
Isi Kandungan
ToggleMasalah bayi muntah selepas menyusu itu mesti mak-mak pernah laluikan? Nanti habislah meleleh susu basi itu dekat baju bayi. Sebenarnya mak-mak ada cara betul nak sendawakan bayi lepas menyusu.
Baca perkongsian daripada Dr Shahirah Hassan, Pengasas dan Pakar Laktasi di Eve Love Sdn Bhd tentang topik menarik ini. Lagi-lagi untuk ibu yang bersalin muda.
Ramai ibu muda bertanyakan hal ini, “Kenapa bayi saya ni, lepas minum, selalu muntah? Saya tak sedawa betul ke? Berapa lama nak sedawa kan bayi? Ke…overfeeding?”
Punca Bayi Muntah Lepas Menyusu
Macam ni ceritanya. Ramai baby mengalami infantile gastro-esophageal reflux. Tanda-tanda nya adalah bayi kerap mengeluarkan balik sebahagian susu yang diminum, kadang-kadang seolah-olah tak selesa, meragam.
Ini kerana, lower esophageal sphincter masih belum matang, otot spinchter belum kuat, maka tidak dapat menahan isi perut dari mengalir semula dalam esophagus. Senang cerita, tengok gambar di atas, tengok beza atas dan bawah.
Macam Mana Nak Bagi Bayi Tak Muntah?
So macam mana nak atasi perkara ni? Penat kot, baju berbakul nak cuci! Asyik kena tukar baju je tiap kali muntah.
.
1- Jangan terus susukan baby kalau rasa payudara dah bengkak penuh susu, perah sikit dulu baru susukan bayi.
2- Lepas menyusu, usaha sedawakan baby, boleh tengok gambar saya share cara sedawakan.
3- Kalau baby dah tertidur, dukung baby posisi menegak sekejap supaya susu itu tidak senang mengalir balik ke esophagus (salur makanan). Kalau rasa baby berat, sila lah belajar gendong bayi cara betul. Tak tau, saya boleh ajar tapi kena rajin bertanya.

Kalau Bayi Alami Ini, Mak Ayah Kena Alert!
Sebelum saya end sharing post ni, nak pesan ya, tanda-tanda yang ibu bapa kena prihatin adalah, baby muntah berlebihan, nampak lemah, projectile vomit (muntah memancut), muntah sampai masuk hidung, berat badan bayi susut, kurang atau pekat air kencing.
Careful ya, kalau nampak tanda-tanda ini, please seek medical attention secepat mungkin.
Sekian sharing hari ini. Thank you my client sudi bagi pinjam baby jadi model.
Hebat first time mummy ni, cekal menyusu.
Sumber/Foto : Shahirah Hassan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rezeki Sabar Hafeezul, Dari Kejutan Ibu Sampailah Bertemu Pengasas Komik Lawak Kampus

Isi Kandungan
ToggleTangisan gembira seorang anak lelaki selepas memegang komik Lawak Kampus kegemaran menyentuh hati warga netizen sekitar awal Januari lalu. Apakah istimewanya dengan anak kecil bernama Muhammad Hafeezul Mohd Zulkiflee seusia 11 tahun ini?
Muhammad Hafeezul membesar dengan ibunya, Suffiyah Ramadhani dan ayahnya dengan didikan yang tegas dan penuh kasih sayang. Dia begitu taat dan mendengar kata. Walaupun dalam hatinya meronta-ronta inginkan komik Lawak Kampus. Demi taat kata-kata mak ayah dia pendam saja.
Apa yang dia buat cumalah saban hari, ke kedai yang menjual komik tersebut untuk membolehkannya melihat dan memegang idaman hatinya itu. Rupanya dalam diam, ibunya membuat kejutan menghadiahkan senaskah komik idamannya, Lawak Kampus. Tanpa ibunya tahu yang anaknya itu saban hari ke kedai untuk melihat komik idaman.
