Makanan dalam tin adalah satu alternatif sajian hidangan anak-anak untuk ibu-ibu yang sibuk kerana makanan ini lebih sihat, selamat malah sedap berbanding dengan makanan segera yang ada di pasaran.
Jenis makanan dalam tin yang banyak dijual adalah seperti sardin, tuna, mackerel, kacang panggang, tomato, cendawan, santan dan buah-buahan. Kaedah pengetinan makanan adalah antara cara yang paling selamat untuk memelihara makanan tanpa penggunaan bahan pengawet.
Saintis juga mengesahkan ia sebagai cara terbaik untuk mengekalkan nutrien yang ada terutama bagi vitamin atau Omega 3 yang sangat sensitif dengan pengoksidaan udara.
Justeru, ibu-ibu perlu mempunyai ilmu dan mengetahui cara yang betul untuk memilih sajian makanan dalam tin yang selamat dan sedap untuk anak-anak.
Panduan Pemilihan & Penyediaan Makanan Dalam Tin Yang Selamat Dan Enak
Pertama : Pilih Makanan Dalam Tin Yang Ada Tanda Halal JAKIM Agar Kebersihan Terjamin
Penting untuk ibu-ibu membaca label sebelum membeli. Walaupun saiz makanan dalam tin sama tetapi kandungannya berbeza seperti sardin, tuna mahupun mackerel. Elak daripada membeli makanan tin yang mengatakan ia mengandungi MSG, bahan GMO dan pengawet yang dibenarkan.
Pastikan ia mempunyai logo halal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang diiktiraf. Antara kilang pengetinan makanan yang dijamin kebersihannya adalah Ayam Brand yang menerima pensijilan tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan.
Ayam Brand telah disenaraikan di dalam senarai putih JAKIM yang terhad kepada beberapa buah syarikat di Malaysia sahaja. Ayam Brand juga antara syarikat yang diluluskan untuk mengeksport makanan dalam tin ke Amerika Syarikat dan Eropah.
Kedua : Pastikan Hanya Sardin Berkualiti Menjadi Pilihan
Apa yang membezakan sardin Ayam Brand adalah saiz ikannya lebih besar, enak dan lazat yang ditangkap dari lautan sejuk. Walaupun produk ini adalah makanan ruji dan dimakan oleh kebanyakan penduduk Malaysia, sardin Ayam Brand dilihat agak mahal berbanding dengan ikan segar.
Ini adalah satu kesilapan persepsi: Ikan segar yang telah disiang (usus, kepala dan ekor dikeluarkan) akan kehilangan separuh beratnya, dan ia akan kehilangan lagi sebanyak 10 sehingga 20 peratus beratnya setelah dimasak.
Ini menjelaskan sardin dalam tin membekalkan kandungan bersih yang berpatutan.
Ketiga : Pastikan Kilang Pengeluar Yang Diyakini
Pada tahun 1957, Ayam Brand telah melaksanakan tahap kawalan kualiti ikan yang tinggi dan telah melabur sebuah kilang di Taiping, Perak. Kilang di Taiping ini mempunyai sejarah selama 61 tahun. Jumlah pekerja tempatan Malaysia yang seramai 1,200 orang menjadikannya antara sebuah kilang sardin yang terbesar di Asia Tenggara. Kini, 100 peratus sardin Ayam Brand dikeluarkan di Taiping.
Ads
Jaminan kualiti termasuk proses pengeluaran yang manual termasuk: memotong ikan sardin, mencuci dan membersihkan perut ikan dengan tangan. Ikan sardin juga dimasukkan ke dalam tin secara manual supaya ikan tidak mudah pecah dan kualiti terpelihara.
Keempat : Makanan Dalam Tin Bukan Sekadar Sedap, Malah Lebih Berkhasiat
Sardin kaya dengan lemak Omega 3, terutama DHA dan EPA. Penduduk Jepun dan Eskimo tidak kekurangan Omega 3 kerana mereka mempunyai diet berasaskan ikan.
Kekurangan asid lemak Omega 3 di kalangan ramai pada masa kini adalah kerana kekurangan pengambilan makanan berasaskan ikan yang berlemak seperti sardin Ayam Brand. Sedangkan kandungan Omega 3 dalam sardin adalah lebih tinggi daripada salmon. 100 gram Ayam Brand sardin sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan mingguan kita.
