Mak-mak pastinya ada cara mengemas rumah mengikut keselesaan dan keutamaan yang tersendiri. Paling penting niatnya demi memastikan rumah yang kita duduk bersih, kemas dan selesa. Sebenarnya, cara paling berkesan kemas rumah dengan teratur tanpa rasa terbeban adalah dengan membuat jadual tugasan harian, mingguan mahupun bulanan.

Perkongsian tip daripada Puan Fadzilah Faiz ini boleh di jadikan rujukan.

Hari ini saya ingin kongsikan cara paling simple untuk menjaga rumah kita supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih.

Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang suka mengemas sebab saya tak suka simpan banyak barang (jadi, takdelah banyak benda nak dikemaskan) dan rasa OK je kalau nampak barang di sana dan di sini. Tapi saya percaya rumah yang bersih dan kemas menolong kita berasa rileks dan tenang.

IKLAN

Terbahagi Kepada Empat Bahagian

Tips mengemas kali ini telah dipecahkan kepada empat bahagian iaitu mengemas setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali dan 4 bulan sekali. Bila kita bahagikan kepada empat bahagian, takdelah rasa blur sangat bila memikirkan apa yang perlu kita kemaskan dan rasa terbeban untuk mengemas tu rasa kurang sikit. Ini kalau orang yang mengemas itu macam saya. Tapi secara jujurnya, tak semua orang ada masa untuk mengemop lantai setiap hari, kan? Kalau seminggu sekali? Itu mungkin tak ada masalah. InsyaAllah siap!

Tapi perlu diingat, tiada siapa pun dan tiada rumah yang nampak sempurna. Kalau kita mampu buat salah satu daripada list diatas, itu dah cukup baik daripada kita tak mengemas langsung. Kesan ‘keterpaksaan’ mengikut list mengemas rumah kali ini boleh membuatkan kita berasa tenang berada di dalam rumah kita nanti. Bayangkan balik dari pejabat dan duduk di sofa, mata ni rasa sejuk je tengok sekeliling rumah sebab semua dah bersih dan kemas. Akhirnya, kita juga yang senang hati.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat menjadi panduan buat mak-mak dalam membantu mengemas rumah agar lebih tersusun. Bila buat tugasan mengikut jadual takdelah kita rasa terbeban dan ‘berat’ nak buat semua kerja pada masa yang terhad.

Sumber: Fadzilah Faiz