untuk dibekukan selama 50 tahun.Tangki kriogenik itu diisi 2,000 liter cecair nitrogen dan disimpan pada suhu -196 darjah celcius.

Dengan membekukan jasad isterinya selama 50 tahun, Gui berharap dalam tempoh 50 tahun lagi pasti ada teknologi yang boleh ‘menghidupkan’ kembali mereka yang sudah tiada. Gui mahu mengambil risiko tersebut supaya beliau dapat ‘bertemu’ lagi dengan isterinya di masa akan datang.

IKLAN

Gui sempat melihat wajah isterinya buat kali terakhir yang disifatkannya seperti sedang tidur.

Bagaimanapun, jasad wanita itu bukanlah satu-satunya individu yang pernah menjalani prosedur itu.Sehingga kini, 10 jasad membabitkan individu berusia yang antara 13 hingga 72 tahun dibekukan menerusi proses sama di institut berkenaan.

Baca Lagi Di Sini:

IKLAN

Kalau SAYANG ISTERI, Suami Buatlah HIBAH BERSYARAT Agar Tiada Salah Faham Tentang Harta

Tanda-tanda Suami Terlebih Sayang Isteri, Bahagia Atau Bahaya?

MW: Demi perasaan cinta dan sayang, memang manusia sanggup melakukan apa sahaja. Begitu juga dengan suami ini, sanggup buat keputusan bekukan mayat isterinya selama 50 tahun kerana percaya jasad isterinya dapat ‘dihidupkan’ kembali dengan teknologi nanti.

Sumber: Hmetro, Daily Mail