Setiap kali tibanya bulan puasa, kewujudan Bazar Ramadan dan Aidilfitri bagaikan satu kemestian memeriahkan lagi suasana bulan penuh keberkatan ini. Malah bukan itu sahaja, para peniaga juga merebut peluang mencari rezeki tambahan dengan menjual pelbagai barangan serta keperluan.
Namun semalam, dukacita buat para peniaga di Kelantan susulan Kerajaan negeri baru sahaja membuat keputusan membatalkan bazar Ramadan dan bazar Aildilfitri seluruh negeri pada tahun ini berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa hari lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin memaklumkan perkara berkenaan menerusi status di akaun Facebooknya semalam.
Pertukaran Program Madinah Ramadan
Dr. Izani berkata, Program Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar demi membendung penularan wabak berkenaan.
Madinah Ramadan merupakan satu program melibatkan solat tarawih berjemaah, berbuka puasa, sahur, penyampaian sumbangan fakir miskin, tazkirah dan bicara keilmuan.Program itu merupakan acara tradisi dijalankan di negeri Kelantan sepanjang Ramadan.
Berdasarkan rekod, Kelantan mencatatkan sebanyak 171 kes Covid-19 semalam dan berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor.Pada masa sama, satu kluster baharu dicatakan iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang membabitkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok, dan Kota Bharu.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membenarkan bazar Ramadan beroperasi sepanjang bulan puasa ini dengan jumlah kapasiti penjual dan pembeli yang bersesuaian dengan lokasi.
Pelaksanaan bazar juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan penjual hanya dibenarkan melayan dua orang pelanggan pada satu-satu masa.
Kerajaan Kelantan Mohon Maaf
Sementara itu, terkini Kerajaan Kelantan juga secara terbuka memohon maaf kepada seluruh peniaga susulan membatalkan bazar Ramadan secara ‘mengejut’ yang berkuatkuasa serta-merta.
Ads
Permohonan maaf itu disampaikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin dalam sidang akhbar yang berlangsung di pejabatnya pada Ahad.
“Dengan penuh rasa dukacita…saya memohon kemaafan daripada masyarakat dan rakyat sekalian bahawasanya, kita terpaksa membatalkan kesemua bazar Ramadan yang telah diputuskan sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, pembayaran deposit bazar Ramadan yang dibuat oleh peniaga sebelum ini akan dikembalikan semula.
Beliau berkata, pembatalan bazar Ramadan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 ketika ini.
Tambah Dr Izani, seandainya kes baharu Covid-19 terus mencecah tiga angka sehari besar kemungkinan Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 berisiko rendah (PKRC) akan menjadi tepu.
Katanya, disebabkan itu kerajaan Kelantan mengambil langkah awal memutuskan rantaian Covid-19 dengan membatalkan bazar Ramadan.
“Selain bazar Ramadan, program Madinah Ramadan turut dibatalkan dan kita tukar menjadi PKRC,” katanya.
MW: Bersabarlah buat para peniaga yang telah membuat persediaan dan kelengkapan barangan untuk berniaga di Bazar Ramadan mahupun Aidilfitri nanti. Kena usaha cara lain, pasti ada hikmahnya yang menanti.
Ads
Sumber:Kosmo, Sinar Harian
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, niat bantu mangsa kemalangan berakhir tragedi. Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.
Penghantar Makanan Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Niat Bantu Mangsa Kemalangan Berakhir Tragedi
Insiden yang berlaku sekitar jam 2.10 pagi di Kilometer 16 itu mengorbankan lelaki tempatan berusia 37 tahun, ketika dia sedang cuba membantu seorang penunggang motosikal yang terbabas.
Menurut isteri mangsa, Suhaidah Yusof, 40, suaminya itu baharu sahaja keluar dari kereta untuk membantu mangsa kemalangan. Tiba-tiba dia dengar bunyi dentuman. Orang ramai memberitahu bahawa suaminya dilanggar kereta.
Suhaidah adalah isteri kepada Mohd Taufik Ariff Sariff, 37, yang maut selepas dilanggar sebuah kereta BMW dipandu lelaki mabuk ketika membantu seorang mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi berhampiran stesen minyak memasuki Taman Desa Jaya di sini, kira-kira jam 2.10 pagi tadi.