Walau bagaimanapun, bukan semua ikan sardin adalah sama. Sardin dari lautan sejuk Ayam Brand mengandungi lemak ikan yang tinggi supaya mereka dapat hidup dalam kesejukan yang melampau. Ia bukan saja lebih enak malah lebih berzat dan berkhasiat.
Pengambilan ikan sardin semasa berdiet adalah amat digalakkan. Pakar turut mengesyorkannya sebagai sumber protein yang berhubungkait dengan pengurusan berat badan. Dengan itu, tidaklah kita makan daging secara berlebihan.
Untuk golongan yang mempunyai masalah alahan laktosa, makanlah ikan sardin yang kaya dengan kalsium kerana setiap 100 gram ikan sardin mengandungi kalsium dua kali ganda berbanding dengan setiap 100 gram susu. Oleh itu, sardin juga dikenali sebagai superfish.
Nota: Mengandungi Omega 3
Ads
Pakar menemui faedah Omega 3 untuk kesihatan jantung, otak dan penglihatan. Dengan
mengamalkan pemakanan yang mengandungi Omega 3, manusia terlindung daripada penyakit degeneratif otak seperti Alzheimer dan Parkinson.
Pengambilan Asid Lemak Omega 3 adalah satu cara yang semulajadi untuk mengurangkan tekanan dan kemurungan.
Kelima : Untuk Menambahkan Khasiat Makanan Dalam Tin, Sila Tambah Sayur-Sayuran Segar Dalam Pemakanan Anda
Ibu–ibu yang mahu memperkayakan makanan dalam tin perlu menambah sayur-sayuran segar agar khasiat yang dibekalkan berganda. Misalnya, tomato, kentang dan kekacang agar anak-anak memperolehi nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran mereka.
Ibu-ibu yang kreatif boleh menjadikan makanan dalam tin hidangan yang enak lagi menyelerakan. Misalnya, penggemar sardin boleh ubah resepi menjadi gulai lemak sardin, tom yam sardin ataupun kari sardin. Tentu anak-anak tidak akan menolak hidangan istimewa sebegitu.
Pastikan anda pilih logo Ayam Brand yang betul semasa membeli.
Tip Ekstra!
Jangan Simpan Makanan Dalam Tin Yang Sudah Dibuka Terus Ke Dalam Peti Sejuk
√ Ini adalah penting untuk ibu-ibu kerana kita selalu lupa. Alasan nak cepat, guna separuh makanan
dalam tin dan selebihnya disimpan terus ke dalam peti sejuk. Ini adalah cara yang SALAH!
Ads
√ Cara yang betul adalah dengan memindahkan makanan yang selebihnya ke dalam bekas plastik
atau bekas kaca yang ditutup rapat sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.
√ Menurut portal KPDNKK, makanan dalam tin yang sudah dibuka akan bertindak balas dengan
logam tin apabila terdedah ke udara.
√ Makanan yang disimpan semula ini cuma mampu bertahan untuk tempoh masa yang singkat saja. Sebaiknya dibuang jika melebihi lima hari.
Tanpa Disedari Ayam Brand Telah 126 Tahun Menjadi Sebahagian Daripada Sejarah Dan Warisan Budaya Malaysia
Sempena kita merayakan kemerdekaan ke-61, elok juga rakyat Malaysia belajar dan memahami serba sedikit tentang sardin Ayam Brand, makanan ruji rakyat Malaysia yang sentiasa dikaitkan dengan ‘saya membesar dengannya’.
Dalam sejarah, Ayam Brand ini diasaskan di Malaya pada tahun 1892. Ia merupakan perniagaan perdagangan produk mewah yang diimport dari Perancis. Logonya yang tidak pernah tukar; ayam jantan dengan nama pengasas seorang warganegara Perancis, Alfred Clouet.
Di Pameran Universal Paris 1900, Encik Clouet telah mendaftarkan sardin dan mackerel dalam tinnya dan ia merupakan satu langkah yang bijak. Ia telah dianugerahkan pingat emas dan masih diperlihatkan pada label produk ikan Ayam Brand.
Beliau juga menggunakan surat khabar bagi mengiklankan makanan dalam tin. Tarikh iklan yang paling tua adalah pada tahun 1904.
Semasa Kemerdekaan Malaya, nama syarikat ‘Clouet Malaya’ tidak lagi wujud. Pada tahun 1957, syarikat baru di atas nama, A.Clouet & Co (KL) Sdn Bhd ditubuhkan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Syarikat ini mempunyai pertalian dengan keluarga diraja Negeri Sembilan. Allahyarham Tunku Tan Sri Mohamed Tunku Besar Burhanuddin merupakan salah seorang pemegang saham utamanya. Hari ini, putera baginda Dato’ Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed masih salah seorang pemegang saham utama syarikat.
Warna Simbolik Merah Dan Kuning Sardin Ayam Brand
Warna merah dan kuning pada label sardin dan mackerel dalam sos tomato Ayam Brand ini pun sebahagian dari sejarah Malaysia tahun 1950-an.
Awalnya, sardin Ayam Brand ditangkap dan ditinkan di Afrika Selatan disebabkan oleh kualiti ikan tersebut. Tetapi pada tahun 1960-an, kutukan Tunku Abdul Rahman terhadap Aparteid di Persidangan Komanwel menyebabkan Afrika Selatan dipinggirkan.
Kata-kata Tunku telah disokong oleh Pemulauan Perdagangan Malaysia dengan Afrika Selatan. Ayam Brand bertindak menukar sumber bekalan ikannya ke negara yang lebih berkualiti tinggi iaitu Jepun.
Ayam Brand telah menukar warna merah sepenuhnya ke kombinasi warna merah dan kuning agar semua pengguna memahami tindakan perubahan tersebut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sabar itu indah. Dalam bab nak miliki rumah idaman pun kena juga ada usaha yang berpanjangan. Begitu yang pelawak dan usahawan Achey Bocey zahirkan dalam memiliki rumah teres tiga tingkat setelah 10 tahun memasang impian.
Kongsinya tak lama dulu. Dia dan isteri mula mengumpul duit sejak 10 tahun lalu. Macam-macam benda dilakukan demi merealisasikan impian 10 tahunnya untuk miliki rumah sendiri.
“Allah maha besar.
Syukur… saya percaya doa orang-orang sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan #10tahunimpian untuk memiliki rumah sendiri.
Walaupun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang.. terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya.”
Malah, Achey tak malu mengakui yang dia menjual ’benda’ yang bukan keperluan untuk mendapatkan rumah impiannya itu selain fokus kumpul duit. Termasuklah menjual empat buah motosikalnya itu.
“Benar kata ibu bapa, guru-guru sekolah dan nasihat-nasihat orang lama … MENYIMPAN untuk masa depan.. setiap perkara kita buat mesti ada target… walaupun 10 tahun, ASB, motosikal dan beberapa kehendak yang kami ada kami cairkan untuk renovasi.. tinggalkan keperluan dalam hidup dan untuk pekerjaan.”
“Bisnes juga membantu sangat-sangat kuat.. yea banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya.. sehingga lah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga.. tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan.”
Sepanjang tempoh itu, Achey berdepan juga dengan bermacam dugaan.
“Dugaan? yea penat dengan dugaan.. kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab.” Kongsi Achey yang enggan mendedahkan harga rumah yang dibelinya itu. Baginya asalkan lengkap dan selesa untuk keluarga kecilnya itu sudah memadai.
“Terima kasih kepada insan-insan di bawah yang membantu kami sepanjang proses rumah #10tahunimpian
Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahya mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat diberi nama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.
MW : Tahniah! Achey dan isteri, sememangnya cukup indah bila dapat merealisasikan impian bersama pasangan sehati sejiwa.
Penghujung bulan Januari memang mudah nak jumpa limau Mandarin. Lagi-lagi yang dijual dekat pasaraya besar. Ada juga yang dihadiahkan oleh syarikat-syarikat persendirian pada orang perseorangan.
Disebabkan limau itu sendiri kaya dengan vitamin C, kita pun pulunlah makan. Rupanya limau yang dijual di pasaraya itu mak-mak tak boleh terus makan macam gitu. Sebab ada cara yang betul memakannya. Bukan main kupas dan makan.
Inilah yang diterangkan oleh Dr Rosli Abdul Jalil berkenaan cara betul memakan limau Mandarin. Kenapa Dr ingatkan tentang ini semua. Haa.. ini jawapannya.
