Matlamat kebanyakan kaum mak-mak waktu cuti adalah kemas rumah sampai matanya sedap memandang. Namun ada satu masalah normal yang tak dapat dielak, barang terlalu banyak sampai tak tahu nak letak mana.
Ok, jangan risau ya mak-mak… kali ini anda boleh jadikan suasana rumah anda itu lebih kemas, tersusun, dan teratur dengan elemen penting yang diajar oleh Puan Marie Kondo, pengasas ‘Konmari method’ atau kaedah KonMari.
Wanita berasal dari Jepun ini mula mencetuskan fenomena dunia dengan falsafah, teori dan teknik mengemas dan menyusun barangan di dalam rumah yang unik dan boleh dikatakan sangat berkesan untuk dipraktikkan.
Mak-mak yang tak begitu yakin dengan kaedah ini boleh rujuk bukunya yang bertajuk ‘The Life-Changing Magic of Tidying’ yang mana telah terjual lebih dari 6 juta unit di lebih 30 buah negara. Diterjemahkan ke pelbagai bahasa, dan juga menjadi Bestseller di negara-negara seperti Jepun, United States, United Kingdom, dan Jerman.
Kemas Rumah : Kelebihan Kaedah KonMari
Simpan dan guna barang yang buat kita happy je. Macam tak biasa dengar kan? Itulah teknik KonMari, teknik pengurusan rumah yang diperkenalkan oleh Marie Kondo, dan sekarang satu dunia minat dan taksub dengan sistem ini.
Apa itu Teknik KonMari?
Secara asasnya, teknik pengurusan rumah ini adalah bukan sahaja untuk susun barang tetapi untuk simpan dan guna barang yang perlu sahaja. Pendek kata Teknik KonMari itu macam mak-mak simpan barang itu dan tanya diri sendiri, “Eh, barang ini boleh buat aku gembira tak?”
Ya, kira macam minimalist lah. Simpan yang memang betul-betul nak guna. Barang yang dah lama tak guna, mak-mak boleh keluarkan dari rumah. Tak payah nak sayang sangat, disimpan jadi sampah juga akhirnya. Mereput dalam rumah!
Hadam Dulu Method KonMari
1. Cara Susunan Ketika Kemas Rumah
Teknik susunan juga memainkan peranan dan ini beberapa teknik dalam KonMari. Antaranya lipat baju dengan cara menegak. Bila guna cara ini, secara tak langsung mak-mak akan nampak semua pakaian yang ada.
Percayalah hasilnya cara ini nampak lebih kemas berbanding susunan berlapis-lapis dari bawah ke atas. Malah, lebih senang untuk tarik keluar mana-mana pakaian yang nak dipakai.
2. Simpan Barang Ikut Kategori
Simpan dan susun barang mengikut jenis dan bukan lokasi. Contoh mudah, kalau nak letak tempat baju maka mak-mak kenalah buat untuk semua baju yang ada di rumah. Dan mengikut urutan jika boleh iaitu baju, buku, kertas, dan item-item lain.
3. Simpan Yang Buat Hati Gembira
Pilih dan simpan setiap item yang anda suka dan buat mak-mak rasa happy. Kalau rasa boleh keluarkan dari rumah lagi bagus dan beri kepada yang lebih memerlukan. Secara tak langsung buang scarcity mindset dan latih minda dengan abundance mindset.
Sebenarnya teknik ini sangat mudah sebab kita hanya simpan apa yang kita betul-betul kita nak guna. Tak adalah perangai suka simpan dalam bilik stor berkurun tapi langsung tak guna.
Lagi best, rumah nampak kemas dan teratur yang akan buatkan sesiapa saja berasa tenang dan selesa bila berada didalamnya. Tambahan pula kalau dah seharian penat bekerja, ketika sampai saja di rumah, sedap mata bila tengok ruang tamu dalam keadaan yang kemas, tersusun, dan teratur. Begitu juga bila masuk ke dalam bilik.
Malah seluruh rumah dalam keadaan yang sama eloknya. Semua barang tersusun pada tempatnya. Jadi, inilah pilihan kemas rumah terbaik untuk kaum mak-mak yang sangat sibuk, bukan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rosmah Mansur bebas ubah wang haram lebih RM7 juta, hadiah hari jadi paling bermakna tahun ini. Bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah yang baru menyambut hari jadinya ke 73 pada 10 Disember lalu menerima berita gembira hari ini apabila dibebaskan dari semua 12 pertuduhan mengubah wang haram bernilai lebih dari RM7 juta. Bahkan, dirinya turut dilepaskan dari lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah, 73, untuk membatalkan semua kes itu.
Rosmah Mansur Bebas Ubah Wang Haram Lebih RM7 Juta
Memetik laporan Sinar Harian, bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.
Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, dia didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014 hingga 2018.
“Hadiah Hari Jadi Ke 73 Paling Bermakna Tahun Ini…”
Wanita ini didakwa gagal melakukannya seperti mana yang diperuntukkan oleh Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.