Suaminya yang juga penghantar makanan p-hailing meninggal dunia akibat parah pada anggota badan.
Menurut Suhaidah, sebelum kejadian, dia dan suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bakar Batu di sini, selepas keluar makan bersama rakan.
“Saya yang memandu kereta ketika itu. Kami nampak ada serpihan motosikal yang kemalangan, saya parkir kereta tepi jalan sebab suami kata nak tolong mangsa.
“Ketika itu ada juga yang berhenti kereta nak tengok kemalangan dan bantu kawal lalu lintas, tetapi suami tak beri saya keluar kereta, suruh tunggu dalam kereta,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.
Suhaidah yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta berkata, dia terus menghubungi adik iparnya memaklumkan insiden yang berlaku.
Pada masa sama, dia mengakui masih terkejut dan trauma selepas kehilangan suami tercinta lebih-lebih lagi ketika masih dalam bulan Syawal.
“Kami kahwin September tahun lalu. Kami baru cipta kenangan indah bersama ketika hari raya kerana ini pertama kali beraya bersama-sama keluarga selepas bergelar suami isteri,” katanya yang reda dengan ketentuan Ilahi.
Menurut Suhaidah, suaminya banyak termenung dan tidak banyak bercakap malam kelmarin.
“Kelmarin, dia cakap panas badan dan pening kepala, dia banyak terbaring dan berdiam diri. Semalam, kami keluar jalan-jalan dan makan bersama kawan-kawan dia, dia cakap hilang dah sakit kepala dia.
“Tak sangka dia sudah tiada,” katanya.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan bermula apabila seorang lelaki warga Myanmar yang menunggang motosikal SYM BX11 dari arah Johor Bahru ke Taman Setia Tropika hilang kawalan sebelum terbabas di lorong kanan.
“Penunggang motosikal berusia sekitar 30-an itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, penghantar makanan tersebut dipercayai berhenti untuk membantu dengan menjaga lalu lintas bagi mengelakkan mangsa pertama dilanggar kenderaan lain.
Namun, tindakan terpuji itu berakhir dengan tragedi apabila sebuah kereta BMW yang dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun datang dari arah sama dan melanggar mangsa kedua, menyebabkan kecederaan dalaman parah dan kematian serta-merta.
“Pemandu BMW tersebut hanya cedera ringan di muka. Hasil ujian mendapati dia berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian,” katanya.
Susulan itu, suspek telah ditahan dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak polis turut mengingatkan masyarakat supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.
Sebelum ini, beberapa rakaman video yang memaparkan keadaan lokasi kejadian tular di media sosial, menunjukkan kehadiran ramai orang awam berhimpun di tempat kejadian.
Bapa minta maaf salah “petik” nama sekolah SMKA Tun Datu Mustapha, JPN Sabah nafi pelajar dibuli. Kes kematian adik Zara Qairina yang dilaporkan terjatuh dari tingkat 3 asrama SMKA Tun Datu Mustapha sekitar 2 minggu lalu masih menarik perhatian masyarakat. Ramai mahukan jawapan apa sebenarnya yang berlaku pada malam arwah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri hingga membawa kepada kematian menyayat hati pelajar ini.
Sama ada wujudnya kes buli terhadap adik Zara dan semua ini dalam siasatan pihak berkuasa, seorang bapa, Zakaria Bulkiah di facebooknya telah berkongsi beberapa keping gambar anaknya dengan mata lebam dan memaklumkan anaknya juga pernah bersekolah di sekolah yang sama adik Zara ditemui mati. Malah bapa ini meminta maaf kerana tidak meneruskan tindakan terhadap pihak sekolah.
Posting bapa ini yang berkongsi anaknya juga mengalami situasi sama seperti arwah adik Zara.Bapa ini berkongsi gambar anaknya dengan mata lebam dan mendakwa dibuli
Ramai bersimpati dan mengharapkan pihak sekolah memberikan jawapan atas kejadian kes buli menakutkan di sekolah terbabit. Selepas posting tersebut tular di media sosial, ia mendapat respon dari Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang meminta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk memberikan penjelasan apa sebenarnya yang terjadi kerana pelajar berkenaan sudah bertukar sekolah selepas kejadian ini.