Kaitan Limau Mandarin Dan Gejala Sakit Tekak
Limau sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak.
Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan.
Apakah kaitannya dengan limau Mandarin tersebut?
Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu ke dalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut.
Ia dilakukan sebelum limau dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga.
Dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Kesan Sulphur Dioxide Pada Manusia
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus.
Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Bagi mengatasi masalah yang dinyatakan di atas. Sebelum nak makan limau Mandarin itu, cubalah ikuti langkah-langkah berikut:
1. Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan. 2. Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan. 3. Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!
Semoga anda kekal sihat di musim perayaan ini. Inilah pesanan ringkas ‘Tips kekal sihat di musim perayaan’ yang ditulis DR ROSLI ABD JALIL.
Berat sungguh ujian yang harus dilalui wanita ini apabila kehilangan 2 orang tersayang dalam masa terdekat iaitu ayah dan anak sulungnya. Lebih memilukan, bayangan mimpi yang dialami oleh anaknya bagaikan petanda akan turut ‘pergi’ buat selamanya.
“Arwah atuk selalu datang dalam mimpi Bulat dan panggil Bulat. Bulat sayang sangat pada atuk.”
Perkara itu sering diberitahu mangsa lemas, Putra Ahmad Danial Abdullah, 9, kepada ibunya, Nur Syafariena Fazuera Ishak, 28, sejak seminggu lalu.
Anak Rapat Dengan Arwah Baoa
Nur Syafariena Fazuera berkata, anak sulungnya itu yang mesra dipanggil Bulat sangat rapat dengan arwah bapanya, yang baru meninggal dunia Selasa lalu.
“Minggu lalu, saya kehilangan ayah, Ishak Ibrahim, 53, akibat penyakit kronik, hari ini saya kehilangan anak pula. Perasaan sedih itu tidak boleh digambarkan, tetapi saya reda dengan ujian Allah.
“Sepanjang minggu ini, Bulat cerita sering termimpi arwah atuk yang memanggilnya. Bulat memang rapat sangat dengan arwah ayah saya sejak kecil lagi.
“Saya tidak pernah sangka anak akan berjalan dan bermain sejauh lebih satu kilometer ke Sungai Skudai. Biasanya anak bermain di sekitar kawasan rumah kedai yang menjadi tempat tinggal kami di Jalan Jelawat, Kampung Baru Skudai, di sini,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.
Terkejut ‘Pemergian’ Anak
Nur Syafariena Fazuera berkata, dia sedang menjaga anak perempuan berusia dua tahun pada 5 petang semalam dan masih terdengar suara arwah anaknya bermain bersama rakan berbangsa Cina yang dipanggil ‘kawan syurga’.
Menurutnya, budak lelaki itu adalah kawan baru anaknya selepas berpindah dari Senai, bulan lalu dan dia tidak tahu terdapat sungai di kawasan berkenaan.
“Saya berpesan kepada Bulat supaya bermain puas-puas sebelum sesi persekolahan bermula kerana apabila sekolah dibuka, Bulat perlu mengurangkan bermain dan fokus kepada pembelajaran.
“Memang terkejut dengan pemergian anak dan tidak sangka dia bermain sehingga tidak pulang lagi ke rumah.
“Sebelum ini dia ada bertanya, kalau Bulat meninggal dunia, ibu akan ikut Bulat sekali tak? Dia budak-budak lagi, jadi saya pujuk dia, mesti ibu ikut sebab ibu sayang Bulat,” katanya sambil mengesat air mata.
Lemas Di Sungai Skudai
Sementara itu, bapa tirinya, Mohd Hamdan Baharuddin, 36, berkata sebaik menyedari anaknya tidak ada di sekitar kawasan kediaman rumah kedai, dia segera mencari namun gagal menemui mangsa.
Katanya, selepas puas mencari, dia terus ke balai polis berhampiran dan dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak lemas di Sungai Skudai.
“Saya tidak tahu dia boleh berjalan sebegitu jauh. Saya cuba cari di merata tempat sehingga hilang punca dan terus ke balai polis berhampiran untuk bertanya.
“Sebaik dimaklumkan polis terdapat dua kanak-kanak lemas di Sungai Skudai, saya terus bergegas ke lokasi dan sangat sedih melihat jasadnya,” katanya.
MW: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Hmetro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...