Selain perbicaraan itu, Rosmah masih menghadapi prosiding rayuan terhadap keputusan Hakim, Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) yang menjatuhinya hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ketika anak masih bayi itulah kita belai, tatang bagai minyak yang penuh. Hatta digigit nyamuk pun mak ayah tak benarkan. Apabila bayi lelaki berusia setahun 11 bulan ini ada 89 kesan lebam, lecur malah calar lama dan baru.. kita mengucap panjang.
Mengapa hingga tergamak mencederakan tubuh anak kecil yang tidak tahu melawan itu. Itulah realiti kematian bayi lelaki ini, yang dipercayai didera. Dan kesan deraan itu ada di seluruh tubuhnya.
Lebih detail dikongsikan doktor yang merawatnya, ada kesan luka pada bahagian dagu dan atas kening sebelah kanan mangsa. Bengkak dan luka pada kemaluan dan ada kesan lebam pada bahagian badan.
Ada Lebih 80 Kesan Deraan
Kesan parut pada kedua tangan dan kaki. Kematian bayi lelaki itu, hasil bedah siasat mendapati berpunca dari kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras.
Bayi lelaki itu anak bongsu daripada empat beradik. Dan pihak polis sudah pun mengambil keterangan daripada adik-beradik yang lain.
Kes dilaporkan oleh doktor di Hospital Serdang pada 4 November lalu, yang mana Jabatan Kecemasan hospital menerima pesakit bayi lelaki terbabit selepas di bawa ibu bapanya dalam keadaan tiada tanda-tanda hidup.
Biarpun doktor cuba memberi bantuan kepada bayi, tiada tindak balas. Pada 7.20 pagi, bayi itu disahkan meninggal dunia.
Ibu Bapa Bayi Lelaki Ditahan Reman
Rentetan kematian itu, sepasang suami isteri berusia 42 dan 37 tahun, yang juga ibu bapa mangsa ditahan di perkarangan Hospital Serdang pada 5 November lalu.
Keduanya menetap di Sungai Merab dan bekerja sebagai penjawat awam.
Seorang lagi wanita berusia 33 tahun, rakan serumah ibu bayi berkenaan ditahan pada 8 November dekat Putrajaya. Wanita ini juga bekerja sebagai pencawat awam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, hasil siasatan turut mendapati ibu mangsa mengalami masalah kemurungan.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, beliau memaklumkan ibu bapa mangsa akan direman hingga 18 November ini, manakala seorang lagi suspek wanita direman hingga 15 November bagi membantu siasatan.
MW : Allahu.. semakin menakutkan emosi mak ayah akhir zaman ini. Kemurungan itu penyakit senyap yang bahaya. Bila ada tandanya segeralah minta bantuan. Jangan diam-diam sendiri. Rawat sebelum melarat.
Menjadi kebiasaan ramai antara kita yang caj telefon dan letak berhampiran tilam sebelum tidur. Rupanya tabiat buruk ini boleh membahayakan diri apabila telefon boleh meletup dan terbakar.
Dalam kejadian baru-baru ini, seorang kerani bank melecur di lengan selepas tersentuh pintarnya yang dipercayai terlebih cas di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, awal pagi kelmarin.
Tilam Terbakar
Kejadian jam 4.20 pagi itu hampir menyebabkan kebakaran apabila tilamnya mulai terbakar, disyaki kesan suhu tinggi telefon pintar berkenaan.
Nur Filzah Abdul Rahman, 24, berkata telefon pintar yang dicas itu diletak di atas tilam.
“Saya mengecas telefon pintar sebelum tidur dan biasanya saya letakkan di lantai, namun malam itu saya letakkan di atas tilam sebelah kiri saya.
“Saya terjaga kira-kira jam 4.20 pagi apabila berasa panas di belakang badan. Ketika mengiring ke kiri, saya terkuis telefon dan lengan saya terasa pedih.
“Saya terus menghidupkan suis lampu dan sebaik keadaan terang, baru saya sedari bilik dipenuhi asap dan tilam saya berbara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Filzah berkata, tilam berkenaan disyaki terbakar akibat suhu panas telefon pintarnya.
Beliau dan rakan serumah bergegas mengambil sebaldi air dan dicurah ke atas tilam bagi mengelak kebakaran sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Mingguan Wanita mendoakan agar wanita ini cepat sembuh.Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita, agar lebih berhati-hati dan tidak meletakkan telefon berhampiran dengan diri ketika tidur dalam jangka masa yang panjang.
Aktivis wanita kongsi kisah pilu dilayan zalim, tudung dirampas, dipaksa tutup kepala guna kemeja-T. Pendedahan menyayat hati daripada aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) asal Turkiye, Semanur Sonmez Yaman, membuka mata dunia terhadap kekejaman dan layanan tidak berperikemanusiaan tentera Israel terhadap tahanan wanita Muslim.