Hidup berjiran perlu saling menjaga keharmonian bersama. Saling menghormati, bertolak ansur serta mengambil berat keadaan jiran. Bertuah mempunyai jiran yang memahami, ambil berat dan tak berkira berbanding dapat ‘jiran puaka’ yang hanya pentingkan diri. Malah berbuat baik dan tidak menyakiti hati jiran juga merupakan tanda-tanda bagi orang yang beriman.

Sebagaimana dalam Hadis Riwayat Bukhari

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka janganlah ia menyakiti jiran tetangganya, barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaknya ia memuliakan tamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaknya ia berkata baik atau diam.

(HR. Bukhari No.5559)

Kena Jaga Tepi Kain

Zaman sekarang hidup berjiran perlu saling menjaga ‘tepi kain’, dalam erti kata mengambil berat keadaan jiran. Namun perlu prihatin dan ambil tahu seadanya mereka, tanpa perlu ‘menyelak’ atau mengetahui secara detail malah menyampaikan serta menambah cerita pula pada jiran-jiran yang lain.

Pegawai Psikologi di Hospital Tun Jaafar, Noor Suraya Muhamad ada kongsikan pendapatnya didalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi.

“Konsep jaga tepi kain tu dah lari. Ada ketikanya kita perlu ambil tahu. Namun jangan ‘selak’ nak tahu semua kemudian menambah cerita dan’perasa’.

IKLAN

“Bila ambil tahu tanpa perlu tahu dan berlebih-lebihan pulak, saya rasa itu dah sesuatu yang tak sepatutnya,

“Bagi saya puaka bukan sahaja dari segi benda fizikal yang dia buat, tapi dari segi emosi sebenarnya lagi puaka. Ia boleh menyebabkan depression, ujarnya

IKLAN

Persatuan Penduduk Sebagai Orang Ketiga

Menurut Pegawai Psikologi di Hospital Tun Jaafar ini lagi, sekiranya berlaku perselisihan faham diantara jiran, jika teguran secara baik telah dilakukan namun tidak berhasil boleh merujuk kepada komuniti kejiranan.

Persatuan Penduduk yang professional sebagai orang ketiga yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan membuat teguran. Bukan berkongsi dan mengadu pada jiran-jiran yang lain. Ia kerana tidak mahu ada orang yang menyebelahi mana-mana pihak dan penyampaian tidak sampai. Malah sekiranya perlu membuat laporan polis, ia adalah tindakan yang terakhir.

Begitu juga dengan keperluan penggunaan ‘Whatsapps Group’ dalam komuniti kejiranan, perlu berhemah dalam menggunakannnya. Tidak berkongsi gambar personal atau kisah peribadi.Keperluan whataps ini bertujuan untuk berkongsi info kejiranan mahupun meminta bantuan yang diperlukan.

IKLAN

Malah sebenarnya tak perlu keluarkan modal, hanya dengan melemparkan senyuman pada jiran mampu mengeratkan hubungan.

Banyak lagi, perkara menarik yang dikongsikan dalam topik ‘Jiranku Puaka’ ini. Bagi yang ketinggalan dan mahu menonton siaran penuh Mingguan Wanita Talkshow ini, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini pada hari dan saluran yang sama.Bersama Siti Elizad dan Amin Idris serta tetamu jemputan

Puan Suraya Wen, Pengarah Perpaduan Negeri, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional WP Kuala Lumpur, Noor Suraya Muhamad, Kaunselor Jiwadamai serta selebriti Raqib dan isteri, Tasha Manshahar.

#Mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimaHD121