masalah kulit

Hanya orang yang suka kucing akan ada masalah kulit jadi gatal-gatal tanpa sebab. Boleh jadi terjangkit kudis kucing atau kurap kucing yang anda bela.

Tetapi kadang masalah gatal-gatal ini belum tentu puncanya daripada kucing ya. Anda kena semak balik dan baca perkongsian Doktor Khairul Faizie ini.

Masalah Kulit Bila Bela Kucing

1. Saya gatal gatal kulit ni. Kucing saya ada kutu. Risau jangkit kutu kucing.

JAWAPAN:

Kutu kucing (cat lice) di sebabkan jangkitan kutu yang bernama Felicola subrostrata. Berita baik nya, kutu kucing ialah ‘ species – specific ‘. Makna nya, kutu Felicola subrostrata ini TIDAK BOLEH menjangkiti manusia. Kutu kucing tak boleh survive pada kulit manusia. Kutu yang menjangkiti manusia tu dari species yang lain, yang di beri nama Pediculus humanus. Kutu manusia pun, tak boleh menjangkiti kucing.

So, kenapa kulit saya gatal-gatal doc?
Haaa…ada lah masalah lain…tapi bukan kau kena jangkitan kutu kucing.

IKLAN

2. Kucing aku ada kurap doc. Boleh ke aku dapat kurap dari beliau?

JAWAPAN:

Boleh. So kalau kau bela kucing kurap, hati hati masa handle kucing.

IKLAN

3. Anak saya ada kudis ni. Saya syak mungkin jangkit dari kucing yang kami bela.

JAWAPAN:

Memang kudis pada kucing, boleh menjagkiti manusia. Tetapi, kena faham bahawa kudis pada kucing adalah tersangat jarang ( rare). Kudis kucing dipanggil sarcoptic mange.

IKLAN

Jadinya, periksa juga kucing anda dengan doktor veterinar. Anda mungkin sangka kucing anda ada kudis / scabies, tetapi mungkin sebenarnya kucing anda ada jangkitan lain seperti kurap kucing atau jangkitan bakteria pada kulitnya. Dan kalau betul anda kena kudis / scabies, ini bermakna anda dapat jangkitan dari pihak lain ( contohnya dari asrama, ofis, tempat awam, etc).

Kalau pun manusia di jangkiti kudis kucing / cat mange ini, simptom nya ada lah self limiting, iaitu sangat terhad tempoh ruam pada kulit.Akan timbul bengkak merah kecil seakan bekas nyamuk gigit. Selepas beberapa ketika, jangkitan kudis kucing akan berhenti sendiri sebab species kudis (sarcoptes scabiei) ini tak mampu teruskan life cycle nya pada kulit manusia.

So, ini adalah 3 keadaan jangkitan KULIT pada kucing, yang mana hanya 2 daripadanya berpotensi menjangkiti manusia.

Ada lagi beberapa jangkitan pada kucing, yang boleh menjangkiti manusia…dan ia tunjuk simptom yang lain (bukan pada kulit).

Antara nya ialah jangkitan cacing (Roundworm), jangkitan Toxoplasmosis (risiko kepada ibu mengandung), jangkitan Cat Scratch Fever (di sebabkan oleh bakteria Bartonellis).