Penjelasan dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menafikan wujudnya dakwaan berlaku kes buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Papar, pada tahun 2023.
Memetik laporan Sinar Harian, Pengarahnya, Datuk Raisin Saidin berkata, siasatan mendapati kes tersebut tidak berlaku di sekolah berkenaan, malah identiti pelajar yang terlibat juga tidak dikenali.
“Kes ini tidak ada berlaku di SMA Tun Mustapha, tiada yang kenal pelajar ini. Malah tidak ada laporan disiplin yang JPN terima berkaitan kes ini sebab ia tidak berlaku di sekolah itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas arahan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu hantaran yang meminta JPN Sabah menyiasat kes tersebut.
Bagaimanapun, Raisin menjelaskan kejadian itu sebenarnya berlaku di sebuah sekolah lain dan bukan melibatkan insiden buli, sebaliknya membabitkan pelajar yang terlanggar tiang gol.
“Ya di sekolah lain, budak terlanggar tiang gol dan tiada kaitan buli. Kes juga telah selesai pada tahun yang sama dan ibu bapa murid telah menarik laporan polis,” katanya.
Selepas kenyataan dari JPN Sabah, bapa berkenaan, Zakaria Bolkiah telah memadam hantarannya sebelum ini dan meminta maaf kerana salah memetik nama sekolah. Ini kerana ketika kejadian anaknya bersekolah di SMKA Kimanis, Papar dan bukannya SMKA Tun Datu Mustapha.
Malah sehingga ke hari ini, dirinya sudah membuat tiga kali posting permohonan maaf di atas kesilapan dilakukannya. Masa yang sama, dirinya kekal dengan pendirian bahawa kes buli terhadap adik Zara Qairina harus diberikan keutamaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ratu Rock, Ella yang bakal menjengah usia 57 tahun pada Julai ini, terbuka mendedahkan dirinya sedang dalam fasa menopaus bagi tujuan memupuk kesedaran kepada wanita seusianya untuk menjaga kesihatan.
“Peranan suami juga penting kerana seperti situasi Azhar yang ajak saya berjumpa dengan kenalan kami selepas mengadu rasa panas dan mudah marah,” katanya ditemui pada majlis pengiktirafannya atas komitmen dalam menyebarluaskan kepentingan kesihatan hormon oleh Skyhill Clinic di The Colony KL Eco City baru-baru ini.
Ella berkata, pada awalnya, dia tidak mengetahui kepentingan penjagaan hormon yang berperanan menjaga kestabilan emosi terutama bagi wanita yang menuju ke fasa putus haid.
“Sebelum bertemu pakar, saya memang tidak pernah hadapi sebarang penyakit dan hanya tahu bacaan darah berada pada tahap serius.
“Apabila bertemu doktor, saya terkejut bacaan darah mencecah 190. Baru saya tahu darah saya tinggi, hormon tidak menentu yang menjejaskan tahap kesihatan saya.
“Saya seperti nyaris dibawa ambulans kerana bacaan terlalu tinggi. Sedangkan selama ini saya tak tahu sedang menghidap sebarang penyakit,” katanya.
Mengenai kerjasama dengan Skyhill Clinic, Ella bersyukur kerana diiktiraf di atas pembabitan, konsistensi dan komitmen dalam menyebarluaskan kepentingan hormon kepada umum.
Menerusi penghargaan itu, Ella menerima pakej rawatan kesihatan hormon bernilai RM300,000 untuk tempoh setahun.
Ini kerana, Ella atau nama sebenar, Nor Zila Aminuddin berpendapat, proses penuaan perlu dinikmati dengan mengamalkan penjagaan kesihatan terutama mengambil tahu berkaitan hormon dalam diri.
“Ramai wanita tidak mahu berkongsi fasa menghadapi putus haid sebab enggan susahkan anak-anak dan suami sehingga mengganggu emosi.
“Sekarang sudah ada solusinya, kita kena tahu memenangkan situasi. Saya rasa gembira dan tak beremosi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.