Kembar siam tertua di dunia, Lori dan George menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun. Kembar siam tertua di dunia ini meninggal dunia di Hospital Universiti Pennsylvania pada 7 April 2024. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut berhubung punca kematian.
Lori dan George Schappell dilahirkan di West Reading, Pennsylvania, pada 18 September 1961. Kembar itu mempunyai otak yang berbeza, tetapi bersatu di tengkorak. George mempunyai spina bifida dan 4 inci lebih pendek, ditolak oleh Lori dalam kerusi roda.
“Ketika kami dilahirkan, doktor tidak menyangka kami akan berumur 30 tahun, tetapi kami membuktikan mereka salah,” kata Lori dalam temu bual ketika mereka berdua berusia 50 tahun, dipetik The Philadelphia Inquirer.
Mereka dilahirkan sebagai gadis kembar. Bagaimanapun, George mengumumkan bahawa dia adalah transgender pada tahun 2007.
Semasa hayat mereka, kedua-duanya adalah tokoh bebas. Memetik ABC News, kedua-dua mereka lulus dari sekolah menengah negeri dan pergi ke kolej seperti kebanyakan orang.
Ads
George berkhidmat enam tahun manakala Lori bekerja di dobi hospital. Sementara Lori adalah pemain boling yang hebat.
Selama bertahun-tahun, kedua-duanya telah muncul dalam banyak dokumentari, rancangan bual bicara, dan juga episod drama perubatan FX “Nip/Tuck”.
The Philadelphia Inquirer melaporkan bahawa Lori telah bertunang untuk berkahwin. Bagaimanapun ia gagal kerana tunangnya meninggal dunia dalam kemalangan kereta.
Menariknya, Lori berkata, apabila dia pergi bertemu janji, George selalu membawa buku untuk dibaca.
“Apabila saya pergi dating, George selalu membawa buku untuk dibaca,” katanya.
Ads
Apabila ditanya mengenai perpisahan, kedua-duanya menafikan berbuat demikian. Menurutnya, pembedahan ‘pemisahan’ itu tidak diperlukan.
“Adakah kita akan berpisah? Sama sekali tidak. Teori saya ialah: kenapa perbaiki yang tidak rosak?” katanya dalam dokumentari pada 1997.
Sebelum ini, Ronnie dan Donnie Galyon merupakan kembar siam tertua. Bagaimanapun mereka meninggal dunia pada usia 68 tahun.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biar pun sudah jadi pelakon terkenal, Nad Zainal atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin tak pernah lupa asal usul.
Memori masa kecil disimpan kemas dalam kotak ingatan. Begitulah yang dikongsikan dalam instagramnya ketika membonceng motosikal bersama suami, Muhammad Faliq Amirudin.
Ibu kepada si comel, Yem ini terkenang kembali kisah zaman kecilnya.
“Dari zaman sekolah, saya diambil dari rumah nenek dengan motor papa saya. Ke sekolah juga dihantar naik motor.”
Kongsinya, mereka tiada kenderaan lain melainkan motosikal.
“Waktu itu kami tiada kereta. Pernah dalam perjalanan ke Genting Highland, kami tiga beranak terkandas kerana tayar pancit.”
“Banyak kali juga motor kampcai tu pancit. Mungkin dek bebanan kena ‘pikul’ tiga manusia.”
“Siapa yang nak membahayakan nyawa anak mereka? Tapi waktu itu, motor sajalah kenderaan utama kami.” Tulisnya lagi.
Kesihatan wanita sering kali berkait rapat dengan keseimbangan hormon dalam badan. Hormon memainkan peranan penting dalam memastikan fungsi tubuh berjalan dengan lancar, termasuk kesihatan reproduktif, metabolisme, dan emosi.
Oleh itu, pemeriksaan hormon menjadi satu langkah penting untuk memastikan keseimbangan ini terjaga, terutamanya apabila menghadapi perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seperti kehamilan, menopaus, atau perubahan emosi yang drastik.
SKYHILL Clinic, baru-baru ini menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai klinik paling banyak melakukan pemeriksaan hormon dengan lebih 1,600 rawatan sepanjang setahun yang lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Skyhill Clinic Sdn Bhd, Dr Linda Mat Hassan, pengiktirafan itu menyuntik semangatnya untuk memperjuangkan lagi kesihatan hormon wanita yang dulunya dipandang sepi.
“Sejak ditubuhkan lebih empat tahun lalu, lebih 5,000 pemeriksaan hormon dijalankan di klinik kami.
“Kesedaran wanita tentang kesihatan hormon juga kian meningkat.
“Ratu Rock, Ella adalah salah seorang daripada pesakit yang menjalani rawatan hormon di klinik kami di awal penubuhan klinik ini.