Ketika menyampaikan hadiah itulah, Ibunya videokan reaksi anaknya dan akhirnya cerita itu viral. Selepas beberapa ketika kisah itu menjadi perhatian umum, Hafeezul dipanggil dalam sebuah program TV, Motif Viral untuk dipertemukan dengan pengasas komik tersebut. Mr. Keith Chong Kah Hwee. Bukankah kisah ini begitu menyentuh hati mak-mak.
Saya Ajar Anak ‘Rezeki Beredar Ikut Kehendak Tuhan’
Cerita komik Hafeezul cukup besar hikmahnya. Tentang taatnya seorang anak pada perintah ibu dan ayahnya. Sampai satu masa apabila Allah mahu menghadiahkan sesuatu, hasil dari kesabaran itu.. maka Hafeezul menemui ganjaran yang lebih besar buatnya.
“Mengenai permintaannya mendapatkan komik, memang kami sekat perkara tersebut sebelum ini sehingga saya sendiri tergerak hati mendapatkan komik itu buatnya.
“Saya pernah memberitahu Hafeezul bahawa kita kena lebih banyak mensyukuri nikmat pemberian Tuhan berbanding sentiasa meminta-minta akan sesuatu.
“Saya mengajarnya bahawa rezeki beredar mengikut kehendak Tuhan dan jika ia belum direzekikan, hendaklah kita sabar dan berdoa agar semoga suatu hari nanti ia akan jadi milik kita jua.”
Kami Bukan Ibu Ayah Yang Turut Segala Kehendak Anak
Terutama dalam soal pemberian gajet yang mana ianya satu kemestian untuk anak-anak seusianya pada zaman sekarang ini.
“Kami bukan ibu ayah yang turut segala kehendak anak, malah kami tak ikutkan permintaan anak-anak zaman sekarang untuk memiliki gajet sendiri.”
Akui ibunya yang juga pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, dia membesarkan Muhammad Hafeezul sebelum ini hanya sebagai ibu tunggal. “Banyak masa yang kami kongsi berdua. Dia memang anak yang baik dan tahu berdikari. Sebab dia sudah terbiasa hidup dengan saya saja.”
“Cuma sejak 4 tahun lepas, ketika umurnya 7 tahun, saya bernikah dengan ustaz. Sejak umur itu jugalah dia diberi lebih banyak didikan agama.
“Dia memang sangat mendengar kata walau diasak oleh rakan-rakan sekolahnya untuk memiliki satu gajet miliknya sendiri.”
Sebagai orang tua, tentulah mereka banyak memberi nasihat baik buruknya sesuatu keputusan. Sama ada itu keputusan mereka, tetap akan diterangkan rasionalnya mengapa sesuatu itu takdiberikan atau mengapa dia tak boleh melakukan sesuatu perbuatan.
Dalam menegur pun perlu ada caranya. “Saya juga bila menegur atau memarahi atas kesalahan, perlu lah berhemah. Tidak menengking atau mengherdiknya. Kata-kata kesat mesti dihindar sebab anak akan belajar dari apa yang kitaucapkan dan kita lakukan.”
Sebab itulah, untuk memberi teladan perlu bermula dengan mak ayah. “Didikan agamanya lebih banyak kepada kami. Jadi, kami cuba memberikan contoh buat anak kami sendiri.
“Kami percaya, akhlak yang baik mestilah bermula dari didikan di rumah. Ibu dan ayah mestilah menunjukkan kebaikan sebelum anak dapat mengikutinya.”
Ayah Ketua Keluarga Yang Perlu Dihormati
Di rumah, setiap keputusan mestilah didahului dengan keizinan ayahnya sebagai ketua keluarga.
“Saya akan meminta izin suami jika mahu melakukan sesuatu dan begitulah yang kami cuba beritahu pada dia, meminta izin itu perlu dan hormatilah siapa yang memimpin kami, iaitu ayahnya sendiri.
Sekiranya keputusan ayah agar anak tak boleh diberikan sesuatu benda, sebagai isteri dan anak, mereka mesti hormat. Kerana itulah asas barokah (keberkatan) dan redha Allah dalam keluarga.
Sebab itu, anaknya Hafeezul hanya boleh bermain handphone atau hajet lain atas keizinan ibu dan ayahnya mengikut had waktu yang diberikan.
“Setakat ini, dia tidak pernah ingkar dan untuk setiap keseronokan mesti ditimbal balas dengan kebajikan yang lain. Misalnya dia perlu membuat ulangkali pelajaran atau membantu saya membuat kerja rumah walaupun dia anak lelaki.

Disiplin Solat Keutamaan Ibu Ayah Ini
Bagi suami isteri ini, akhlak itu bermula dari asasnya solat. “Alhamdulillah kami rasa bersyukur kepada Allah kerana Hafeezul boleh menjadi anak yang baik dan menyejukkan perasaan dengan terdidiknya dia mendahului Allah dalam setiap aspek kehidupannya.
“Dan sebagai ibu dan ayah, kami tak putus berdoa agar dia diberikan kebaikan dunia dan akhirat, InshaaAllah.
“Saya dan suami memang menitikberatkan perihal penjagaan solat kepada anak sejak ia kecil lagi. Ayahnya terutamanya sangat bertegas dengan pengurusan solat anak. Bagi kami, solat adalah asas kepada akhlak seorang mukmin.
“Kami juga sering membawanya ke kuliah-kuliah agama dan mengajarnya solat jemaah di masjid.
“Sehingga kini, dia boleh menjadi Muazin Surau kediaman kami di kampung, sebagai latihan untuk hari hadapan, serta dia juga sudah berjinak-jinak mengimamkan solat kepada rakan-rakannya di sekolah agama KAFA pada waktu petang.” tutur isteri kepada seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Akhirnya Hafeezul Bertemu Pengasas Lawak Kampus
Ternyata inilah ganjaran mentaati perintah kedua ibu bapa. Selepas viral dengan kejutan pemberian komik oleh ibunya, adik Hafeezul akhirnya ditemukan dengan pengasas Lawak Kampus, Mr. Keith Chong Kah Hwee dalam rancangan Motif Viral. Tulis Suffiyah dalam catatan facebooknya.
Dari semalam membawa ke hari ini, anakku Hafeezul masih gembira lagi. “Mama, inilah kenangan yang ejol takkan lupakan“.
Alhamdulillah sayang. Rezeki ini sudah tertulis. Sayang sabar nak beli sesuatu, walau mama tak izinkan, papa tak izinkan, tapi sayang tak merungut. Malah sayang selalu ucap Alhamdulillah, masih ada rezeki lain yang Allah pinjamkan.
Alhamdulillah sayangku Ejol, Allah ada dalam hatimu. Teguh jiwamu mendengar kata mama dan papa walau hati mungkin sedikit terluka bila tak dapatkan apa yang diminta, walau banyak terpaksa memendam rasa. Tapi bila dapat, rupanya Allah dah sediakan yang lebih banyak.
Tentu Allah sayang padamu anak, kerna dikau Muazin yang melaungkan nama kebesaranNya untuk memanggil umat Islam untuk tunduk sujud padaNya. Pasti dalam hatimu merintih, Allah tahu sayang akan keinginanmu tapi Allah mahu melihat sejauh mana kau mampu menerima keputusan kami.
Mama gembira juga sayang dan mama dan papa bersyukur kepada Allah kerana ada anak yang mendengar kata.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berkahwin Tumpukan Perhatian Pada Keluarga! Bukannya Orang LUAR Yang Hanya Ada Masa Senang

Bila Berkahwin Tumpukan Perhatian Pada Keluarga
Orang Luar Hanya Hadir Masa Senang Saja
Keluarga Sentiasa Ada Masa Senang & Susah
Bila Berkahwin Buat Cara Berkahwin, Ada Keluarga
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Nak Malu, Taraf Kita Memang Hamba..

