Berbelas kenderaan dan sebuah food truck di belakang perkarangan masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand tak lagi bertuan.
Melihat kenderaan yang ditinggalkan ini saja membuatkan emosi dipagut pilu.
Siapa pun yang mengikuti jalan cerita tembakan rambang yang menyasarkan jemaah solat Jumaat ini berhak mengecam sekeras-kerasnya keganasan melampau ini.
Jumaat penuh barakah itu, dicemarkan oleh tangan kotor lagi jijik pengganas kejam warganegara Australia, Brenton Harrison Tarrant, 28.
Membunuh sejumlah 50 para syuhada, mencederakan 20 lagi mangsa yang masih dalam rawatan.
Kredit foto : Independent.ie
Suasana Parking Masjid Al Noor Mengundang Sayu
Suasana parking ini gambaran yang menghantui penghuni yang mendiami kejiranan berdekatan masjid Al Noor. Meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati mereka.
Ads
Kerana mereka tahu, pemilik kenderaan ini tak kan lagi dapat kembali untuk mengambilnya.
Malah kejiranan ini, turut mengakui muslim yang mendiami kejiranan mereka ini orang yang ‘hebat’. Ini yang orang luar perlu tahu.
Hiba sungguh rasa hati setiap kali mengenangkan tragedi solat Jumaat ini. Mereka insan mulia yang dipilih untuk syahid. Malah pengasas Masjid Al Noor, As Syahid Muhammad Ato berbakti untuk anak-anak setempat.
Beliau membuka Pusat Asuhan Kanak-kanak dan An-Nur yang tak jauh dari masjid. Kira-kira 7 kilometer jaraknya.
Jika tidak ke masjid, masa lapangnya, dihabiskan membantu isterinya Dr. Maysoon Salama menjaga anak-anak di pusat asuhan itu.
Ads
Santunnya beliau melayani anak-anak. Namun, Allah lebih menyayanginya.
Kredit foto : bangka.tribunnews.com
Sapaan ‘Hello, Brother’ Terakhir
Seorang lagi syahid yang terbunuh Daoud Nabi, 71 menyapa ‘Hello, brother’ di pintu masjid. Sebelum penyerang kejam itu membunuhnya.
Daoud yang berasal dari Afghanistan ini merupakan mangsa pertama yang dibunuh ketika cuma menyelamatkan para jemaah yang lain.
Ads
Ketika hayatnya, as syahid banyak berjasa membantu ramai pelarian. Bertemu mereka di lapangan terbang dan bantu mereka bina kehidupan baru.
Kata-katanya tenang dan penuh kasih sayang.
Tragedi pilu ini turut mencederakan 3 orang rakyat Malaysia, Mohd Tarmizi Shuib, 46 dari Kedah, Rahimi Ahmad, 39 dari Pulau Pinang dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46 dari Kelantan. Seorang lagi mangsa, Mohd Haziq Mohd Shuib masih hilang.
MW : Mendoakan agar mangsa yang tercedera ini kembali sembuh dan Mohd Haziq dapat ditemui semula.
Pelajar Malaysia sorok bayi baru lahir dalam kotak bijirin, sumbat dalam beg pakaian. Seorang pelajar Malaysia, Jia Xin Teo, 22 tahun, di Coventry, United Kingdom (UK) telah disabitkan kesalahan membunuh bayi perempuannya sendiri.
Pelajar Malaysia Sorok Bayi Baru Lahir Dalam Kotak Bijirin, Sumbat Dalam Beg Pakaian
Menurut maklumat daripada Crown Prosecution Service (CPS) dan dilaporkan oleh BBC, Teo yang sedang belajar di Coventry University didapati menyembunyikan kehamilannya dan bertindak menyimpan bayi tersebut dalam sebuah kotak bijirin selepas melahirkan, sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian.
Teo yang tiba di UK pada awal tahun ini didakwa melahirkan bayi itu pada 4 Mac di bilik sewanya di Raglan Street, Coventry.
Sebaik bayi tersebut dilahirkan, Teo meletakkannya ke dalam kotak bijirin yang kemudian dibungkus dalam plastik sebelum diletakkan dalam beg pakaian.
Bayi tersebut dilahirkan hidup dan mempunyai peluang untuk hidup. Bagaimanapun tindakan Teo meletakkannya di dalam kotak bijirin telah menyebabkan kematiannya.
Sepanjang perbicaraan di Mahkamah Warwick Crown, Teo mendakwa dia mendengar suara-suara yang menyuruhnya membunuh atau mencederakan bayi tersebut.
Mahkamah bagaimanapun menolak pembelaannya. Lebih mengejutkan, Teo tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian ini sehingga dua hari kemudian, apabila dia tiba di hospital menunjukkan tanda-tanda telah melahirkan bayi.
Teo pada mulanya menafikan telah melahirkan bayi, apabila ditanya oleh kakitangan hospital.
Selepas didesak, dia akhirnya mengaku melahirkan bayi itu dan menyatakan rasa takut jika keluarganya di Malaysia mengetahui perkara tersebut dan bimbang ia akan menjejaskan pelajarannya.
Teo juga enggan mendapatkan bantuan perubatan sebelum bersalin, malah menyorok keadaan ini daripada rakan serumahnya.
James Leslie Francis dari CPS menjelaskan bahawa Teo telah tiba di UK dengan mengetahui dirinya sedang hamil, namun dia memilih untuk menyembunyikan kehamilannya dan melahirkan bayi itu sendirian.
Beliau turut mendakwa bahawa Teo berpeluang untuk mendapatkan bantuan, tetapi sebaliknya, dia membuat keputusan untuk meletakkan bayi tersebut dalam kotak bijirin yang akhirnya membawa kepada kematian.
Polis West Midlands yang terlibat dalam penyiasatan kes ini turut mengesahkan bahawa Teo tidak memberikan lokasi bayi tersebut sehingga dua hari selepas kejadian.
Mahkamah menolak alasan halusinasi yang diberikan oleh Teo dan sebaliknya menekankan bahawa tindakannya adalah disengajakan.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Nurul Hidayah atau lebih dikenali dengan Nurul Zahid mempunyai pandangannya sendiri tentang kenyataan pakar motivasi, Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad yang dikecam netizen selepas memuat naik sebuah video berkaitan jodoh di laman media sosialnya.
Video yang memaparkan Muhaya menyatakan seorang wanita “biarlah macam bodoh-bodoh sikit” jika mahu cepat mendapat jodoh turut dibidas pelatih pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri di laman Twitter.
Jelas Nurul Zahid, Pesanan Penuh ‘Kiasan’ Tak Perlu ‘Sentap’
Nurul Zahid juga turut berkongsi luahannya, menerusi entri di Instagram, Nurul menyatakan sebenarnya pesanan orang tua penuh dengan kiasan.
“Jodoh kita ni Allah dah tetapkan.
“Kalau org tua-tua tu pesan dengan ‘kiasan’ tak perlu ‘sentap’. Ambil yang positif dan fikir dulu sebelum kita komen dengan emosi,” tulis Nurul.
“Buat-Buat Bodoh dan Bodoh Adalah Dua Pemahaman Yang Berbeza”
Ulas Nurul lagi, lelaki buat-buat bodoh dan bodoh adalah dua pemahaman yang berbeza.
“Sy bg contoh. Lelaki mana suka perempuan bossy, pentingkan diri, dia sahaja betul, perasan cantik, perasan pandai WALAUPUN memang cerdik anugerah Dekan setiap semester. Mungkin ada la kot lelaki suka ciri-ciri perempuan yang saya sebutkan tadi.
“Kebanyakan lelaki Islam, Melayu, Asia suka perempuan yang berperwatakan keibuan, lembut tetapi tegas, hormat pd keluarga dia dan tahu membawa status seorang isteri apabila berkahwin.
“Buat-buat bodoh dah bodoh adalah dua pemahaman yg berbeza.
“Kita bincang dalam konteks ASIA.
“Lain dgn lelaki ‘luar’. Cara didikan, agama dan pendedahan mereka berbeza.
“Nama pun pendapat. Takda yg betul. Takda yg salah.
“Yang salahnya, sosial media digunakan untuk tunjuk perasaan. Maki hamun. Lelaki baca pun seram. Defensive sangat. Kalau benda ni pun tak boleh nak bawak bincang, bayangkan kalau kawin nanti?”
Jadi Perempuan Kena Banyak Sabar
Bersama suami tercinta.
“Jadi perempuan kena banyak sabar. Sabar adalah kunci segalanya bg seorang wanita. Kalau kita rasa kita betul pun, bukan waktu tu jugak kita kena buktikan kita betul.
“Ada yang ‘keras hati’ cakap “Baik tak payah bersuami” – terpulang.
“Bagi saya, bersuami adalah ibadah.
“Yang beragama Islam, kembali kepada apa yang Allah Perintah,” sambungnya.
“Saya Perlukan Imam Untuk Membimbing Saya”
Nurul juga menyatakan dalam perkahwinan sememangnya banyak dugaan.
“Ikutkan saya tak payah kawin lepas suami meninggal. Dah ada anak dan pendapatan sendiri – Alhamdulillah. Boleh jer nak perasan sana sini.
“Tapi saya kenal diri saya. Saya perlukan Imam utk membimbing sy. Bila dah berkahwin mmg dugaan sangat besar. Cuma apa yang ada pada saya hanya kesabaran.
“Nak ikut perasaan memang boleh ‘blah’. Tapi buat apa kadang-kadang hal kecil kita nak besarkan sampai bila nak selesai? Bukan harta. Bukan cantik. Bukan pangkat yang menjadi kebanggaan seorang wanita tetapi kesabaran adalah kunci bagi perjalanan setiap yang bergelar wanita. Semoga manafaat,” jelas Nurul.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Anak mengamuk, libas bapa dengan rotan, pisau sebelum bakar rumah, kereta. Seorang lelaki berusia 32 tahun bertindak di luar kawalan apabila menyerang bapanya menggunakan rotan serta melibas pisau sebelum membakar rumah dan kenderaan milik keluarga dalam kejadian di Kampung Tengah, Jalan Bakri.
Anak Mengamuk, Libas Bapa Dengan Rotan, Pisau Sebelum Bakar Rumah, Kereta
Insiden yang berlaku sekitar jam 9.43 pagi itu menyebabkan bapa suspek berusia 70 tahun mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan awal mendapati suspek terlebih dahulu memukul serta melibas bapanya sebelum kejadian kebakaran tercetus.
“Siasatan mendapati sebelum kejadian kebakaran itu, suspek memukul dan melibas bapanya dengan rotan dan pisau sehingga menyebabkan warga emas tersebut cedera.
“Kejadian turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal musnah dengan anggaran kerugian RM100,000 sehingga RM150,000. Suspek ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine,” katanya.
Menurut Raiz Mukhliz, suspek yang turut mengalami kecederaan dibawa ke HPSF dan dipercayai menghadapi masalah mental. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api serta Seksyen 324 kerana mendatangkan kecederaan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah teres, kereta Perodua Kancil dan motosikal Honda EX5.
“Kebakaran memusnahkan 70 peratus struktur rumah, manakala kereta dan motosikal musnah 90 peratus. Api berjaya dikawal pada pukul 10.10 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pukul 11.06 pagi,” katanya.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.