“Bermula dari pesakit Ella kini menjadi Ikon Kesihatan kami,” katanya.
Turut hadir Ikon Kesihatan Skyhill Clinic iaitu Ratu Rock Negara, Ella Aminuddin serta wakil MBOR, Siti Hajar Johor dan Aaron Bong Keng Jin.
Jalani Rawatan
Menurut Linda, sejak menjalani rawatan di kliniknya hampir empat tahun lalu, Ella mula nampak kesan positif dan kini dapat menjalani kehidupan lebih sihat dan gembira.
“Ella mengalami masalah kenaikkan berat badan sebanyak 10 kilogram, emosi terganggu serta tekanan darah hampir mencecah 200.
“Sewaktu datang ke sini, dia boleh berjalan seperti orang biasa tetapi tidak mengetahui ada masalah darah tinggi.
“Setelah menjalani rawatan beberapa bulan melalui kaedah secara holistik, termasuk menjaga pemakanan dan nutrisi, senaman serta pengambilan makanan tambahan secara alami, tekanan darah tingginya sudah terkawal dan masalah lain juga berjaya diatasi seperti keletihan dan emosi,” katanya.
Masalah Di Pandang Sepi
Menurut Linda lagi, ramai di kalangan kita bukan saja wanita tetapi lelaki sering memandang sepi masalah dihadapi.
Katanya, fizikal yang sihat tidak menentukan seseorang individu itu tiada penyakit.
Justeru dia menasihatkan individu yang merasa tidak selesa dengan tubuh badan mereka agar menjalani rawatan hormon untuk mengetahui dengan terperinci masalah dihadapi.
Bagi Ella pula dia merasakan perubahan ketara selepas beberapa bulan menjalani rawatan di mana badannya merasa lebih bertenaga, tekanan darah kembali normal dan diri lebih terurus.
“Selama tiga ke empat tahu lalu saya berasa tak sedap badan dan alhamdululilah selepas rawatan hormon, kesihatan saya bertambah baik dan badan pun rasa lebih sedap,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
Semasa haid dan nifas, rahim kita menjadi sejuk kerana proses peluruhan (menstrual phase) berlaku. Rahim yang sihat adalah rahim yang panas. Sebab itu, herba dimasukkan dalam sup sayur agar menaikkan suhu rahim.
Perkongsian resepi sup sayur oleh Puan Nur Syatirah Shuib, Kak Bidan Sempoi dari Qulusa Therapy Centre Pasir Putih Putatan ini bagus dijadikan amalan ketika wanita sedang haid.
“Fungsi sayur di bawah ini adalah sangat bagus untuk membantu mengeluarkan lebihan angin (gas) di dalam badan, membantu meningkatkan metabolisma dan membantu pelawasan. Maka, ianya sangat sesuai buat anda yang perutnya buncit!
“Selain itu, ianya juga bagus untuk menambahkan hemoglobin di dalam darah disebabkan darah yang banyak keluar ketika haid.
Bahan-bahan
2 pohon brokoli **
Setengah batang lobak merah **
7 helai daun zaitun
3 inci halia bara (halia merah)
1 biji tomato **
2 asam keping**
1 labu bawang holland **
1 sudu herba boreh bilis dengan 15 jenis rempah (untuk kesan yang lagi power rangers ya!)
1 liter air bertapis
Caranya
Rebus 1 Liter air bersama daun zaitun, halia bara dan herba boreh bilis dengan api perlahan selama 15 minit dengan api perlahan hingga mendidih.
Kemudian, sambil mendidih tu, hidulah bau rempah itu, bagus juga nak banteras hama resdung tu. Cuma jangan bersin pula, nanti jadi Sup Sayur Resdung! Haha.
Setelah mendidih, masukkan semua bahan yang bertanda **. Rebus lagi 5-10 minit.
Taraaaa! Dah boleh makan…
Ubah Gaya Makan Cara Sihat
Dah boleh ratah sup sayur sebagai makan malam pengganti nasi dan ayam goreng kfc! Sekali-sekalakan… Apa kata ubah diet kita. Kata nak sihat. Express cara sihat ialah menggunakan herba boreh 1 sudu, bukan tok aji naik moto 1 senduk ya!
Kesan Lepas Makan
Anda akan sendawa, haid pun lancar, merah ‘fresh’, tak de dah coklat hitam sahaja?
InsyaAllah senggugut dan keletihan ketika keluarnya darah haid akan berkurangan.
Pesanan Kak Bidan Sempoi juga, tak perlulah tambah sayur lain banyak sangat. Nanti jadi makanan hospital pula!
Silakan #share terutama buat mereka yang setiap kali haid senggugut, darah coklat sahaja atau darah hitam sahaja dan juga untuk masalah darah berlarutan selama sebulan.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.