Isi Kandungan
ToggleLupa itu memang sifat manusia. Sebab itulah kena ada ingat saling mengingat, supaya dapat menyedarkan kembali kita yang seringkali terlupa ini. Kerana kita adalah Hamba Nya, yang bergelar khalifah untuk memakmurkan bumi tuhan.
Ingatan manis yang dikongsikan Puan Norleen Mohid menjentik rasa hati. Ilmu yang diperoleh ketika beliau melayan IKIM ini bagus untuk ingatan hati dan minda.
3 Tanda Kiamat Makin Dekat
Pesan Nabi (selawat), antara tanda-tanda kiamat makin dekat:
1. Masa semakin singkat
2. Amalan berkurangan
3. Pembunuhan semakin banyak berlaku
Sebab Kita Adalah Hamba..
Zaman kita kanak-kanak dulu, rasa puas bermain dengan kawan-kawan tiap-tiap hari. Cuti sekolah pula panjang bukan main.
Mana tidaknya. Masa dirasakan lambat bergerak. Kadang-kadang tertunggu-tunggu, bilalah nak naik sekolah?
Sekarang, kadang-kadang rasa tak terkejar dek hambatan masa. Celik mata, bersiap-siap satu keluarga, sekejap lagi pandang keluar, eh dah cerah langit.
Buat kerja itu ini, tengok jam, eh dah Zohor. Kejap lagi, hah azan Asar dah?
Kalau leka dengan urusan kita, memang besar kemungkinan solat di hujung waktu atau lebih parah, terlepas.
Dulu, setiap pagi emak abah dok kerah anak-anak mengaji selepas solat Subuh.
Solat fardu, tak boleh main-main. Setiap waktu diingatkan. Mesti buat.
Akhlak dan adab anak-anak dengan orang lain, golongan lebih tua terutamanya, sangat dijaga. Diperhati. Tak kena di mata, ditegur. Diperbetul. Tak dibiarkan sampai terlupa atau anak-anak fikir, perlakuannya dibolehkan.
Jangan Tunggu Tua Baru Nak Sedar
Zaman ini, bukan anak-anak saja. Ibu ayah pun ada yang terlepas solat. SuruhanNya dipandang ringan. Tak buat, tak ada rasa bersalah. Puasa pun sama.
Tak apa, dah tua nanti kita bertaubat. Kita qadha mana boleh. Sekarang ni tak sempat. Banyak kerja nak dibuat.
Ini antara alasan gurauan yang keluar. Itu kalau sempat lagi diberi masa. Kalau ditarik nyawa waktu belum mencecah usia tua?
Dulu, payah kita nak baca dan dengar berita kes bunuh di media.
Sekarang, hampir hari-hari singgah di telinga dan mata. Seolah-olah murah sangat nilai nyawa. Puncanya pun bermacam-macam. Yang jelas, hari ini, makin banyak jiwa yang sakit dan tidak dirawat.
Apa yang kita boleh usahakan dalam waktu yang masih berbaki (tak tahu sampai bila), kita mulakan dengan keluarga sendiri.

Jaga solat, buat apa yang disuruhNya, elak apa yang tidak disukaiNya, apa lagi yang dikata JANGAN.
Sambil tu, perhati sama di keliling kita. Saling ingat-mengingat. Tegur menegur.
Cari Peluang Ke Syurga
Betul, kubur sendiri-sendiri, bukan kubur berjemaah. Cuma kalau kita jaga zon keluarga kita saja, yang lain kita pejam mata, dah tak kena cara. Kata nak sama-sama cari peluang ke syurga, nak elak neraka.
Sambil berusaha, tambah lagi dengan doa. Minta sungguh-sungguh bantuanNya. Apa nak malu. Taraf kita memang hamba. Dia Pencipta. Lagi kita minta, lagi Dia suka.
Masa kita tak lama.
Kita hidup tak menongkat langit.
Dunia ini pun dah tua sangat umurnya.
Bila-bila masa saja boleh binasa.
Sumber/Foto : Norleen Mohid
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI